Andai


Salam....
Sedar tak sedar dah masuk mac dah kan...cepat betul masa berlalu. Hampir 3 tahun aku disini rupanya..semusim itulah pelbagai kenangan pahit dan manis yang kuharungi...dan pengalaman inilah yang benar-benar menjadikan aku matang , cekal dan tabah mengharungi realiti yang dinamakan "KEHIDUPAN".
Kadangkala kita terlupa bahawa ujian dan dugaan yang diturunkan oleh Allah pada kita adalah untuk menguji sejauh mana kesabaran dan keimanan kita padanya..hingga kita merasa ujian itu terlalu berat. Mungkin ada nikmat kemanisan yang tersembunyi yang didatangkan bersama-sama kepahitan itu....hikmahnya tak siapa yang tahukan?

Jika ia sebuah cinta… ia tidak mendengar… namun sentiasa bergetar.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak cantik namun sentiasa menarik.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak hanya berjanji.. namun sentiasa cuba memenangi.

Jika ia sebuah cinta… ia mungkin tidak suci.. namun sentiasa harmoni.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan… namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan...

Salam sayang

ima

0 ulasan:

Post a Comment

 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in