Andai Bisa Kuberikan Kasihku Ini ( 1 )





Assalammualaikum....hampir petang baru aku dapat mengupdate n3 ni. Sepanjang pagi tadi aku sibuk kerana menyelesaikan satu tugasan bagi mengadakan program bersama anak-anak dirumah Kanak-kanak Sultan Abdul Aziz di Kuala Kangsar...sebetulnya inilah kali pertama aku menjejakkan kaki disini , melihat sendiri situasi anak-anak yang tinggal disini. Terima kasih buat Ibu Pengetua yang penyayang Puan Faridah..untung mereka punya tempat menumpang sayang walaupun bukan darah daging..pertemuan hari ini adalah bagi merangka program kemasyarakatan bagi bakal-bakal guru kami...secara jujurnya aku terharu diatas keikhlasan dan komitmen Puan Faridah dan kakitangannya..bukan senang menguruskan rumah kanak-kanak ini tanpa sokongan dan bantuan masyarakat dan Kementerian Kebajikan Khasnya..andai tiada rumah seumpama ini dimanalah agaknya kanak-kanak ini merayau..dan terbelakah nasib mereka..
Kami dibawa melawat sekitar kawasan bagi memudahkan kami merancang program yang sesuai dengan keperluan anak-anak disini..setibanya aku dibawa ke bilik anak-anak bawah 3 tahun...mataku seakan terpaku kerana ramai bayi ditempatkan disitu..dan yang kebanyakannya adalah bayi yang dibuang dan ada juga yang hampir menemui maut tetapi dijaga dan dirawat sehingga sembuh...oh terlalu kejam manusia , sedangkan haiwan masih ada rasa sayang pada anaknya..tetapi manusia..oh mengalir air mataku..
ketika asyik aku melihat-lihat anak-anak ini tiba aku terpandang seorang kanak-kanak yang sedang asyik memandangku......maafkan aku..air mata ini terlalu laju mengalir..akan kuteruskan bila emosiku kembali stabil...

0 ulasan:

Post a Comment

 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in