Ayam Masak Lemak Cili Padi Dan Terung


Assalammualaikum ...Masih belum terlewat rasanya untuk aku mengucapkan Salam Awal muharam..Tahun Baru Islam..bermulanya kalendar baru dalam setiap langkah kehidupan kita. Tahniah diucapkan juga kepada adindaku Nurul Huda dan Am diatas kelahiran putera yang comel di petang Awal Muharam semalam..dinamakan Muhammad Adam Darwish...hmm bulan 12 ni aku akan pulang untuk bertemu anak saudara aku yang ke 3 ni...rambutnya lebat hitam..sepet persis mata belah keluargaku..apa pun baby awal muharam penuh barokah dan moga menjadi anak yang soleh...ummi long sayang adam..
So menu kat atas tu menu sempena cuti Awal Muharam kelmarin...layan kan aje lah ye...aku masak lemak memang takda resepi lain..memang inilah resepinya..yang bertukar selalu adalah bahan sampingan seperti kentang ke , terung or sumthing yang sesuai untuk digandingkan dengan main protein...resepinya klik kat SINI

Masterchef DiDapur Sendiri


Assalammualaikum..
Tajuk gempak..hu hu yelah kat dapur sendiri..bukan kat dapur orang lain..semenjak ada Astro Beyond PVR ni aku dah kurang gaduh dengan hubby bila nak tengok Masterchef  Malaysia...what a great planning..boleh aku tdo awal..hmm ekceli bukan nak cerita pasal astro tapi nak komen sikit pasal peserta Masterchef kali ke 2 ni..maybe tak bapa logik kalau nak dibandingkan dengan yang pertama..but i still think yang peserta yang dulu lebih bertatasusila dan sopan pertuturannya berbanding dengan yang sekarang ni..yang sekarang ni seolahnya perasaan lebih tu melebihi hasil masakan yang dipersembahkan...aku sedikit terkilan apabila mereka mengeluarkan pendapat yang agak lancang kepada sesama peserta..untuk apa? Adakah masterchef perlu drama2 yang over atau attitude yang begitu untuk merancakkan setiap siri..rasanya ketelitian dan kreativiti peserta yang perlu ditambah baik dari leka mencipta drama dan babak yang penonton agak muak untuk melihatnya...ini kritikan ikhlas sebab aku peminat setia rancangan ni..aku taknak rancangan ni jadi drama..dan hilang halatuju sebenar dalam menghasilkan rancangan pertandingan masakan yang berprestij...usah ditiru budaya barat yang kurang baik tu ...sedangkan kita ada budaya timur yang perlu disanjung....oklah sebelum terlupa..menu kat atas tu namanya Mee Ketak goreng pedas..resepinya sama macam nak goreng mee biasa..just kena celur sekejap je mee ketak tu sebab dia datang dalam pek yang kering macam mee segera tu...
 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in