Ulunthu Vadai



Assalammualaikum

Agak berkelapangan harini ..jadi saya gunakan sedikit masa yang terluang ini untuk menjenguk dapur kedua saya ni..projek ulunthu vadei ni dah lama saya nak buat..akhirnya tercapai jugak hasrat tu..resepi yang saya perolehi ini bukanlah original indian resepi..ada yang saya olah supaya kena dengan tekak saya yang sukakan pedas..jadi kawan2 yang berminat nak cuba bolehlah resepi saya ni.

Bahan - bahan :
 1/2 kg Kacang Ulunthu Putih - rendam semalaman
6 tangkai cili padi *
1 inci halia muda *
1 kiub stok ikan bilis *
2 biji bawang besar : dadu
2 tangkai daun kari : hiris sederhana
Garam secukup rasa
Daun sup *
Minyak Masak untuk menggoreng

Cara-cara :

1. Basuh kacang ulunthu yang telah direndam semalaman tu dan blender halus..saya gunakan food processor jadi saya tak pakai air..kalau nak pakai blender biasa pun boleh tapi kena masukkan sedikit sahaja air bagi membantu proses menghancurkan kacang tu..tapi kalau kita rendam semalaman in sya allah kacang ni senang untuk diblender..blender sampai habis..
2. Bila tiba untuk blender yang kali terkahir masukkan semua bahan yang bertanda *** blender sampai hancur..dan campurkan semuanya bersama bawang besar dadu , daun kari hiris dengan kacang yang telah siap diblender tadi..gaul rata..dan perasakan dengan garam..peram sekejap dalam 30 minit..
3. Sediakan 1 mangkuk air biasa untuk menguji sama ada bancuhan tadi sudah sedia untuk digoreng...ambil sedikit bancuhan tadi dan masukkan kedalam air tadi..jika adunan timbul maka ia sudah sedia untuk menjalani proses seterusnya..
4. Panaskan minyak dengan menggunakan api yang agak kuat..dan bila tiba masa untuk menggoreng perlahankan sedikit api..celup tangan kita dengan air yg dalam mangkuk tadi baru ambik bancuhan tadi dan leperkan diatas tapak tangan dan buat lubang di tengah dan jatuhkan perlahan2 ditepi kuali..
5. Bila gorengan tadi dah agak terbentuk baru balikkan..dan goreng hingga agak kuning gelap..dan bolehlah diangkat..ulangi proses yang sama hingga habis..

Ulunthu Vadei yang original indian resepi ni sebenarnya sedap dimakan bersama cili hijau yag mentah tu..digigit dijadikan ulam..dan dicecah dalam cutni atau sambal kelapa..tetapi sebab saya dah olah dengan meletakkan cili padi..takda ulam cili hijau dan cutni atau sambal kelapa pun tak pa dah ok dah..ok selamat mencuba ye kawan2



























Sambal Hijau Bonda


Assalammualaikum

Wah dah hari selasa hari ini..dua hari lagi kita akan menyambut Aidiladha..
Selamat Menyambut Hari raya Korban buat semua umat islam ..ok yang atas ni bukan menu hari raya ye..cuma nak share je dengan kawan2 sambal hijau versi bonda saya..senang dan ringkas tapi membuka selera..ok bagi yang berminat resepinya seperti dibawah :


Bahan-bahan :

 15 tangkai Cili Padi / Sebarang jenis cili pun boleh yg adik beradik cili padilah
 3 ulas bawang putih*
5 ulas bawang kecik / kalau guna bawang besar sebiji pun cukup*
 Segenggam ikan bilis 
 Sedikit belacan sukat besar hujung jari je ye*
Garam
Gula
Cuka makan ( 3 4 titis )

Cara2 :
1. Goreng ikan bilis dulu hingga garing pastu angkat , pastu goreng semua bahan bertanda*termasuk belacan 
2. Bila bahan2 dah agak layu angkat dan toskan..
3. Pastu masukkan bahan2 yg dh goreng tadi dalam lesung..untuk dapat tekstur yg kasar elok pakai lesung , than masukkan garam sedikit , gula dan cuka makan..agak2 ye nak masin tahap mana..masa tumbuk tu boleh rasa dan boleh tambah perasa dari masa kesemasa..lps bahan2 td agak lumat baru masukkan ikan bilis than tumbuk hingga agak hancur.
Tak payah hancur sgt...

Ok than kaup semua dan buh dalam piring...siap untuk disantap..sdp mkn dengan nasi panas2 dan ikan goreng or dgn bubur nasi

Selamat mencuba...


PETAI YANG VERSATILE


Petai Goreng Bawang

Petai 4 papan - belah 2 isinya
3 Biji Bawang merah - potong wedges sederhana tebal
3 ulas Bawang Putih - hiris
10 Tangkai cili padi - hiris serong
Segenggam ikan bilis - Basuh dan goreng garing 
Garam secukupnya
Serbuk cukup rasa Maggi
1 senduk besar minyqk masak

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing , angkat toskan
2. Goreng semua bawang merah , bawang putih dan cili padi yg telah dihiris tadi..kemudian masukkan petai..goreng hingga agak layu..
3. Masukkan ikan bilis tadi dan perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa
**Enak dinikmati bersama nasi panas***


Ahlan Ya RAMADHAN


Assalammualaikum..Salam Ramadhan 2015 , terasa baru berlalu ramadhan 2014..sekejap saja kita nak memasuki ramadhan semula...
Kali ini ramadhan ku di perantauan..rezeki 2015 menempatkan aku di Kepala Batas , Pulau Pinang, jauh dari suami dan keluarga..iftar kali ini memang berbeza buat kami..tapi itu sudah rezeki..kami terima dengan penuh syukur demi masa depan keluarga..entah berapa lama dirantau orang ini aku sendiri tak pasti. Iftar yg selalu dimasak buat suami tercinta akan mengingatkan aku padanya setiap kali mengadap juadah berbuka..sahur pun akan terasa sayu kerana dia sahur berseorangan disana dan aku berseorangan disini..Allahhuakbar ujian Allah buat keluarga kami.
Ramadhan kali ini lebih bersederhana , kerana itu lebih dituntut , masak saja dirumah itu lebih afdhal. Persediaan sahur dirumah telah siap dibeli lewat minggu lalu..alhamdulillah Ramadhan pertama kali ini in sya allah dapat bersama2 dengan keluarga..Ahlan Ya RAMADHAN semoga ramadhan kali ini lebih berkat...
 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in