Memori November


Assalammualaikum...

Rasanya sekejap sahaja masa berlalu...baru habis puasa raya plak..habis raya tiba pula musim haji..dan hari raya yang lagi satu Aidiladha....biarpun tak disambut meriah seperti datangnya Aidilfitri, tetapi ia amat mendatangkan kesan pada diriku. Kalau pada saat itu umat islam sibuk untuk mengorbankan haiwan ternakan...dan pada saat itu aku terpaksa berkorban menghadapi situasi yang tak terjangka dek akal fikiran hamba yang lemah seperti aku ini..apa pun jua peristiwanya yang pasti ia mengguris hati seorang wanita...dan luka itu tetap berparut biar ditelan zaman dan waktu. Itulah memori yang terpahat kemas di hatiku ini tiap kali tibanya november...buat mereka yang banyak menyokong dan menguatkan semangatku..terima kasih buat kalian semua....dan moga Allah yang akan membalasnya....
Adios

Spesel Day...


Assalammualaikum...

Lama dah tak update blog ni..maklumlah cuti panjang..alamatnya blog pun cutilah gak. Balik dari pahang penat sesangat so mana nak ingat ape2 , kecuali tidooooooooooo. He he , biar tak cukup makan jangan tak cukup tido ( pepatah sendiri tu , bukan pepatah orang dulu2).
Hmm arini first day naik keje ..n boleh kategorikan ari yang spesel gak lah..sebelum terlupa..nak wish kat my hubby..happy birthday n moga panjang umur , murah rezeki dunia dan akhirat. Ni pun kheja banyak lagi tak siap nih...so till now..kene buat apa yang patut dulu. so...

Adios



"Seandainya kehadiran ku di dalam hidupmu sebagai cahaya,
tetapkan lah aku untuk terus di dalam hatimu,
untuk menyinari kehidupanmu"

JALAN-JALAN BUAT KERJA

Assalammualaikum.....

Hari ini saya dah gerak g outstation...penat bukan main lagi...apa taknya nak kena tinggalkan rumah lama-lama mestilah nak prepare apa yang patutkan. Tapi dah kena kerjakan nak buat macamana. Kerja luar kawasan ni bukan tak best , maklumlah dapat beralih angin sat dari angin lama yang kat tempat kerja ni. bukan tu ja , boleh hilangkan hangin yang satu badan ni ( mendalam maksudnya tu ). Hmm tapi mana ada yang kerja makan angin semata,kena buat kejha cik oi..
Bukak bengkel la plak kat Pahang ni..dari Perak ke Pahang...8 jam dlm keta ghasa nak sesemut pinggang ni...pastu esoknya ni dah start BERBENGKEL...

So , kita sambung esok na...penat giler ni..nak memenuhi tuntutan mata dulu nih...

Adios....
 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in