Ulunthu Vadai



Assalammualaikum

Agak berkelapangan harini ..jadi saya gunakan sedikit masa yang terluang ini untuk menjenguk dapur kedua saya ni..projek ulunthu vadei ni dah lama saya nak buat..akhirnya tercapai jugak hasrat tu..resepi yang saya perolehi ini bukanlah original indian resepi..ada yang saya olah supaya kena dengan tekak saya yang sukakan pedas..jadi kawan2 yang berminat nak cuba bolehlah resepi saya ni.

Bahan - bahan :
 1/2 kg Kacang Ulunthu Putih - rendam semalaman
6 tangkai cili padi *
1 inci halia muda *
1 kiub stok ikan bilis *
2 biji bawang besar : dadu
2 tangkai daun kari : hiris sederhana
Garam secukup rasa
Daun sup *
Minyak Masak untuk menggoreng

Cara-cara :

1. Basuh kacang ulunthu yang telah direndam semalaman tu dan blender halus..saya gunakan food processor jadi saya tak pakai air..kalau nak pakai blender biasa pun boleh tapi kena masukkan sedikit sahaja air bagi membantu proses menghancurkan kacang tu..tapi kalau kita rendam semalaman in sya allah kacang ni senang untuk diblender..blender sampai habis..
2. Bila tiba untuk blender yang kali terkahir masukkan semua bahan yang bertanda *** blender sampai hancur..dan campurkan semuanya bersama bawang besar dadu , daun kari hiris dengan kacang yang telah siap diblender tadi..gaul rata..dan perasakan dengan garam..peram sekejap dalam 30 minit..
3. Sediakan 1 mangkuk air biasa untuk menguji sama ada bancuhan tadi sudah sedia untuk digoreng...ambil sedikit bancuhan tadi dan masukkan kedalam air tadi..jika adunan timbul maka ia sudah sedia untuk menjalani proses seterusnya..
4. Panaskan minyak dengan menggunakan api yang agak kuat..dan bila tiba masa untuk menggoreng perlahankan sedikit api..celup tangan kita dengan air yg dalam mangkuk tadi baru ambik bancuhan tadi dan leperkan diatas tapak tangan dan buat lubang di tengah dan jatuhkan perlahan2 ditepi kuali..
5. Bila gorengan tadi dah agak terbentuk baru balikkan..dan goreng hingga agak kuning gelap..dan bolehlah diangkat..ulangi proses yang sama hingga habis..

Ulunthu Vadei yang original indian resepi ni sebenarnya sedap dimakan bersama cili hijau yag mentah tu..digigit dijadikan ulam..dan dicecah dalam cutni atau sambal kelapa..tetapi sebab saya dah olah dengan meletakkan cili padi..takda ulam cili hijau dan cutni atau sambal kelapa pun tak pa dah ok dah..ok selamat mencuba ye kawan2



























1 ulasan:

  1. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Giaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.

    ReplyDelete

 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in