Nasi Daging Kuah Kari


Assalammulaikum
Baru rehat sikit arini...malas nak celoteh panjang..just nak share salah satu makanan ringkas yang aku kira boleh tahan sedaplah kat tekak ni....resepi ni olahan sendiri kerana kemalasan yang terlampau..

Bahan-bahan :
Untuk Nasi
Beras Basmathi - Rendam selama 30 minit dan tuskan..
Daging hiris nipis ( ayam pun boleh , kerat kecil-kecil )

Cara penyediaannya :
Masak nasi macam biasa dan tambah hirisan daging 

Bahan untuk kuah kari :
3 ulas bawang putih - hiris*
3 ulas bawang kecil - hiris*
1/2 inci halia- hiris*
3 tangkai cili padi - hiris*
Rempah tumis ( kulit kayu manis , bunga lawang , bunga cengkih dan buah pelaga )*
1 tangkai daun kari*
1 sudu serbuk cili*
5 sudu rempah kari BABAS*
2 biji tomato belah 4
Kubis madu ( siat kasar )
Kulit tahu goreng ( kalau suka , kalau tak suka jgn letak )
Garam secukup rasa
1/2 teh Serbuk Cukup Rasa Maggie
4 cawan air

Cara-cara :
1. Tumis bahan yang bertanda star**** hingga layu...masukkan air dan biar ia menggelegak
2. Selepas itu perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa maggie...kacau rata dan masukkan kulit tahu goreng , kubis madu dan tomato...biar menggelegak sebentar..rasa dan tutup api...

Cara menghidang :
Senduk nasi mengikut sukatan yang dikehendaki..kemudia curah kuah kari diatas nasi mengikut berapa banyak kita nak kuah kari tu..banjir pun boleh...sedia untuk dinikmati...


2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kerull...Lama akak tak mai sini, dtg2 tengok bukan main cantik lg kat sini...suka3..

    Terliur betul tengok nasi daging tuuu kena pulak kuah kari bnyk2 mmg kick la..boleh pengsan ni... :)

    ReplyDelete
  2. Salam kak Ina..he he tq sebab sudi singgah..ini resepi campak2 je..janji lepas untuk makan sendiri..hik hik

    ReplyDelete

 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in