KUIH CARA BERLAUK OVEN STYLE


Hmm hari jumaat kian melabuhkan tirainya..makna kata dah petanglah tu..so yang ada kat rumah tu mesti tengah pikir nak buat apa untuk kudapan dipetang hari..he he pada aku salah satu menu yang sempoi dan agak rajin untuk aku buat...kuih cara berlauk lah..bezanya aku tak bakar pakai arang tapi pakai oven letrik je..senang..takyah berhempas pulas berpeluh kepanasan...hu hu orang rajinlah katakan...

Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
1 biji telur
1/2 cawan santan
Air secukupnya untuk membancuh
( Gaul semua bahan diatas hingga sebati dan tekstur bancuhan menjadi cantik ..aku kacau pakai pemukul telur...memang lah tepung tu sebati yang amat )

Inti Kuih Cara Berlauk :
2 ketul dada ayam ( potong dadu )
1 tangkai daun kari
1 biji bawang besar - potong dadu
1 ulas bawang putih - dadu
4 sudu makan rempah kari MASALA BABAS
Garam secukup rasa
1/2 cawan air ( kalau banyak kurangkan sedikit )

Hiasan :
1 cawan bawang goreng
1 pokok daun sup dan daun bawang - hiris sederhana
2 tangkai cili merah - hiris sederhana

Cara-cara :
1. Tumis bawang merah , bawang putih dan daun kari hingga wangi...masukkan serbuk kari dan diikuti dengan isi ayam..
2. Gaul rata dan masukkan air dan perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa MAGGI..
3. Masak hingga ayam benar-benar empuk dan airnya kering...sejukkan sebentar dan bolehlah digunakan selepas itu..

Proses membakar :
1. Panaskan Oven 180C....
2. Sediakan acuan tart...sapukan permukaan dalamnya dengan minyak supaya kuih tu tak melekat..
3. Masukkan bancuhan tepung tadi anggaran setengah acuan..dan masukkan intinya , kemudian taburkan daun bawang&sup yang telah dihiris , cili merah dan bawnag goreng
4. Letakkan didalam dulang pembakar dan bakar dalam 15 minit...


Chinta Hatiku


Assalammualaikum..
Pagi Jumaat yang indah lagi barokah ini ternyata banyak membawa perkhabaran gembira buat kami sekeluarga..pinjaman perumahan kami telah pun diluluskan..alhamdulillah sekarang ni aku mampu tersenyum puas..satu dari azam kami untuk tahun ini telah tercapai...rencanaku mulai dari sekarang duit perlu ditabung..hu hu untuk melestarikan kabinet dapur impian..biarpun dapurku tak bapa luas sangat tapi aku puas hati..kerana rumah sendiri...
Konon-konon nak buat macam kabinet dapur yang kat atas, yelah dapur pun tak bapa besarkan...
ini ruang dapur basah

hmm luas tul tingkap dapur tu..angin senang masuk

Rumah Idamanku

Salam Jumaat semua..esok dah sabtu kan..aku still kene outstation jugak..bermula esok..dah tugas nak buat camana..so skang ni keje memang berlambak..dismaping itu tak lupa juga urusan aku yang satu ni..menguruskan pinjaman untuk beli rumah..taman area sini jugak..kami rasa berkenan sangat..dan mampu milik..asyik tengok orang beli rumah je..so skang ni turn aku plak..harap usaha menjadi kenyataan hu hu..skang ni  baru lepas proceed borang permohonan dan harap2 semuanya ok..

Tadaa..inilah rumahnya...home sweet home

BlueBerry Cheese Tart


Ha ini chef amatur ye..so jangan komplen yang kulit tart aku tu terhitam sikit..hu hu this is my first time doing pastry..tak bapa cantik rupanya but rasa tu still there..hubby aku cakaplah..than bila aku rasa..hmm jadik lah kiranya walaupun paras rupa tak bapa cantik..lainkali try bagi cantik plak..resepi aku amik kay sini..MY RESEPI kredit untuk Haz Amon

Puding Roti Lagi


Assalammualaikum
Lama rasanya tak jengah2 ke sini..kebelakangan ni agak sibuk sebab awal tahun kan..banyak program jabatan yang perlu dilaksanakan..masak tetap masak cuma kurang ambik gambor..dan kepenatan yang melampau membuatkan blog ni macan dah takda tuan dah...apa pun yang ini projek bulan lepas , sorang staff kat office tempah untuk majlis pertunangan anak lelaki dia..nak buat hantaran..so aku deko lah sikit2 apa yang patut..resepinya sama je lih klik kat SINI..
 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in