Puff Pastri Kawan Food


Assalammualaikum
Salam Ramadhan yang ke 7..dah seminggu rupanya kita berpuasa kan..sekejap je dah 7 hari..macam biasalah bila petang2 hari ni mulalah memikir juadah berbuka..walaupun berdua tapi tekak macam ramai je..ha ha ha..hubby tak cerewet sangat tapi kalau tak kena dengan tekaknya tak lajulah suapnya..so kena gak memikir sambil pecah-pecah kepala ( nak menunjukkan betapa susahnya nak carik idea )..
So rehat tadi keluar ke market jap..p jenjalan ke pasaraya billion..jalan punya jalan...sambil menjamu mata tetiba aku terpandangkan puff pastry square yang comel ni..brand Kawan Food..dengan tak lengahnya aku pun merembat nya dengan penuh teruja..sebab bukan senang nak jumpa puff pastry yang saiz kecil macam ni...yang ada kat tesco tu besar2 dulang..nah bapa lama nak habis sebab rakyat jelata aku kat rumah ni bukan nya ramai..jadinya plan aku petang ni..balik nanti buat inti karipap and plus rebus telur sebab nak buat puff kentang ala-ala nyonya sikit ( doakan aku rajin ye..kalau tak rajin maknanya esok jelah aku buat ) ..
Balik nanti terus buat prep than buat main dish dulu Sambal udang petai , goreng sayur than puff kentang..hu hu tengah semangat nih..( kelip2 mata sambil tengok jam ) baru kul 3.20 petang..kita tengoklah bila dah sampai rumah nanti..wink wink

Iftar ke 5...hanya besederhana


Assalammualaikum....
Salam Ramadhan..ini juada berbuka semalam yang sempat aku hidangkan buat keluarga, maklumlah keletihan pulang dari kampung masih terasa...selesai kenduri arwah untuk ayahanda tercinta aku terus pulang ke perak...kerana banyak urusan kerja yang menanti...
So semalam just masak nasi , sambal goreng , kailan goreng dan sotong goreng tepung....resepi tak perlu kot sebab juadah simple je....hu hu 
Tengah memikir nak masak apa plak petang ni sambil blogwalking ke rumah kawan2.....

Ramadhan 1..pulangnya Ayahanda tercinta ke rahmatullah

Assalammualaikum......
Terlalu lama rasanya blog ni tak ada n3 baru...mungkin tiada menu baru yang ingin aku kongsikan kerana terlalu sibuk dengan kerja yang memerlukan aku menyiapkannya secepat mungkin....cuma apa yang ingin aku ceritakan ialah kepulangan ayahanda yang tercinta ke rahmatullah benar2 memberi impact yang besar kepada kami sekeluarga..nampaknya tahun ini kami beraya tanpa ayah ...emak nampak sugul...tapi redha...pertamanya kerana ayah telah lama menderita mengidap penyakit kencing manisnya..dan yang kedua ayah pulang mengadap penciptanya pada hari pertama umat islam menyambut ramadhan al-mubarak....ayah pergi dengan tenang...seperti lena yang tiada gangguan...alhamdulillah..kini hampir 6 hari ayah tiada...terasa kesunyian menusuk ke jiwaku....kerana aku anak sulung ayah..ayah adalah insan pertama yang aku lihat sejurus aku membuka mata ketika saat kelahiran...ayah juga insan pertama yang mendendangkan kalimah suci ke gegendang telingaku...terlalu banyak kenangan yang mengintai diruang ingatanku ini...Ya Allah tempatkan Ayah dikalangan orang2 yang beriman dan yang kau kasihi ....Amin...Al-Fatihah buat ayahanda tercinta ABDUL HALIM BIN RAMLI....semoga ayah tenang disana..kami adik beradik akan sentiasa menghantarkan  hadiah yang akan menerangi ayah disana...doa anak-anak yang solleh dan sollehah...insyaallah
 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in