Sibuk Ye Cikguuu...

Assalammualaikum...

Memang agak sibuk gile..mana taknya selain mengajor banyak lagi benda yang nak diselesaikan..bila dah sibuk dah tentulah aku kurang memasak..tambahan suami tengah berdiet..kurangkan makan nasi..lagilah dapur aku yang tak berapa nak besar tu jarang beroperasi..masa lebih banyak dihabiskan di tempat kerja..almaklumlah Bini Cikgu...Suami Cikgi...ha ha ha cikgu gak..bezanya kami ni tak mengajar kanak-kanak ribena..golongan sasar kami adalah remaja dan dewasa...hu hu lebih kepada bidang Kemahiran..kuang kuang...so sampai sini je..see you all soon...


Lahad Datu

Assalammualaikum..
Makin hampir ke PRU yang seterusnya makin banyak isu dan pergolakan yang timbul , dalam merebut kuasa mereka lupa ada nyawa yang dipertaruhkan , ada keluarga yang hilang tempat bergantung , ada anak kehilangan ayah , ada isteri kehilangan suami dan ada ibu bapa kehilangan anak tersayang...Entah rasukan apa yang menggila membuat tuntutan ditanah berdaulat ini..tanah yang kami perjuangkan kemerdekaannya..kadangkala mereka umpama menyalak bukit..bukit yang bukan hak milik mereka..hati aku kepalang risau kerana sahabat-sahabat dan anak muridku ada di Lahad Datu..biar jauh dari semenanjung namun bahang pergolakannya tetap terasa...cuma satu harapanku..moga malaysia terlindung dari segala kekacauan dan moga keamanan akan kembali ke Lahad Datu..Aminnnn

Hati Seorang Wanita

Assalammualaikum...
Lama rasanya aku tak mengetik keyboard usang ni..dan sudah lama jugak rasanya blog ini sepi tanpa n3 yang menguja selera..entah kenapa kadangkala kesibukan selalu menewaskan aku..dalam kelelahan menyiapkan tugasan aku memang tak bermaya untuk berkarya...bukan senang menjadi seorang Wanita yang menggalas tanggungjawab sebagai pendidik , isteri , menantu , anak dan sahabat...kadangakala rasanya aku hampir tidak punya sesaat pun untuk diri sendiri...namun hati seorang Wanita biar seberat manapun tanggunggjawab yang tergalas dengan sedaya upaya kudrat yang ada , masih terus mencuba untuk menyelesaikannya...tidak sedikitpun terdetik rasa sesalan...cuma terkadang terdetik rasa terkilan...kerana terlalu leka menjaga hati orang sekeliling...hati sendiri kerap terluka....itulah Hati Seorang Wanita...kerana

 " Wanita adalah hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah yang akan membahagiakan syurga didalam rumahtangga "
 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in