Akhirnya......
Kisah yang dikisahkan ini rupanya hanyalah secebis dari cebisan cerita kehidupan. Kadang-kadang manis...kadang-kadang pahit...
Namun kita takan dapat menidakkanya didalam mengharungi hidup..selagi bernama MANUSIA..
Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin, basah dan lembab, tidak disukai insan. tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur. Begitu rupanya.....
Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan. Antara nasib dan takdir adalah suatu yang lebih kurang sama. Mereka akan berubah hanya dengan doa kita dan dengan keizinanNya.
Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna...
Andainya kita diberi kesempatan untuk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yang terbaik. Namun, kehidupan yang telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali.
Andai
Salam....
Jika ia sebuah cinta… ia tidak mendengar… namun sentiasa bergetar.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak cantik namun sentiasa menarik.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak hanya berjanji.. namun sentiasa cuba memenangi.
Jika ia sebuah cinta… ia mungkin tidak suci.. namun sentiasa harmoni.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan… namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan...
Salam sayang
ima