Kenduri Tahlil dan Doa Selamat Sebelum Ramadhan

Assalammualaikum..

Salam Ramadhan buat semua sahabat blogger dan kawan2 yang sudi berkunjung ke sini..Alhamdulillah bertemu semula kita dengan bulan Ramadhan yang mulia ini..bulan penuh rahmat dan keredhaan..Ramadhan juga mengingatkan aku kepada ayahanda tercinta yang pergi mengadap penciptanya pada detik 1 Ramadhan 3 tahun yang lalu..Terlalu rindu pada ayahanda membuatkan kami sekeluarga sepakat mengadakan Kenduri Tahlil dan Doa Selamat..inilah bekalan yang dapat kami bekalkan buat ayahanda disana..semoga Nur itu sampai padan Ayah dan menerangi ayah disana..saat-saat seperti ini jugalah masa yang ada buat kami adik beradik bersama-sama memandangkan masing-masing ramai yang bekerja di luar daerah kelahiran kami..Majlis seperti ini adalah detik untuk menjalin kemesraan sambil bercerita mengenai perkembangan diri dan keluarga masing-masing..syukur , Mantai ( bahasa org n9 - sehari sebelum puasa ) kali ini dapat kami bersama-sama berkumpul menemani bonda tersayang..riuhnya bukan main lagi..mana taknya 8 org anak bersama menantu dan cucu-cucu..terlihat senyum bahagia bonda..terasa Ramadhan yang datang tidak terlalu sedih buatnya..memang itu niat kami adik beradik..kalau boleh tak mahu terlihat riak sedih itu diwajah bonda..kami tahu bonda rindukan ayahanda..biar cuba ditahan..namun ketika melangkah dipusara ayahnda sore itu..titis jernih itu gugur juga..kami faham dan satu masa nanti semua kita akan merasainya..tetapi selagi kami ada biarlah bonda bahagia sentiasa..semoga Syawal yang menjelma datang bersama rahmat dan bahagia...Amin








2 ulasan:

  1. شركة التميز المثالي للخدمات المنزلية وتنظيف المنازل والشقق والفلل بالدمام والخبر والقطيف والجبيل
    قسم خاص لتسليك المجاري بالضغط ومكافحة الحشرات وتنظيف للمجالس والسجاد والموكيت وتنظيف الخزانات
    نقدم افضل الخدمات المنزلية بالمنطق الشرقية 0551844053

    شركة تسليك مجاري بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالدمام
    شركة مكافحة حشرات بالدمام
    شركة تنظيف شقق بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    شركة مكافحة حشرات بالجبيل
    شركة تنظيف سجاد بالجبيل
    شركة تسليك مجاري بالخبر
    شركة تنظيف منازل بالخبر
    شركة تركيب وصيانة الكهرباء بالدمام والخبر

    ReplyDelete

 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in