Terima Kasih Sahabat


Assalammualaikum
Minggu lepas merakamkan kenangan yang terindah dan sebak buat aku dan sahabat-sahabatku..meraikan pertukaran salah seorang geng nyongkit mengikut suami ke Pulau Pinang..suka duka selama 6 tahun bersama tetap terpahat dihati..segalanya tiada rahsia kerana kami seperti adik-beradik..pada dia aku doakan semoga tabah mengharungi hidup diperantauan..semoga dipermudahkan segala urusan..jika ke Seri Iskandar jangan lupa cari kami..terima kasih diatas segalanya..panjang umur kita berjumpa lagi...salam sayang dari Kak Long dan kengkawan disini...


Okonomiyaki My Version



Assalammualaikum..tengah bz write now..just nak share je menu yang ntah bila aku buat ni..lama gak..disebabkan camera dah hang..banyak jugak gambar yang taklih nak snap..hu hu hu..ini resepi ikut tekak aku setelah mencuba okonomiyaki di pasaran...tepung okonomiyaki ni susah amat nak jumpa..so aku putuskan ikut resepi aku je..rasa tak lari insyaallah dari apa yang aku try..

Resepinya :

Bahan A
Tepung gandum 2 Cawan
Telur 1 biji ( saiz A )
Garam 1/2 sudu teh
Serbuk Cukup Rasa Maggi 1/2 sudu teh
Air secukupnya untuk menbancuh
1/2 sudu teh baking powder

Bahan B
Eksesori tambahan ( bahan-bahan isi )
1/2 biji kobis madu ( hiris halus )
1 biji bawang merah ( hiris halus )
10 ekor udang ( buang kulit dan cincang )
3 ekor sotong ( cincang )
1 pokok daun  bawang ( cincang )

Bahan C
Sos okonomiyaki
Mayonis
Bonito Flakes

Cara-caranya :
1. Masukkan tepung dalam bekas,bancuh dengan air denga kadar sederhana cair..kemudian masukkan telur dan gaul rata menggunakan whisk..perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
2. Selepas dan bancuh tepung masukkan bahan b dan kacau rata...
3. Panaskan kuali kecil non stick..lengserkan minyak dan masukkan bancuhan tadi ikut bapa tebal yang kita mahu..biarkan bahagian bawah masak dan terbalikkan..masak hingga bahagian atas dan bawah garing..
4. Setelah masak..sapukan sos okonomiyaki..letak mayonis dan taburkan bonito flakes..






 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in