Assalammualaikum..
Lama sungguh tak jenguk rumah lama ni..sejak ada facebook ni segalanya saya upload di situ begitu juga dengan kawan-kawan yang lain..mungkin lagi mudah dan tak memerlukan masa yang lama..sebab itulah blog saya ni takda n3 terbaru..tapi walaubagaimana pun saya tak pernah lupa pada blog..kerana sebelum adanya FB atau Instagram ..disinilah segala diluahkan..jadi sesekali bila ada masa saya akan singgah disini nak mengemas serba sedikit kandungan yang ada dan menambah dengan sesuatu yang baru..kali ini saya kongsikan resepi Tortila ayam yg sgt ringkas..tak memerlukan kos dan bahan yang banyak..sesuai juga untuk sesiapa yang tercari-cari menu diet yang mudah dan jimat kos..
Bahan :
Bahan A ( perapan ayam )
4 ketul dada ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk lada putih
1/2 sudu teh rempah Cajun
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh garam
( perap semalaman untuk rasa yang lebih mesra )
Cara penyediaan ayam : Grill ayam dengan sedikit minyak zaitun dan masak kedua2 belah dada ayam dalam masa 3 minit setiap side ..pastu angkat dan rehatkan dalam 10 minit..kemudian potong memanjang agar senang disusun diatas tortilla )
Bahan Sos ( untuk disapu pada tortilla ) :
3 sudu besar Mayonis brand Kewpie ( boleh guna brand yg kita suka )
2 ulas bawang putih yang digoreng sebentar hingga lembut..
( Gaul rata )
Sayuran :
1 batang timun jepun ( hiris panjang )
2 biji Tomato ( hiris wedges dan nipis )
2 - 3 helai salad ( ikut kuantiti tortilla yang kita nak buat )
Coleslaw - optional..
Cara penyediaan :
1. Panaskan tortilla atas kuali..balikkan depan dan belakang dlm 1 minit dan angkat
2. Sapu rata mayonis bawang putih tadi pada tortilla
3. Letakkan Salad , diikuti timun jepun , tomato dan ayam
4. kalau pakai coleslaw boleh letak selepas itu dan letak sos atau mayonis ( saya cuma tambah sos cili sedikit sahaja dan tak pakai tambahan mayonis sbb dah ada coleslaw..tapi kalau takda coleslaw ..boleh tambah mayonis )
5. Kemudian lipat tortilla dan potong 2..ok macamna nak lipat tortilla? Ada caranya dibawah ye..
( ok selamat mencuba )
Saya suka guna teknik yang sebegini..lebih kemas..jadi bila susun sayur2 tu memanjang..semasa proses nak gulung nanti akan jadi lebih senang dan kemas..kemudian bolehlah dipotong 2 atau 3..terpulang pada kita..
Untuk bekal Husband ke pejabat
Untuk saya dan staff2 juga..