Assalammualaikum
Alhamdulillah dan syukur yang tak terhingga diatas segala rezeki yang dikurniakan Allah buat kami sekeluarga , hari ini adik ku yang ke 6 akan melaporkan diri sebagai anggota PDRM bagi kontijen Negeri Terengganu...mak kini mampu tersenyum lega kerana semua 7 dari 8 anak-anaknya punya kehidupan yang terjamin..terbalas segala penat lelah emak membesarkan kami 8 beradik bila semuanya punya karier yang mampu menjamin kehidupan sendiri dan sekaligus mampu untuk menampung perbelanjaan emak , ayah dan adik bungsu kami. Aku bangga dengan semua adik-adikku kerana berjaya melonjakkan diri demi sebuah kejayaan , biarpun tidak pergi ke kelas tuisyen atau pun berbelanja mewah. Belajar dari kesusahan keluarga adalah azimat yang paling berharga dan ketabahan itu jugalah yang memajukan kami adik-beradik biarpun tak semuanya ke universiti namun kejayaan itu berada dimana-mana asalkan berusaha dan yakin dengan rezeki Allah....moga keluarga kami akan sentiasa dirahmati Allah dan berada dibawah limpah dan redhanya...
Salam Kerull..Tahniah tuk adik Kerull..sejuk perut ibu yg mengandungkannya.
ReplyDeleteGambar kat menara condong tue bila ambik?
salam K.Atie..
ReplyDeleteTerima kasih...alhamdulillah rezeki mak...gambar tu dah lama dah rasanya 4 tahun yg lepas...mesti dah banyak berubah kot..sebab dah lama tak pg sana.