SAMOSA

( gambar ehsan google )

A Sambusa ', Samboosak (/ səmoʊsə / ) atau samoosa adalah goreng atau dibakar pastri dengan pengisian yang enak, seperti kentang berempah , keju , bawang , kacang, lentil, makaroni , mee , dan / atau daging cincang ( kambing, daging lembu atau ayam) . Kacang pain juga boleh ditambah . Sambusa itu dikatakan berasal dari Somalia. Saiz dan konsistensinya  mungkin berbeza-beza , tetapi biasanya ia adalah jelas segi tiga atau tetrahedron dalam bentuk. Samosas India biasanya vegetarian , dan sering disertai dengan sos pudina ( raita ) atau chutney . Samosa Vegetarian berasal dari Uttar Pradesh. Samosa  adalah entrée popular, pembuka selera atau makanan ringan dan  masakan tempatan daripada benua kecil India , Asia Tenggara , Asia Tengah, Asia Barat , Semenanjung Arab , Mediterranean, Tanduk Afrika , Afrika Timur dan Afrika Utara. Oleh kerana penyebaran budaya dan penghijrahan dari kawasan-kawasan ini , samosa dalam dunia hari ini juga disediakan di kawasan-kawasan lain.

Ok itu serba sedikit tentang samosa yang saya google kat wikipedia dan saya translate ikut pemahaman saya..sebenarnya samosa yang sebenar tak menggunakan kulit popia sepertimana yang kita nampak pada waktu sekarang. Dan secara jujurnya saya sendiri kurang gemar menggunakan kulit popia dalam menghasilkan samosa ni..so sebab tu saya suka buat kulit sendiri..so kalau nak respi kulit samosa ni kawan2 boleh google lah ..berlambak sangat resepinya dan pelbagai versi..tapi saya menggunakan versi paling mudah dan dibawah ini saya sertakan resepinya...selamat mencuba..

Resepi Kulit Samosa - By Kerull

2 cawan tepung gandum
2 sudu makan minyak masak
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1.2 sudu teh garam
Air untuk menguli

Cara-caranya :
 1. campur semua bahan diatas kecuali air..dan gaul rata
2. Masukkan air sedikit demi sediki dan uli sehingga sebati dan adunan mestilah sederhana lembut..
3. Selepas diuli biarkan sekejap dalam 15 minit..dan boleh lah digunakan..

untuk inti saya rasa kawan-kawan boleh buat inti mengikut selera masing-masing ..dan kalau nak lebih tahu macamana nak buat bentuk samosa yang sebenar..boleh lah tengok di Youtube dengan menggunakan keyword indian samosa or samosa..ok semua selamat menicuba..dan dibawah ini adalah samosa yang saya hasilkan...






Oh ya  sebenarnya samosa ni sedap dimakan bersama chutney yang selalu dicicah bersama tosei tu dan boleh jugak bertemankan cili hijau yang muda tu..pasti lagi sensasi rasanya..



 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in