Al-Fatihah Buatmu Sahabat..Semoga Rohmu Dicucuri Rahmat

Assalammulaikum
Terasa berat hati menerima kenyataan yang dirimu telah tiada sahabat..masih teringat senyuman manis yang terukir dibibirmu lewat pertemuan yang lalu..hampir 7 tahun kita tidak bertemu..bila rindu ini terbang ingin menemuimu..rupanya Allah terlebih dahulu menjemputmu..Ya Allah terasa sebak ketika mendengar perkhabaran yang dirimu kini tiada...aku benar-benar terasa kehilangan sahabat tersayang yang suatu masa dahulu ketawa bersama , menangis bersama dan melalui detik-detik alam remaja bersama..memori itu utuh lagi diingatanku ini..pagi ini kususuri wall FB mu..lewat petang jumaat yang lalu..kau suarakan rintihan hatimu..oh sahabatku..ternyata itulah luahan terakhirmu..sungguh aku terlalu sayu..hingga kabur pandangan mataku untuk aku terus membaca bait-bait katamu itu...Al-Fatihah buatmu sahabat..aku kehilangan sahabat..tetapi keluarganya hilang anak tersayang dan seorang suami hilang isteri yang dicintai..aku redhakan pemergianmu sahabat..Semoga dirimu tenang mengadap penciptamu...amin.....

Hidup di dunia ini tidaklah selamanya.
Akan datang masanya kita berpisah dengan dunia berikut isinya.
Perpisahan itu terjadi saat kematian menjemput,
tanpa ada seorang pun yang dapat menghindar darinya.

Karena Ar-Rahman telah berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
“Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, dan Kami menguji kalian dengan kejelekan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian), dan hanya kepada Kami lah kalian akan dikembalikan.” (Al-Anbiya`: 35)


Kenangan Bersama Arwah dan kami( dari kiri ) Aku , jamaliah , liza ( arwah ) , jaja dan rozie..







 klik suka duka bersama....always love u all

Salad Kentang Chef Sabri


Assalammualaikum
Salam tengahari semua..hu hu  baru na makan ni..tapi bukan lauk ni..aku makan lauk cafe je..menu ni menu semasa sesi demonstrasi bersama Chef Sabri awal tahun yang lalu..berbaloi dapat menuntut ilmu dengan MasterChef yang terkenal ni...tapi very simple orangnya..tq chef sebab sudi datang ke tempat kami ini....Salad Kentang ni sesuai untuk yang suka salad yang bukan beberntuk daunan yang kembang setaman tu..untuk kanak-kanak pun very sesuai...hu hu kalau sejuk lagi best..sesuai gak untuk jadi hidangan appetizer...

Bahan -bahan :
4 biji kentang - buang kulit , basuh dan rebus hingga empuk ( potong kiub )
4 sudu mayonis ladyschoise*
1 sudu teh garam*
1 sudu teh serbuk lada sulah*
1 sudu serbuk lada hitam*
1 biji bawang merah - potong dadu*
1 biji cili besar merah - dadu*
1 sudu teh jus lemon*
1 tangkai daun bawang*-racik kasar

Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan didalam mangkuk dan kacau rata...simpan dalam peti ais...hmm baru best

External HD Seagate Untuk Hubby Tersayang




Assalammualaikum..
Takda apa pun just nak kongsi kegumbiraan kerana dapat gak menghadiahkan hubby external HD brand Seagate sempena besday yang ke ehmmmm..hu hu Happy Birthday Abang...moga panjang umur dan murah rezeki kami....esok besdaynya..tapi hari ini aku dah bagi dah..nak jadi orang yang first..


Belajar Hormati Orang Jika Kita Mahu Dihormati

Assalammulaikum
Hmm kali ini tak ada n3 masak sebab aku memang cuti masak 3 bulan...tuntutan kerja memaksa aku untuk oustation lama kali ini..masih dalam Negeri yang sama cuma daerah yang berbeza..tak logik nak berulang -alik sebab duit petrol bukan murah sekarang ini...mesti korang tengah syok cuti2 malaysia..almaklumlah Deepavali..tapi aku macam biasalah..kelas sekarang ni main lentung je..tak hingat hari cuti ke cuti umum ke..sebab banyak silibus yang kena dihabiskan sebelum student pergi praktikal..yang kalut akulah,nak manage semua subjek habis dan dorang boleh ngadap praktikal dengan tenang..hu hu
Kalau nak ikut penat memang penat..dah rasa terhuyung -hayang ni...tapi aku gagahkan juga..yelah kepimpinan melalui teladan.kang ada pulak yang tarik muncung macam hanger bila aku tak naik pejabat..paling kurang pun muka macam ikan pekasam..ha ha ha ah lantak ko lah..yang aku tahu kerja aku selesai...nak cakap apa lantak ko lah bedah...ada aku kisah..yang penting Allah tahu kita ni kerja ke tak...apalah sangat nak amik kira pandangan orang yang memang bengang ngan kita yang penting kengkawan lain ada..bukan dia je kawan yang kita ada..hu hu ini statement personal aku..jadi kalau ada yang terasa tu..ada aku kisah..sebab korang pun tak pernah kisah apa yg org lain rasa kan...so kalau kita nak orang hormat kita..belajarlah menghormati orang terlebih dahulu....

Sambal Tumis Ikan Bilis Version 2

Assalammualaikum..
Ini adalah salah satu menu peberet aku dan hubby..kami boleh makan lauk ni than goreng telur mata...pergh memang layan sambil makan ngan nasi panas-panas...makan dengan ikan goreng pun ok dan lagi ok kalau dapat ayam goreng....sesuai juga makan dengan nasi lemak...hu hu hu memang mantap....

Bahan-bahan :
2 Genggam Ikan bilis belah 2 - basuh , tos dan goreng garing 
4  Ulas Bawang besar - potong wedges sederhana besar
3 Ulas Bawang Putih - hiris nipis
2 Ulas Bawang besar *
3 Ulas bawang putih*
Cili Kering blender
2 Biji tomato belah 4*
Garam secukup rasa
Gula sedikit
1/2 sudu teh Serbuk Cukup Rasa Maggie
1 cawan air* 

Cara-cara:
1. Panaskan minyak...tumis hingga garing cili kering yg telah diblender tadi.....
2. Blender semua bahan yang bertanda star* hingga hancur...kemudian tumiskan sekali dengan cili kering tadi dan kacau rata....perasakan dengan garam , gula dan serbuk cukup rasa...biarkan menggelegak sebentar...
3. Masukkan bawang besar dan bawang putih hiris tadi....kacau rata lagi hingga agak kering...sebelum tutup api masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan gaul rata dengan sambal tadi....tutup api dan sedia untuk dinikmati....


Nasi Daging Kuah Kari


Assalammulaikum
Baru rehat sikit arini...malas nak celoteh panjang..just nak share salah satu makanan ringkas yang aku kira boleh tahan sedaplah kat tekak ni....resepi ni olahan sendiri kerana kemalasan yang terlampau..

Bahan-bahan :
Untuk Nasi
Beras Basmathi - Rendam selama 30 minit dan tuskan..
Daging hiris nipis ( ayam pun boleh , kerat kecil-kecil )

Cara penyediaannya :
Masak nasi macam biasa dan tambah hirisan daging 

Bahan untuk kuah kari :
3 ulas bawang putih - hiris*
3 ulas bawang kecil - hiris*
1/2 inci halia- hiris*
3 tangkai cili padi - hiris*
Rempah tumis ( kulit kayu manis , bunga lawang , bunga cengkih dan buah pelaga )*
1 tangkai daun kari*
1 sudu serbuk cili*
5 sudu rempah kari BABAS*
2 biji tomato belah 4
Kubis madu ( siat kasar )
Kulit tahu goreng ( kalau suka , kalau tak suka jgn letak )
Garam secukup rasa
1/2 teh Serbuk Cukup Rasa Maggie
4 cawan air

Cara-cara :
1. Tumis bahan yang bertanda star**** hingga layu...masukkan air dan biar ia menggelegak
2. Selepas itu perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa maggie...kacau rata dan masukkan kulit tahu goreng , kubis madu dan tomato...biar menggelegak sebentar..rasa dan tutup api...

Cara menghidang :
Senduk nasi mengikut sukatan yang dikehendaki..kemudia curah kuah kari diatas nasi mengikut berapa banyak kita nak kuah kari tu..banjir pun boleh...sedia untuk dinikmati...


Andai Bisa Kuberikan Kasihku Ini ( 1 )





Assalammualaikum....hampir petang baru aku dapat mengupdate n3 ni. Sepanjang pagi tadi aku sibuk kerana menyelesaikan satu tugasan bagi mengadakan program bersama anak-anak dirumah Kanak-kanak Sultan Abdul Aziz di Kuala Kangsar...sebetulnya inilah kali pertama aku menjejakkan kaki disini , melihat sendiri situasi anak-anak yang tinggal disini. Terima kasih buat Ibu Pengetua yang penyayang Puan Faridah..untung mereka punya tempat menumpang sayang walaupun bukan darah daging..pertemuan hari ini adalah bagi merangka program kemasyarakatan bagi bakal-bakal guru kami...secara jujurnya aku terharu diatas keikhlasan dan komitmen Puan Faridah dan kakitangannya..bukan senang menguruskan rumah kanak-kanak ini tanpa sokongan dan bantuan masyarakat dan Kementerian Kebajikan Khasnya..andai tiada rumah seumpama ini dimanalah agaknya kanak-kanak ini merayau..dan terbelakah nasib mereka..
Kami dibawa melawat sekitar kawasan bagi memudahkan kami merancang program yang sesuai dengan keperluan anak-anak disini..setibanya aku dibawa ke bilik anak-anak bawah 3 tahun...mataku seakan terpaku kerana ramai bayi ditempatkan disitu..dan yang kebanyakannya adalah bayi yang dibuang dan ada juga yang hampir menemui maut tetapi dijaga dan dirawat sehingga sembuh...oh terlalu kejam manusia , sedangkan haiwan masih ada rasa sayang pada anaknya..tetapi manusia..oh mengalir air mataku..
ketika asyik aku melihat-lihat anak-anak ini tiba aku terpandang seorang kanak-kanak yang sedang asyik memandangku......maafkan aku..air mata ini terlalu laju mengalir..akan kuteruskan bila emosiku kembali stabil...

Barli Ais Dan Mee Kari ( Wordless Friday )





Jiwa Kacau kerana.....


Assalammualaikum..
Tajuk n3 memang gempak..apalah yang membuatkan aku jiwa kacau ni...masalah aku sekarang ni..aku dah 2 minggu cuti masak...hu hu semuanya kerana aku kena kembali bertugas mengendalikan kursus di Sungai Siput ni...3 bulan aku kena stay di bilik yg takda dapur ni..makna kata aku makan kat cafe je...blogwalking ke rumah kawan2 membuatkan aku lagi sakit jiwa...macam2 dorang masak..aku cuma masak air buat milo cicah biskut pingpong cap hupseng...hu hu..kesiannya aku....

 dah lama tak minum bersama kengkawan...

dah lama tak makan tahu sumbat buatan sendiri.....

makan lauk kampung yg ringkas-ringkas...

huwaaaaaa jiwa kacau sungguh bila taklih masak ni......tensen.....

Rindu Itu Tetap Bertamu


Salam malam hari...hu hu ini n3 emo namanya...minggu ini je dah 2 kali aku sowang diri..hubby banyak outstation..terasa betul kesunyian melanda..cepatlah hari jumaat...takda mood nak masak or makan...sebab takda teman gaduh...( bila ada gaduh je..bila takda rindu plak...hik hik )



I miss you when something good happens, because your the one I want to share it with. I miss you when something is troubling me, because your the one that understands me so well. I miss you when I laugh and cry, because I know that you are the one that makes my laughter grow and my tears disappear. I miss you all the time, but I miss you the most when I lay awake at night, and think of all the wonderful times that we spent with each other for those were some of the best and most memorable times of my life.

Bibimbap ( Nasi Campur Style Korea )


Assalammualaikum..
Ha yang ni bukan aku yang masak..aku ngap kat midvalley masa lawatan kerja selama seminggu ke KL aritu..ini memang menu wajib aku kalau pergi ke stall Korean Food..memang sodap wei..kira kena lah ngan tekak aku ni..bila kunyah Kimchi nya yang pedas masam tu..pergh bukak selera woo...so layan dulu ye..

Bibimbap (Korean pronunciation: [pibimbap][1]) is a signature Korean dish. The word literally means "mixed meal." Bibimbap is served as a bowl of warm white rice topped with namul (sautéed and seasoned vegetables) and gochujang (chili pepper paste). A raw or fried egg and sliced meat (usually beef) are common additions. The ingredients are stirred together thoroughly just before eating.[2] It can be served either cold or hot.

Bibimbap ni sebenarnya macam nasi campurlah kalau kat malaysia ni...cuma bezanya ia dihidangkan dalam mangkuk tembikar yang panas..itu yang berasap-asap tu...macam-macam jenis sayur ada diletak..dan bibimbap ni juga ada macam-macam jenis contohnya yang vegeterian , seafood dan daging...


Ehsan Google


Ehsan Google

Home Sweet Home


Assalammualaikum..lama sungguh aku bercuti rasanya..bukan cuti dari kerja tetapi cuti blogging..bukannya apa banyak hal dan kerja yang perlu diselesaikan...ha gambar yang kat atas tu adalah design peti ais dan stok makanan yang aku nak buat satu hari nanti..berangan jelah dulu apa salahnyakan...kita kena ada impian sebabnya impian tu satu motivasi diri...aku dalam proses nak beli rumah sendiri sebenarnya..but banyak perkara yang aku kena survey dulu...sebab ini perkara serius..yelah rumah ni bukan sahaja tempat berteduh dari hujan dan panas tetapi penting juga dalam proses terapi lepas pulang bekerja...hmmm complicated sungguh...so aku nak p rehat sat...hu hu


nak cenggini gak


ni jugak...


kemas kan...
 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in