KUIH CARA BERLAUK OVEN STYLE


Hmm hari jumaat kian melabuhkan tirainya..makna kata dah petanglah tu..so yang ada kat rumah tu mesti tengah pikir nak buat apa untuk kudapan dipetang hari..he he pada aku salah satu menu yang sempoi dan agak rajin untuk aku buat...kuih cara berlauk lah..bezanya aku tak bakar pakai arang tapi pakai oven letrik je..senang..takyah berhempas pulas berpeluh kepanasan...hu hu orang rajinlah katakan...

Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
1 biji telur
1/2 cawan santan
Air secukupnya untuk membancuh
( Gaul semua bahan diatas hingga sebati dan tekstur bancuhan menjadi cantik ..aku kacau pakai pemukul telur...memang lah tepung tu sebati yang amat )

Inti Kuih Cara Berlauk :
2 ketul dada ayam ( potong dadu )
1 tangkai daun kari
1 biji bawang besar - potong dadu
1 ulas bawang putih - dadu
4 sudu makan rempah kari MASALA BABAS
Garam secukup rasa
1/2 cawan air ( kalau banyak kurangkan sedikit )

Hiasan :
1 cawan bawang goreng
1 pokok daun sup dan daun bawang - hiris sederhana
2 tangkai cili merah - hiris sederhana

Cara-cara :
1. Tumis bawang merah , bawang putih dan daun kari hingga wangi...masukkan serbuk kari dan diikuti dengan isi ayam..
2. Gaul rata dan masukkan air dan perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa MAGGI..
3. Masak hingga ayam benar-benar empuk dan airnya kering...sejukkan sebentar dan bolehlah digunakan selepas itu..

Proses membakar :
1. Panaskan Oven 180C....
2. Sediakan acuan tart...sapukan permukaan dalamnya dengan minyak supaya kuih tu tak melekat..
3. Masukkan bancuhan tepung tadi anggaran setengah acuan..dan masukkan intinya , kemudian taburkan daun bawang&sup yang telah dihiris , cili merah dan bawnag goreng
4. Letakkan didalam dulang pembakar dan bakar dalam 15 minit...


10 ulasan:

  1. senag weii!just masuk oven pastu tunggu bunyi ting...siap untuk dimakan...hahahah

    ReplyDelete
  2. Ctnaemah : tau takpa..senang hati aku wei..apa cer..lama tak dengar kabo...

    ReplyDelete
  3. Sukatan dlm resepi ni dpt brapa biji kuih cara???

    ReplyDelete
  4. Sukatan dlm resepi ni dpt brapa biji kuih cara???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut saiz acuan kuih cara tu Sakinah Mawadah , selalunya dapat dalam 30 biji..

      Delete
  5. assalamualaikum
    minta halalkan, sy nak copy resepi ini.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum
    minta halalkan, sy nak copy resepi ini.

    ReplyDelete
  7. Guna api atas bawah atau api bawah saja?

    ReplyDelete

 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in