Tulip kat Bukit Larut

Hmm tadi pasal makan...so ini plak bagi pencinta alam semulajadi dan tercari2 tempat nak release tension yang kos dia tak bapa nak mahal lah kan...mentang2 aku duk kat perak...so kena promote lebih skit lah kan...

So pasal Bukit Larut ni...distorykan oleh member aku yang dah pglah...memang sejuk dan nyaman berada kat atas tu...dengan pemandangan yang cantik n tulip yang sedang berkembang mekar..( Indah sungguh ciptaan Allah )...aku ingat dulu Tulip kat Belanda jer..rupa2nya kat Malaysia ni pun ada..takyah g jauh nak tgk pun...So aku pun malas nak citer panjang...apa kater korang layanzzzzzzzzzzz je pemandangan kat bawah ni...dan kalau nak lebih tau...aku bagi korang link yang korang klik je sure keluar jin ( ha ha lawak pagi )....kkkk....c ya...
http://www.wekgna.com/blog/index.php/tulips-bukit-larut/






















Pagi Jumaat Yang Barokah....

Salam Jumaat ( Penghulu segala hari )....

Lambat aku update n3 arini sebab ada bacaan yassin kat surau institut...biasalahkan pagi2 jumaat yang indah ni kenalah diisi dengan aktiviti yang menambah pahala dan berpekdah...btul tak....

Seperti biasa gak...hari ni ari last keje..sebab esok cuti weh ( saat yang ku idamkan)..he he dalam kepala aku ni dah bersarang macam2 idea dah nak suggest kat hubby..tapi approve ke tak blum tau lagi..biasalah kna banyak tapisan...( tapis budget...masa..n kelapangan ha ha...itu yang sebenarnya )...

Salah satu cadangan aku adalah...nak g makan mee udang banjir....huaaaaaa dah lama ngidam ni...seperti yang diwar2kan oleh memember aku yang dah pg...biarpun meenya tak lah bapa best..( diorang katalah ) tapi yang penting udang beso2 weh...so itu yang macam meleleh je air liur....so utk melelehkan air liur korang sekali meh le joint tgk gambar yang aku upload ni ( ciplak ni ) atas usaha nak bakar semangat korang sesama ngidam dgn aku...he he...



:: WANITA ::


SEMALU PUN TAU MALU, INIKAN PULAK PEREMPUAN...

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.



In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful
Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...

Hari GAJI Semalaysia...

Assalammualaikum...

Arini lambat skit update n3 coz biasalah hari GAJI semalaysia kan..jadi byk bnda nak kna buat, bayar duit kete...bil api n air....sewa rumah...Astro..( banyaknya nak kna bayar ) baru sedar rupanya utangku membukit ( huaaaaaa ) kalau tak buat macam ni camana nak kumpul harta btul tak..? Sebabnya harta itu bukan aku yang punya tapi tuan kedai dan tokeh bank...( ha ha macam dialog ahmad albab daaa )..pas tu lepas rehat tadi jumpa ngan sis aku n apalagi makan besarlah...
( KFC je ) tp kira oklah tu kan orang lain tu makan hati..aku makan ayam ( ha ini dialog mana plak ni...ala Lu pikirlah sendiri....** Nasib Do Re Mi daaa***.....ok till than c...ya




************************************************

Tengah2 syok makan tetiba anak sis aku buat muka kesian..yelah kitorang syok makan blih terlupa plak baby sorang ni....he he sorry ye arip... mama..cik kerull n cik sarida lupa yang arip pun nak makan KFC gak...tapi arip takda gigi so mama arip bagi arip rasa kentang putar ni ye...keciannya budak tecik ( kecik) ni....nasib baik tak mengamuk...nah cik kerull upah roti...arip pun senyum..kira settle lah tu




























:: Ke Hujung HAYAT ::

Saleem

oooo.. ahaaiii…
tak perlu ku kias lagi
sudahnya ku terluka jua
arah mana pun
tika menung menusuk
tetapkan mengalir darah ini
ku aku pada hakikat
hatimu telah beralih
segalanya yang termampu kuberikan
jauh terpincang dari mimpimu
Resamnya berkasih berjumpa berpisah
pahit jua manis di telan ragam
antara kita seluruh kenangan
ku usung semuanya ke hujung hayat
ku yang lara
Tak mungkin waktu mengubati
selama jasadku bernadi
hingga detik waktu terhenti
kau bayang bernama sedarku
mahupun terakhir lenaku
kasih…
antara kita seluruh kenangan
ku usung semuanya ke hujung hayat
ku yang lara
Tak mungkin waktu mengubati
selama jasadku bernadi
hingga detik waktu terhenti
kau bayang bernama sedarku
mahupun terakhir lena
Tak mungkin waktu mengubati
selama jasadku bernadi
hingga detik waktu terhenti
kau bayang bernama sedarku
mahupun terakhir lenaku
hingga detik waktu terhenti
:: Aku suka lagu ni sebab lirik yang sempoi tapi makna yang cukup mendalam ::

:: Tujuh Ayat Cinta ::

Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..



1.Bismillahhirrahmannirrahim: pada

tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.



2.Alhamdulliah: pada tiap-tiap

habis melakukan sesuatu.



3.Astagfirrullah: jika tersilap

mengatakan sesuatu yang buruk.



4.Insyaallah: jika ingin melakukan

sesuatu pada masa akan datang.



5.Lahaulawalaquataillahbillah: bila

tidak dapat melakukan sesuatu yang

agak berat atau melihat sesuatu yang

buruk.



6.Innalillah: jika menghadapi

musibah atau melihat kematian.



7.Laailaahaillallah: bacalah

sepanjang siang dan malam sebanyak-

banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga

kita tergolong dikalangan orang yang

terpilih oleh Allah.

:: Adakah Aku Tulang Rusukmu ::

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena
tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI
mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya,
tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah
pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya
lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan
juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI
menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah
tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata,
WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk
berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita
berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahunberlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan
WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh
sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya
akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu
tahu nombor telepon saya kan?Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah
seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya
dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu
adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya
dia patahkan.

Pagi Yang Indah...

Assalammualaikum....n Selamat pagi sumer geng....
Hmm arini aku ceria coz dari mula bangun tido till sampai tempat keje sumernya alhamdulillah smooth n clear ( maknanya dipermudahkan Allah segala urusan...) Aminn...ha ha lagi satu sebab adalah kerana dapat award dari Azira (thanks Ajie for this award). Inilah awardnya...



Jejak.....





Aku terasa jejak ku ke daerah bijih timah ini telah ditentukan Allah...kata wan ( opahku ) dia berasal dari Sungai Manik , Teluk Intan...sebetulnya aku hanyalah menumpang adat dibumi perpatih yang akhirnya menjadi kampung halamanku. Semangat untuk mencari saudara-mara di sungai manik amat menekan sanubariku...tetapi masa dan keadaan tidak mengizinkan...ntahlah mungkin masa dan ketika akan menentukan segalanya. Bukan harta benda atau pusaka yang aku harapkan..cuma ingin menentukan tumpahnya darah keturunan KAMI dibumi bijih ini ada benarnya dan aku ingin bangga menjadi anak cucu banjar itu benar milikku atau cuma anganan...aku akan tetap disini selagi ada keizinannya...aku tetap disini..mencari susur galur yang hilang ditelan sejarah.

Aku, Award dan Tag


Ha...inilah award yang aku baru dapat dari FARA...terima kasih....tapi korang ingat dapat award ni blih senang lenang lah lepas tu ( tanggapan korang salah ) ada keje tu aku nak kena settle bila dah dapat award ni..so mari kita tgk apa koje yang aku kna siapkan ni....sila lihat ke bawah

********************
***************
***********
********
*****
***
*
1) Link/Ceritakan kembali siapa yang beri award ini kepada anda...
Award yang cute ni aku dapat dari FARA baru sebentar tadi..thanks FARA..dan FARA adalah org yg pertama ( sama jantina ) yang follow blog aku...dan bagi aku award...dan aku pun pemfollow blog dia...he he cukuplah tu kot...

2) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda ditag)

aku wanita , seorang anak , seorang isteri dan hambanya yang daif

Belum bergelar ibu walaupun perasaan itu sudah lama berada disanubariku ( hu hu nilah n3 aku paling sedih yang aku pnah tulis dalam blog aku ni )

Seorang Pendidik yang masih cuba memperbaiki diri dalam mendidik anak bangsa dan diri sendiri

Aku ni periang dan penyedih dalam situasi yang terkawal lah

Mudah mesra dan suka menambah kawan

Aku suka menulis...( ikut mood gak ni )

Aku happy bila tgk / buat kengkawan happy

Aku suka window sopping ( beli tak beli lain kira )

Aku juga seorang yang suka kepada ketenangan ( tu yg suka bercuti ke pulau-pulau tu )

Aku adalah aku yang masih mencari siapa aku dan siapa orang yang berada disekelilingku


3) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda....

1. Usup
2. Fairuz
3.Leen
4.Princess
5.Palie
6.Pinky22

Jangan lupa melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan 'anda telah ditag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda' Terima kasih.!!

PERGH SUSAH TUL TUGASAN FARA NI ...TAPI APA2 PUN AKU DAH SETTLE KAN...SO...C..YA

Khas Untuk Kengkawan

Assalammualaikum...

Selamat Pagi sumer...ok lah arini aku ada sumthing untuk korang...tandamata dari aku ( sebab tak blih dipegang cuma blih dilihat ) khas untuk sumer yang mengunjungi blog aku ni..terimalah award yang tak secantik mana ni...( tapi ada makna tu )..so sapa je yang mengunjungi blog aku nih...dengan ikhlasnya terimalah tanda persahabatan dari aku ni...k.. geng...c.. ya




Butterfly Award

Award lagi ( ye ye sukanya )

Salam Ukhwah...thanks pada geng bloggers baru aku "kakak"...actt aku dah follow blog "kakak"...jadi dapatlah buah tangan tanda mata ni...sesungguhnya tiada apa yang paling berharga melainkan ingatan pada kengkawan....thanks again...c..ya

Sambung lagi....Batik

Salam Isnin...

Ha arini aku kan tunjuk batik yang aku try buat...walaupun tak bapa nak cantik sangat,tapi aku puas hati coz hasil buatan sendiri...cuma kata member aku kain yang aku guna ni makan warna so dia punya impact warnanya akan kelihatan pudar bila kering...( susah gak nak faham ) tapi aku angguk2 je buat2 faham...apa2 pun geng untuk korang aku upload sekeping dua gambar yang ada ni...












boleh lah tu kan...baru belajar

Sambung Lagi

Ok geng yang ini dah masuk proses mewarna...tgklah...comeinya...








Aku tengah tunggu diorang warna habis2 dulu pastu baru blih snap
gambar yang siap










KEROJE @ KEJE LAH

Salam pagi jumaat geng...

Pagi ni aku agak sibuk skit..tolong member snap gambar kel
as dia masa dia ngajor ( tukang ambik gambar la plak )..yelah member mintak tolong kena tolong kan. Actt arini kelas chanting batik..kelas untuk stdt tahap 4...( Sijil Kemahiran Malaysia )..maklumlah Institut Kemahiran...tentu2lah ajor kemahiran kan...member aku ni muka ganas tapi tangan seni n lembut je hasil kerja dia..aku ingat senang nak chanting batik ni..tapi rupa2nya baru ku tahu ( susah gila ) kena lembut tangan n mendalami rekaan korang tu ( kata member aku lah ). So macam biasalah aku upload beberapa keping photo yang tak bapa nak cantik sangat ni utk kita coci mata...

















Ha kan dah kata orangnya ganas tapi......tangan lembut tuh...









Antara corak batik yang dihasilkan oleh pelajar
( yang ni blum sampai proses mewarna lagi )



Ha!!!! nilah member aku yang ngajor chanting batik ni
( btul tak aku kata muka ganas )







SERONOKNYA CUTI......

SALAM...

Sebenarnya lepas balik dari sibu aku terus balik ke kampung sebab ayah aku baru kuar hospital
( biasalah sakit orang veteran ) alhamdulillah takda apa-apa..amin ( minta dipanjangkan umur ayah )...biasalah bila kampung suami dan aku dekat-dekat terpaksalah gilir-gilir balik. Sat sini sat sana..tu yang buat badan aku bertambah letih dan kesannya aku demam teruk..tapi dalam demam2 tu aku sempat gak posing-posing ngan family n my anak sedara yang tembam ni...
( geramnya )...so aku upload le beberapa keping gambar yang orait......see ya...wasalam



aku n family n my anak sedara ( yg aku dukung ni )















DEMAM n FLU

Assalammualaikum...

Sorry geng lama tak update blog nih...aku dilanda demam n flu yang agak teruk..lama tuh mc ( since balik sibu hinggalah sekarang )..penat sangat n cuaca pun jadi faktornya kot. Hari ni baru naik keje n baru terasa ada mood nak menghupdate blog aku ni. Mood tak bapa nak best jadi idea-idea yang kluar ni pun kureng gak...tapi takpalah kan janji ada n3 baru..( he he takdalah nampak aku ni malas sangat kan ). Hmm utk member aku yang buat kenduri walimatur urus ahad aritu aku nak mintak maaf coz tak dapat menghadirkan diri...( aku dah sms dah sbb musababnya)...thanks bro..apa2 hal pun "Selamat Pengantin Baru n Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat" Aminnnnn......dan doa ini juga khas utk kita yang mencari bahagia ( ha kan syahdu plak ayat aku ni ...ayat demam kot so ada lain macam skit lah... ) so buat masa ni..takat ni je yang aku mampu menaipnya...lain kali aku sambung lagi ye...salam n Adios..

Sibu....

Pasar malam ( tiap-tiap hari ) gerai jual ayam panggang...sedap tuh


Jalan-jalan cuci mata ( Part 2 )

Ha yang ni aku tengah menglecturer stdt aku...
( he he taklah garang pun aku ni rupanya )




Assalammualaikum...n seperti mana yang aku janji dalam n3 sblum ni...aku akan upload lagi gambar2 di sepanjang perjalanan aku meround sibu town...so selamat menjamu mata ( he he mata jelah kan menjamu selera tu tak dapeklah aku nak menolongnya)......










Aku yang tengah kepenatan ( membebel )














Ha ni aku n da geng tgah melantak @ makan mee kolok sepesel ( macam-macam ada )...











Jemputlah makan ......

Jalan-jalan cuci mata ( part 1 )




Assalammualaikum...Apa habaq...aku kat sibu dah..Aku bertolak dari KLIA kul 8.50 pagi isnin aritu..hmm tidur kat Premier Hotel ditengah2 bandar Sibu...Slot aku dah lepas semalam...lega gile rasanya ( 6 jam tuh ) naik bengkak urat tekak membebel..n berceramah ( ha ha ha sabar jelah sapa yang dengar aku membebel tuh )..so aku sempat g pasar tamu kat bawah hotel ni je sebab masa tak bapa nak ada..Jadual waktu padat tu beb..dah namanya keje kan bukan g makan angin...jadi aku upload gambar2 yg aku sempat snap kat sibu ni....so...jumpa lagi ...tungguuuuuuuuuuuuuu...

I Love Her...



Sicomel Kesayangan aku n Family....dah setahun 2 bulan...
 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in