Bihun Goreng Ikan Bilis


Assalammualaikum...dah tengahari dah kan...hu hu tadi aku breakfast bihun goreng ni je...rencah ikan bilis je..cuma buat extra pedas sebab campur cili padi dan lada kering..memang kick gila pedasnya..masak lebih untuk bentou hubby dan jugak untuk aku bawak ke pejabat...makan berjemaah dengan officemate..

NASI BERIYANI DAN AYAM PANGGANG PAPRIKA




Assalammualaikum...
Hari ni sarapan awal sikit sebab banyak keje nak kena settle...student baru nak masuk , so banyak benda yang nak diselesaikan agar minggu transformasi student berjalan dengan lancarnya minggu hadapan. Petang semalam balik kerja dah agak lewat serta ditambah badan yang memang sedia kepenatan..jadinya singgah tesco jap beli ayam yang dah siap marinated ni..yang berperisa paprika dan aku rembat satu peket rempah beriyani maggi...so malam tadi inilah dinner aku...cuma aku plus buat kari telur 2 biji , pedas dan pekat tanpa santan...campak sikit cili padi 2 3 tangkai..memang mabeles...senangkan hidup..semuanya beli yang siap sedia untuk dimasak..jimat masa..balik rumah panaskan oven dalam 220c than bakar dalam 45 minit..kelar sikit supaya masak didalamnya..sebab aku tak suka mentah...daging ayam mentah ada bakteria..so masak biar lama sikit...bagi juice ayam tu keluar baru best...

Resepi Ayam Panggang Paprika

1 ekor ayam / yg dah siap potong-potong - bersih dan toskan
3 ulas bawang putih - cincang
1 inci halia - cincang
2 sudu paprika
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam
2 sudu minyak zaitun
( perap ayam semalaman baru best )

Mee Goreng Sotong


Assalammualaikum
Lambat sikit update n3 hari ni , banyak keje betul sebab jumaat ni dah nak ke UUM Sintok...jadi banyak benda nak diselesaikan..so malam tadi dinner biasa-biasa je..aku buat mee goreng je..boleh tengok kat lable mee resepinya..cuma beza kali ni aku tak campur ayam atau daging..sebab aku ada dengar satu ceramah agama tentang pemakanan menurut perspektif islam...salah satunya ikut sunnah Rasulullah SAW iaitu tidak makan makanan laut dan darat seperti makan ayam dan udang dalam pada masa yang sama...kurang baik untuk kesihatan..kalau nak letak makanan laut sebagai rencah masakan tak perlu lagi tambah ayam atau daging...dan kalau nak lebih tahu boleh baca kat SINI...

KINI EMAK DAN AYAH MAMPU TERSENYUM LEGA


Assalammualaikum
Alhamdulillah dan syukur yang tak terhingga diatas segala rezeki yang dikurniakan Allah buat kami sekeluarga , hari ini adik ku yang ke 6 akan melaporkan diri sebagai anggota PDRM bagi kontijen Negeri Terengganu...mak kini mampu tersenyum lega kerana semua 7 dari 8 anak-anaknya punya kehidupan yang terjamin..terbalas segala penat lelah emak membesarkan kami 8 beradik bila semuanya punya karier yang mampu menjamin kehidupan sendiri dan sekaligus mampu untuk menampung perbelanjaan emak , ayah dan adik bungsu kami. Aku bangga dengan semua adik-adikku kerana berjaya melonjakkan diri demi sebuah kejayaan , biarpun tidak pergi ke kelas tuisyen atau pun berbelanja mewah. Belajar dari kesusahan keluarga adalah azimat yang paling berharga dan ketabahan itu jugalah yang memajukan kami adik-beradik biarpun tak semuanya ke universiti namun kejayaan itu berada dimana-mana asalkan berusaha dan yakin dengan rezeki Allah....moga keluarga kami akan sentiasa dirahmati Allah dan berada dibawah limpah dan redhanya...

ROTI DANGDUT BAKAR


Assalammualaikum....
Pagi ni ada meeting untuk minggu transformasi student..so layan gambar je dulu ye..minat nak try lih roger..aku bagilah resepi..kalau tak mo..tengok je lah..

Ayam Panggang Sos BBQ


Ini dinner malam bila ntah..aku pun tak bapa ingat sebab dah lama dalam folder ni..ini menu paling senang..perap semalam..than bakar

Bahan-bahan :
5 ketul paha ayam - bersih dan toskan juga dikelar-kelar supaya perapan sampai ke daging dan masak sekata
3 ulas bawang putih - cincang
2 sudu serbuk lada hitam
1 inci halia - cincang
1 sudu serbuk paprika
1 sudu madu
1/2 sudu teh garam
2 sudu jus lemon
3 sudu SOS BBQ LIFE
2 sudu minyak zaitun
1 tangkai rosemary - cincang
1 tangkai oregano - cincang

Cara-cara :
1. Satukan semua bahan diatas dan perapkan ayam bersama bahan tadi...simpan semalaman didalam peti sejuk dan gunakan bekas bertutup supaya perapan cepat meresap.
2. Panaskan oven pada suhu 220C dan masak selama 45 minit...


yang ini baru lepas make up..

Biskut Quaker Oat Garing


Ini kuih versi Pra-Ramadhan..saja test-test..nak pilih yang mana sedap..ini resepi amik kat majalah RASA bulan Ogos..memang mantap..memang jadik..ramai yang nak tempah bila aku buat test market kat opis...memang simple gila bahan-bahannya..cuma aku derhaka sikitlah dari resepi asal...

Bahan-Bahan :

400 Gram Quaker Oat
200 Gram Gula Kastor - Aku pakai gula perang
200 Gram - Mentega
2 Biji Telur - Gred B
1 Sudu Teh Asen Vanila
50 Gram Badam Cincang - Ini aku tambah
Ceri Untuk Hiasan - Aku tukar cip coklat

Cara-cara :
1. Pukul mentega bersama gula hingga sebati...
2. Masukkan telur dan kacau rata , masukkan asen vanila....kemudian masukkan badam cincang dan gaul rata..
3. Masukkan quaker oat dan gaulkan sampai sebati...
4. Panaskan ketuhar 175c....gris sedikit dulang pembakar dengan butter
5. Bentukkan bancuhan tadi menggunakan sudu dan tekan dengan garfu..kemudian letak cip coklat ditengah-tengahnya...bakar dengan suhu 175C selama 20 minit...

Nasi Beriyani Daging


Assalammualaikum...
Burp..alhamdulillah kenyang...baru sarapan tadi..mee sup pedas punyeeee...lama tak pekena sup-sup ni..asyik menggoreng je...oklah..menu kat atas tu aku buat dinner malam tadi..Nasi Beriyani Daging..tak buat set sebab tak sempat..just masak nasi dan buat beriyani daging je..aku buat banyak sikit sebab nak jamu kawan-kawan pejabat...nak suruh dorang komen sikit ok ke tak sebab ini first time aku buat beriyani..resepinya aku amik kat Rossyabakes , senang je dan terbukti sedap bila kengkawan aku kata sedap...thanks for the recepies..memang berbaloi mencubanya. Jadinya kalau nak cuba boleh tengok kat link yang aku bagi tu ye...

7 / 7 / 2011

Assalammualaikum semua...bz sungguh cik bedah ni sampai nak update n3 baru pun tak sempat-sempat. Hari ni hari terakhir bengkel cik bedah kat De Rhu Beach Resort , Kuantan ni. Kesibukan yang terlampau membuatkan cik bedah tak kemana-mana untuk slot jalan-jalan cari makan. Cik bedah makan je apa yang ada kat cafe resort ni..hu hu , nasib baik ada member cik bedah keluar dan belikan cik bedah sata..terima kasih kak milah...kalau tak kempunan cik bedah...


takda photo..watermark je lah ye...hik hik

DE RHU BEACH RESORT KUANTAN....


ASSALAMMUALAIKUM..

Bersiaran dari De Rhu Beach Resort Kuantan...ha ha aku sebenarnya semalam dah ada kat kuantan ni...ada bengkel Pembinaan Modul Pendidikan Awal Sains untuk Prasekolah...semalam petang sampai..woohoo letih gila sebab naik bas..nak drive letih wooo 9 jam tu...pagi ni dah mula bengkel..baru habis pembentangan...rehat jap...syok gak buat bengkel tepi pantai ni..baru release idea-idea bernas...hu hu hu
Ada orang kuantan nak turun  De Rhu ke..hik hik perasaan aku ni...ada ke nak buat jejak kasih ni....kui kui kui
 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in