Al-Fatihah Buatmu Sahabat..Semoga Rohmu Dicucuri Rahmat

Assalammulaikum
Terasa berat hati menerima kenyataan yang dirimu telah tiada sahabat..masih teringat senyuman manis yang terukir dibibirmu lewat pertemuan yang lalu..hampir 7 tahun kita tidak bertemu..bila rindu ini terbang ingin menemuimu..rupanya Allah terlebih dahulu menjemputmu..Ya Allah terasa sebak ketika mendengar perkhabaran yang dirimu kini tiada...aku benar-benar terasa kehilangan sahabat tersayang yang suatu masa dahulu ketawa bersama , menangis bersama dan melalui detik-detik alam remaja bersama..memori itu utuh lagi diingatanku ini..pagi ini kususuri wall FB mu..lewat petang jumaat yang lalu..kau suarakan rintihan hatimu..oh sahabatku..ternyata itulah luahan terakhirmu..sungguh aku terlalu sayu..hingga kabur pandangan mataku untuk aku terus membaca bait-bait katamu itu...Al-Fatihah buatmu sahabat..aku kehilangan sahabat..tetapi keluarganya hilang anak tersayang dan seorang suami hilang isteri yang dicintai..aku redhakan pemergianmu sahabat..Semoga dirimu tenang mengadap penciptamu...amin.....

Hidup di dunia ini tidaklah selamanya.
Akan datang masanya kita berpisah dengan dunia berikut isinya.
Perpisahan itu terjadi saat kematian menjemput,
tanpa ada seorang pun yang dapat menghindar darinya.

Karena Ar-Rahman telah berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
“Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, dan Kami menguji kalian dengan kejelekan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian), dan hanya kepada Kami lah kalian akan dikembalikan.” (Al-Anbiya`: 35)


Kenangan Bersama Arwah dan kami( dari kiri ) Aku , jamaliah , liza ( arwah ) , jaja dan rozie..







 klik suka duka bersama....always love u all

5 ulasan:

  1. al-fatihah, moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat, bersabarlah...

    ReplyDelete
  2. Takziah kerull..aku pernah rasai saat spt ini 15th lalu ketika sahabat baik aku meninggal dunia..ralat rasa hati ini kerana tak dapat bercakap dengan dia buat kali terakhir ketika aku call rumah dia.Bagaikan tau dirinya akan pergi..dia berpesan pd makciknya andai sesapa call kataka shj dia dah takde.Menjelang pagi aku terima panggilan dr seorang lg sahabat baik memberitahu bahawa dia terlibat dgn kemalangan maut.Saat itu aku rasa tidak percaya sama sekali..bergegas aku ke terminal bas JB dan ambil tiket ke Kluang.Saat aku tiba di kg dia,jenazahnya pun tiba juga.Tika itu aku terpaksa terima kenyataan bhw dia telah tiada..amat perit sekali utk aku terima kenyataan bahawa dia telah tiada lagi.Al FATIHAH buat arwah sahabatku Veinah Mohamad dan sahabatmu Kerull...mari kita doakan agar Allah tempatkan mereka berdua dikalangan orang2 yang dikasihi dan dirahmatiNya..amin

    ReplyDelete
  3. Kak Amie : Arwah terlalu rapat dengan saya sejak zaman persekolahan..macam tak percaya yang kini dia telah tiada..tq kak amie..

    Ctnaemah : Memori yang tercipta bersamanya membuatkan aku tak mampu melupakannya...aku kehilangan sahabat karib yang tak bisa ditukar ganti...al fatihah buat kedua2 mereka..aku redha

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. KN...3 dari kiri tu gambo aku...tulis le yang paling belakang hu hu

    ReplyDelete

 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in