Kuew Teow Sup


Assalammualaikum Sume...arini aku masak kueteow sup..tapi selera orang demam lah kan..main lebur je , tak tumis sebab batuk..jadi kurangkan makan berminyak-minyak ni...aku letak sayur lebih dan tahu..lada sulah...hmmm sedap sangat dah tu...makan ngan cili padi potong berkicap+sos cili+sos tiram+kicap manis...cukuplah untuk aku kenyang sampai malam..ha ha ha yelah tu....

 makan ngan kuah kicap segera ni..tabur skit daun bawang+ sup..layannnnnn

Musim Demam VS Musim Cuti Sekolah

Salam hari minggu sume...lama rasanya aku tak mengemas rumah aku yang pasir macam gunung semanggol ni...sebenarnya kesihatan aku yang tak mengizinkan aku aktif  2 3 menjak ni..habis je pepriksaan KPSL aritu aku terus dilanda demam yang taklih bangun , dah lama tak demam..sekali demam hah amik ko..tak bangun cik bedah + batuk + selsema dan penat kepala hotak yang amat2 sampai aku taklih nak mikir apa2...huh setahun punya demam kot...bila dah demam apa2 pun aku tak larat nak buat..rest je..tdo puas2 n makan ubat hu hu..so mintak mahap banyak2 bila aku tak jenguk kengkawan..ada masa nanti aku pi lah tgk korang....selera pun bila demam sumenya tumpul..nak makan bubur je..taknak makan nasi or benda2 berat2...tu baru betul demam...maknanya musim demam ni dimana2 je..sebab mak aku , anak buah aku dan aku demam..hu hu cuti sekolah ni..hmm takda maknanya sebab aku tak sekolah...aku dah koje..ha ha ha lawak orang demam..apa yang aku nak cakap ialah tiba je musim cuti sekolah demam pun datang tanpa diminta2...sebenarnya musim cuti ni datang dengan pakej .... demam yang sakit tu , demam jem kat jalan raya dan demam paling best..demam orang buat kenduri kahwin....selamat pengantin Baru dan terima menantu buat maktam ngan paktam kat PD tu..sorry tak dapat datang sebab tak sihat..yang penting salam keruk dah kirim kat mak..( he he dorang tak mintak , tapi ko tak reti2 ke )....so stop dulu pala pening balik ni...
demam..huk huk

sedapnya kalau ada yang nak masakkan bubur macamni..hu hu

macam ni pun ok...

yang ni pun ok..tekak org demam...hik hik

Aku Akan Pulang....Saka Blogger..

Assalammualaikum..ha ha tajuk n3 yang ntah apa-apa..yelah blog ni kan pusaka..kalau tak berkemas jadilah saka tak berbela..hik hik seramlah pulak...citer pasal hantu2 ni..dahlah movie skang asyik cerita hantu je..seram cik bedah nak g menengok kat wayang tu...tapi pergi gak..dah tak da apa yang nak ditengok kan..sekarang ni aku tengah menghitung hari nak habis handle kusus ni..ringan sikit kepala hotak ni..tapi rupanya ada pulak benda lain yang menyambut..Exam KPSL pulak..nak tak nak kena pg lah..almaklumlah orang lain amik exam lulus 2 paper..aku plak kantaoi 1 paper..ha ha ha padan muka sendiri...dengan tak study pergi je lah cik bedah menjawab..untuk nasib lulus..tak lulus tahun depan jumpa lah lagi kita ye geng..ha ha so stop dulu..cik bedah nak g lunch...chow...

Seramnya...ha ha taklah pun sebenarnya..kelakor adalah..
nak gak tengok..tp blum ada masa lagi..coming2...

Sedih sungguh...

Salam Petang sume..kebzaan aku tahun ni memang tahap melampau..sampai takda masa untuk diri sendiri..tapi tulah nak buat camana kerja aku ni tak tentu masa..cuti umum pun aku kena koje gak..banyak acara2 family yang aku terlepas taklih hadir , tambah pula dengan aktiviti reunion kawan2 sekolah pun aku terlepas jugak. Sedih memanglah sedihkan , tapi tulah dah tanggunggjawab pada kerja ni lebih berat takkan aku nak blah macam tu je tinggalkan kengkawan aku yang tak bapa ramai nak handle student yang ramai ni..rezeki masing2 kan ada kerja yang 8 to 5..macam aku ni jangan haraplah..kih kih org koje kilang pun tak macam aku kot..ha ha ha..kurang2 ada gak shift..aku ni mana ada shift..langgar semacam je...so untuk sedara mara dan kengkawan..bukan niat aku tak nak hadir..tapi aku ada sebab..harap korang faham dan thanks atas jemputan yang datang..ada masa dan umur yang panjang mesti kita akan bertemu jugak...sedihnya aku...hu hu


RM 500 untuk kakitangan kerajaan & minyak naik lagi




Assalamualaikum sume..mesti tengah tersengih-sengih tu..baru cucuk kad bank kat mesin ATM kan..ha ha gerenti ada RM $$$$$$..untuk government servant lah...kalau yang bukan diri sendiri , mungkin hubby or isteri ( salah satulah ) yang dapat..atlist dapat gaklah kan alhamdulillah..macam yang ada anak yang bersekolah tahun depan tak banyak sikit boleh buat top up belanja persediaan pakaian dan keperluan..tapi macam aku yang takda anak ni..apalagi kena menyimpanlah..ingat hari tua ( hik hik ) sedapkan hati supaya aku tak joli sakan..apa salahnya berjimatkan..takan ada duit asyik nak bershopping je...udah-udahlah tu ( nasihat diri akulah ni )...so belanja secara berhemah kerana ekonomi kita masih belum pulih sepenuhnya lagi...apa taknya..baru dapat RM$$$$ tetiba harga minyak RON 97 naik lagi 0.15 sen..adoi ai poning kopalo cik bedah ni..sib baik tempat koje aku dekat..tapi kesian kat hubby..duit minyak per month je dekat nak RM 500.00...pendek kata...ntahlah..... sbb panjang ceritanya..kih kih kih..takyahlah aku gilo meroyan nak bebel panjang-panjang..ngantuk yang amat ni..tdo dulu kkkk

Imam Corner

Mee Bandung pedas

Mee Hailam

 Bihun Sup Daging

Salam ptg ari...yang kat atas ni adalah menu sarapan aku dan kengkawan pagi tadi..sebelum pg melawat tapak kenalah isik perut dulu baru mantap koje..hu hu kedai makan ni kami panggil imam corner sebab tuan kedainya adalah imam masjid sungai siput..dan kalau dia tak bertugas di masjid memang kat sinilah dia habiskan masa..layanan ok..makanan pun ok..dan harganya pun ok jugak...

Rose Garden @ Cameron Highland

Assalammualaikum sume...hu hu bz sikit seminggu ni..almaklumlah student dah mula praktikal , aku pun dah mula pergi buat pemantauan , penat gak...so dalam sibuk2 aku sempat pergi naik ke cameron highland..perjalanannya tak lama melalui simpang pulai..kalau dari luar perak memang terasa jauh , aku naik pun tak lama pagi naik , petang dah turun.  Gambar pun tak snap banyak sebab kamera cabuk aku ni tertinggal..yang ado kamera handphone cap ayam aku ni..so layan dulu lah ye..

 posing ngada2 ha ha ha




posing ngan himawari

dengan hubby


Aku Gayat????


Assalammualaikum..
Semalam ada kerja luar..lawatan tapak he he..sekali terjumpa pokok ni..memang dah lama nak tgk pokok ni secara life..baru hari itu aku bersua..ha ha gayat jugak rasanya..ingatkan gayat tu bila naik tempat tinggi je..rupa-rupanya bila teruja pun boleh jadi gayat jugak...ha ha ha tetapi ia merupakan pengalaman gayat yang bermakna wei...kegayatan aku adalah kerana aku jumpa pokok kacang yang memang ditanam sendiri dan tengah subur dan gemuk di tanah gambut ni...bertuah aku..gayat yang berbaloi-baloi..siap dapat cabut lagi...

Lepas cabut..yang ni tak bapa besar lagi..blum boleh tuai lagi..he he

Permata Untuk Isteri

Permata (Untuk Isteri Ku)

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Makan@Posing kat kenduri Aya

Suasana kat dewan persandingan
Pengantin tgh best makan tuh
Pengapit pengantin@chentawanna
Posing Sakan



Suka suki
senyummmm

Selamat Pengantin Baru Aya & Lan

Salam ari sabtu...arini aku bz skit sebab sibuk menghadiri kenduri kahwin sahabat di Parit Buntar..pengantinnya yang kat atas ni..sama cantik sama padan...hu hu teringat plak zaman2 muda muahaha ngarut betul aku nih macamlah tua sangat ( ha ha ha )...buat pengantin moga berbahagia selalu sehingga ke anak cucu...
peace..hik hik

control ayu wei

Selamat Pengantin Baru Aya & Lan 

Makan-makan @ Restoran Simpang Tiga

Salam malam hari sume..he he bz skit 2 3 ari ni...banyak koje sikit.tapi still sempat lagi g makan-makan ngan hubby n member2 di Ipoh..dekat je dari sungai siput ni...menjamu selera di hari ke dua raya aidiladha ni agak kena bersabar gak sebab banyak kedai-kedai makan yang masih belum dibuka,lama gak dorang cuti beraya...so susah2 sangat..kami makan kat sini je..Restoran Simpang Tiga..masakan padang..tetapi disebabkan ramai orang..set nasi padang habiss...adus ai sadis betul...last2 aku order menu ala carte je...so layan dulu...
Jus Lemon..( aku punya )
Kopi Cincau ( Sedap gak nih )

Mee goreng mamak ( member aku punya..tapi dia kata sedap )..ha yang kat bawah ni menu aku..
Ayam Pop ( ayam kampung goreng )
Sotong goreng tepung
Tom Yam Campur...sedap cukup rasa sumenya
Makan ngan nasik putih masa panas-panas fuh berpeluh tuh...janji kenyang

Projek baik punyee ( part 2 )

Hasil masakan student ku..dan hiasan ikut suka suki dorang je..hu hu nak ketawa pun ada nak marah pun ada..tapi  takpa untuk pengalaman pertama dorang kira oklah ni...

Bake Macarony with cheese

Nasi Lemak
 Jemput-jemput sayur
Murtabak Cream Krakers


Demo time

Ini demo buat laksam punya mee..pakai tepung beras n air, kacau rata pastu masukkan minyak sikit supaya tak melekat masa mengukusnya...sapukan jugak minyak kat tudung periuk supaya tepung tak melekat...

 tuang bancuhan kat tudung periuk..than kukus sampai masak

dah masak..pastu gulungkan
tadaaaaa..dh siap
banyaknya...
makan ngan eksesori ni..pastu baru letak kuah...hu hu sedapnya

Projek Baik Punyeee ( Part 1 )

Hari ni sebenarnya ada praktikal memasak bagi student aku ...so inilah hari yang paling dinantikan oleh dorang sume..hari untuk ujilari skill2 masak yang aku tak bapa boleh nak agak dah sampai tahap DEWA ke belum..ha ha ha lawak jer..tapi ini mmg slot peberet aku sbb aku berpeluang merasa sume jenis masakan kanak-kanak yang disediakan..so layan dulu..

ha ha ayam bakar ni Projek tenaga Pengajar ( Aku dan geng-geng )
Cik...ayam seketui...hu hu ni rakan sekerja aku...
bakar jangan tak bakar
Close up skit..hu hu
 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in