Karipap Sandwich


Assalamulaikum
Ha ha jangan pelik ye..bukan pokok je boleh kacuk..kuih pun boleh kacuk tau..ha ha ha sebenarnya aritu aku buat sandwich sardin dengan sandwich telur..tetiba roti habis inti banyak lagi..so apalagi aku hayunlah buat kulit karipap than aku isi salad , timun dan tomato dan intinya..aku kelim buat karipap..bila dah siap goreng..hmm not badlah boleh diterima tekak..so jadilah Karipap Sandwich...so pesan aku berkreativiti itu bukan pada kanvas sahaja..pada makanan pun boleh..selagi takda yang keracunan kira oklah tu..



Nasi Goreng Daging

Hmm daging lagi..selagi tak habis daging dalam peti ais aku senang cakap selagi tulah menu aku ni ada daging..sib baik takda darah tinggi kalau tak mesti naik melambung. Kelmarin Mee Goreng Daging , pastu nasi goreng daging palk..hu hu yang pastinya daging ni sesuai untuk apa jua hidangan...resepinya tak payahlah ek..sama je buat nasi goreng..cuma rencah tambahan je yang berbeza..ikut selera masing-masinglah kan nak ayam ke , daging ke ataupun seafood..digabungkan pula dengan sayuran..aku suka letak kacang botol dan kacang panjang sebab bila kunyah terasa keulamannya itu..


My First Cupcake - Chocolate Moist Cupcake


Assalammualaikum
Hu hu dont judge the book by its cover..dan semestinyalah aku nak cakap jangan menilai rupa cupcake aku ni dengan dekorasinya..tapi nilailah dari kesungguhan aku mencuba dan rasanya...tapi aku puas hati sebab geng-geng aku suka dengan cupcake ni..kata deme not badlah untuk amatur macam aku ni..guess what..ada yang nak tempah nanti..ha ha ha thanks guys for be a supportive friend to me...buat aku makin confident untuk cuba lebih baik..Resepinya..nanti dululah ye...letih arini..oh ya lupa nak cerita..cuppy cake ni untuk department aku sempena Hari Ibu Dan Hari Guru...Happy Mothers and Teachers day guys..




 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in