Assalammualaikum..
Dikeheningan pagi kelmarin aku tiba awal ke pejabat dihantar habibi , seperti biasa aku menjalankan rutin harianku membuka bilik guru..sementelah jam dinding baru menunjukkan jam 7.15 pagi , aku membuka laman sesawang muka buku ini sambil mendengar alunan zikir pilihan di youtube..sedang aku membaca komen kawan-kawan di wall tiba-tiba mataku terarah kepada satu tajuk video yang dishare oleh rakan FB bertajuk Ahmad Ammar Bertemu Bidadarinya..lantas terus aku meleretkan mouse untuk melihat apa isi video ini...
Aku kira semua maklum apa isi video itu , kisah Ahmad Ammar yang syahid di Turki..belum usai lagi pembelajarannya disana dalam pengkhususan sejarah beliau telah dijemput Ilahi..kemalangan , dilanggar ambulan ketika melintas jalan..itulah sedikit sebanyak intipati kisah Ahmad Ammar..ketika menonton video itu aku terasa sebak yang teramat , sayu didinding sanubari..indah sungguh syahid itu..jenazah beliau kelihatan seperti tidur yang lena..Allahuakbar betapa nikmatnya beliau melalui syahid itu..penuh keredhaan..beliau memang banyak beramal dan membantu ketika diperlukan..terasa kehangatan air mata yang tadi bergenang dikelopak mata jatuh laju..selaju ingatan diatas kekhilafan semalam..bisakah aku syahid seperti Ahmad Ammar..mungkin aku tak berpeluang ke sana..namun syahid itu luas bukan..Ahmad Ammar Syahid didalam menuntut ilmu dengan tujuan FISABILILLAH..perginya di bulan MUHARRAM..manis sungguh nikmat untukmu Ahmad Ammar..Alhamdulillah..dijanjikan juga bidadari syurga bagi mereka yang syahid
Rasulullah bersabda:
“ | "Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
|
Taktala itu hatiku berkata-kata..jika ditakdirkan ALLAH aku dapat merasai kemanisan syahid itu..aku redha ya ALLAH..terasa kekerdilan diri yang amat..apa sumbangan ku pada agamaku..pada keluargaku dan pada diriku..saat itu aku berjanji jika aku diberi peluang membawa zuriat habibi..walaupun seorang..apa jua yang berlaku selepas proses kelahiran itu aku redha..Ya Allah tiada apa yang aku inginkan didunia ini melainkan anugerah zuriat yang soleh dan solehah dan keimanan yang tiada tolok bandingnya..
0 ulasan:
Post a Comment