UPSI...aku disini

Assalammualaikum.....

Dapat gak masa senggang untuk mengupdate blog ni...
So bukan senang rupanya mengasah kembali otak yang dah agak berkarat ni..hampir 10 tahun meninggalkan bidang study ni rupa-rupanya dah tua-tua ni kena gak sbg belajar balik...
Nasib tempat tak jauh...Kat UPSI ni jer...
tapi nak komplen camana kan demi masa depan biar berat cabarannya kena gak diteruskan coz setiap kejayaan itu datang dengan seribu macam halangan dan dugaan. Mula - mula boring gak dengar lecture ni maklumlah selalu kita bagi lecture..sekarang ni plak kita kena lecture...haru biru dibuatnya bila asyik nak total aggrement ( maksudnya tersengguk2 tahan ngantuk ) but hari demi ari kian mudah..berkat doa orang-orang tersayang...so takdak masa dah ni..lain kali sambung lagi no...
bye n adios for today....

BICARA SEMALAM


Assalammualaikum...

Hmm Disember makin pergi..pergi bersama suka dan duka sepanjang jalan kenangan....
Namun kita tetap disini...selagi ada hayat hidup perlu diteruskan..biar tanpa orang tersayang ataupun sebaliknya....

Biar masa dan zaman berubah,tetapi sesetengah perkara itu masih perlu terus berada bersama kita. Kita hidup dalam realiti tetapi kenangan itu sebagai memori yang terus tersimpan disudut hati.

Buat sahabat... Tahniah diatas pertukaran ke tempat kerja baru...saya yakin dia ok kat ctu..ibarat kelapa tercampak kemana pun menjadi pulau..Insyaallah. Buat memember yang lain..moga sukses dalam apa jua bidang yang diceburi...

So Adios

SEJENAK MERENUNG YANG TERLUPA






SEMALU PUN TAU MALU, INIKAN PULAK PEREMPUAN...

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful
Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...

Memori November


Assalammualaikum...

Rasanya sekejap sahaja masa berlalu...baru habis puasa raya plak..habis raya tiba pula musim haji..dan hari raya yang lagi satu Aidiladha....biarpun tak disambut meriah seperti datangnya Aidilfitri, tetapi ia amat mendatangkan kesan pada diriku. Kalau pada saat itu umat islam sibuk untuk mengorbankan haiwan ternakan...dan pada saat itu aku terpaksa berkorban menghadapi situasi yang tak terjangka dek akal fikiran hamba yang lemah seperti aku ini..apa pun jua peristiwanya yang pasti ia mengguris hati seorang wanita...dan luka itu tetap berparut biar ditelan zaman dan waktu. Itulah memori yang terpahat kemas di hatiku ini tiap kali tibanya november...buat mereka yang banyak menyokong dan menguatkan semangatku..terima kasih buat kalian semua....dan moga Allah yang akan membalasnya....
Adios

Spesel Day...


Assalammualaikum...

Lama dah tak update blog ni..maklumlah cuti panjang..alamatnya blog pun cutilah gak. Balik dari pahang penat sesangat so mana nak ingat ape2 , kecuali tidooooooooooo. He he , biar tak cukup makan jangan tak cukup tido ( pepatah sendiri tu , bukan pepatah orang dulu2).
Hmm arini first day naik keje ..n boleh kategorikan ari yang spesel gak lah..sebelum terlupa..nak wish kat my hubby..happy birthday n moga panjang umur , murah rezeki dunia dan akhirat. Ni pun kheja banyak lagi tak siap nih...so till now..kene buat apa yang patut dulu. so...

Adios



"Seandainya kehadiran ku di dalam hidupmu sebagai cahaya,
tetapkan lah aku untuk terus di dalam hatimu,
untuk menyinari kehidupanmu"

JALAN-JALAN BUAT KERJA

Assalammualaikum.....

Hari ini saya dah gerak g outstation...penat bukan main lagi...apa taknya nak kena tinggalkan rumah lama-lama mestilah nak prepare apa yang patutkan. Tapi dah kena kerjakan nak buat macamana. Kerja luar kawasan ni bukan tak best , maklumlah dapat beralih angin sat dari angin lama yang kat tempat kerja ni. bukan tu ja , boleh hilangkan hangin yang satu badan ni ( mendalam maksudnya tu ). Hmm tapi mana ada yang kerja makan angin semata,kena buat kejha cik oi..
Bukak bengkel la plak kat Pahang ni..dari Perak ke Pahang...8 jam dlm keta ghasa nak sesemut pinggang ni...pastu esoknya ni dah start BERBENGKEL...

So , kita sambung esok na...penat giler ni..nak memenuhi tuntutan mata dulu nih...

Adios....

Kelmarin, semalam dan hari ini


Assalammualaikum....

Hmmm mula-mula ni macam tak tahu plak apa yang nak dikatakan....cuma yang pasti , hajat nak ada blog sendiri tercapai jugak...Hasil pertolongan sorang member yang Pro dalam hal-hal blog ni...walaupun ringkas tapi berbaloi gak kot...sekurang-kurangnya ada gak tempat nak mencurah idea yang tak seberapa ni...Ok lah sambung nanti-nantilah yer..nak balik dulu..rumah dah memanggil..he he
 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in