Ok ni nak story kenapa aku suka buat nasi goreng..sebab yang pertama tak mahu berlaku pembaziran..sebab kat rumah aku pakai beras faezah basmathi...so dari buang baik buat nasi goreng..dan yang selebihnya sebab senang nak buat..rencah ikut suka hati..dan gabungan yang mantap..sayur ada , daging ada , telur ada dan macam-macam ada...ok nak bagitahulah nasi goreng hainan ni aku try masa balik kampung..dan bukan semua tempat ada menu ni..nasib baik tokeh kedai tu tu baik..tq aunty..so aku sharelah mana tau korang suka..bezanya yang aku makan tu tak pedas..dan yang aku buat ni pedas...kira hainan malaysia lah ni..hik hik
Bahan-bahan :
2 mangkuk nasi sejuk
2 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh lada sulah
daging ( hiris nipis dan perap dengan minyak bijan , garam dan lada sulah )
2 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah kecil*
6 tangkai cili padi*
( tumbuk / blender bahan yang bertanda * )
2 helai kubis cina - hiris
Garam secukup rasa ( kalau tak cukup masin..aku tak taruk sebab kicap cair tu dah cukup masin )
Maggi cukup rasa ( optional )
1 sudu teh kicap cair
Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dah ditumbuk tadi hingga garing..lepastu masukkan daging yang telah diperap , kicap cair dan bahan perasa dan kacau sebati..
2. Tak perlu masak daging terlalu lama sebab kita hiris nipis , masukkan nasi dan kacau hingga mesra..masukkan kobis cina dan biarkan sebentar dalam 5 minit..dan padamkan api...
waaa... aku suka nasi goreng ala2 cina ni...tak kira la Hainan ke, kungfu ke...belasah jer...hehehe
ReplyDeleteha ha..samalah wei CK...terpulang kita nak ubah pedas atau tak..ikut selera masing-masing...hu hu
ReplyDelete