Assalammualaikum....
Belum terlambat lagi rasanya untuk wish Selamat Tahun Baru Islam....
Perginya yang lama..bergantinya dgn tahun yang baru , moga ia dapat menjadikan kita lebih cekal menghadapi hari yang mendatang..
Masih terasa lagi kepahitan lalu itu menyinggah di lewat hatiku bagaikan baru semalam ia datang menyapa tasik ketenanganku...Luka yang ditinggalkan bagai tiada sembuhnya...
Sukarnya untuk melupakan keterlukaan itu adalah kelemahan diri yang tak mungkin dapat di ubah sekelip mata...inikan pula seumur hidup. Luka itu kekal...dan rasa itu juga tetap terasa biar waktu beredar pergi.
Hmm untuk hari yang mendatang ni aku berazam untuk lebih tabah dan cekal dari musim yang lalu...akan kucuba meredahi segala dugaan yang didatangkan atau bakal didatangkan oleh Allah padaku. Bak kata salah sorang sahabatku " Allah hanya menguji hambanya yang dirasakan mampu untuk mengharunginya"..ape pun thanks pada sahabat yang jauh dimata..namun nasihat awak tetap berbekas dihati saya. Peneman dikala hati dihambat kekecewaan yang teramat sangat adalah solat dan al-quran katanya...tapi itu memang mujarab. Hidup ini bukan hanya mengharap kasih orang tersayang sahaja..apa yang penting kasih dan sayang serta redha ALLAH yang Esa.
Buat Insan yang ternyata tegar melukakan hati insan lain...tiada apa yang dapat aku katakan..hanya Allah sahaja yang menentukannya kerana aku bukanlah insan sempurna untuk menghukum. Cuma kita perlu sedar hukum alam " Buat baik Dibalas Baik , Buat jahat....hmm hanya Allah sahaja yang membalasnya....
so Adios...
0 ulasan:
Post a Comment