Akhirnya......

Salam....

Kisah yang dikisahkan ini rupanya hanyalah secebis dari cebisan cerita kehidupan. Kadang-kadang manis...kadang-kadang pahit...
Namun kita takan dapat menidakkanya didalam mengharungi hidup..selagi bernama MANUSIA..
Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin, basah dan lembab, tidak disukai insan. tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur. Begitu rupanya.....
Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan. Antara nasib dan takdir adalah suatu yang lebih kurang sama. Mereka akan berubah hanya dengan doa kita dan dengan keizinanNya.
Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna...
Andainya kita diberi kesempatan untuk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yang terbaik. Namun, kehidupan yang telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali.

Andai


Salam....
Sedar tak sedar dah masuk mac dah kan...cepat betul masa berlalu. Hampir 3 tahun aku disini rupanya..semusim itulah pelbagai kenangan pahit dan manis yang kuharungi...dan pengalaman inilah yang benar-benar menjadikan aku matang , cekal dan tabah mengharungi realiti yang dinamakan "KEHIDUPAN".
Kadangkala kita terlupa bahawa ujian dan dugaan yang diturunkan oleh Allah pada kita adalah untuk menguji sejauh mana kesabaran dan keimanan kita padanya..hingga kita merasa ujian itu terlalu berat. Mungkin ada nikmat kemanisan yang tersembunyi yang didatangkan bersama-sama kepahitan itu....hikmahnya tak siapa yang tahukan?

Jika ia sebuah cinta… ia tidak mendengar… namun sentiasa bergetar.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak cantik namun sentiasa menarik.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak hanya berjanji.. namun sentiasa cuba memenangi.

Jika ia sebuah cinta… ia mungkin tidak suci.. namun sentiasa harmoni.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan… namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan...

Salam sayang

ima

Pernah dulu

Salam....

Kesibukan menghadiri kuliah kadangkala membuatkan blog ni tak update lama sangat....tetapi bila lama sangat tak update rasa macam tak best pulak...masa tu ada , tapi idea yang kurang.
Biasalah syok tidur lagi dari nak buat benda lain...study ni penuh dengan tekanan sebenarnya..so bila dah tension tu apa lagi ubatnya relekslah...n tidoooo.
Lama sungguh rasanya rumah kat perak tu tak berkemas..almaklumlah study kat bangi...kalau dikumpulkan nak sebakul dah habuk rasanya...

Khas untuk suami tersayang...terima kasih coz sudi faham kesibukan yang tercipta ini. Nasib baik dia pandai masak , kalau tak kesian gak nak tinggalkan lama sangat...tapi hati ni tetap ingatkan suami dan rumah..tempat lahir lagi kan dikenang inikan pula tempat kediaman...nak balik tapi takda kelapangan...kelas padat sangat.....huaaaaaaaaaaaaaa.

Demi sebuah cita-cita dan impian kita kena berkorbankan...takda kesenangan yang datang bergolek tanpa kita mengejarnya...aku redha sebab ini adalah pilihanku...bak kata lecturer aku...semuanya terletak pada diri sendiri...kita adalah penentu hala tuju hidup kita, bukan orang lain...so takat ni jelah kot...coz masa dah time ni...kelas start kul 2.30 ni....bye..
 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in