Sambal Telur Ikan Bilis


Assalammualaikum...baru ada masa nak letak menu dinner malam tadi..sempoi gila but sedap sebab dah lama tak buat sambal telur rebus ni...sambal cenggini memang peberet hubby...hu hu sambut annivesary makan lauk telur je kiah hoi..sebab masing-masing dah keletihan...telur tu jangan rebus lama sangat , nanti keras ..so rebus dalam 5 minit..baru layan makan bila kuning telur tu cair-cair sikit...jadinya layan dulu ye..

Bahan-bahan :

4 biji telur - Rebus hingga separuh masak ( dalam 5 minit ) dan goreng sebentar
3 ulas bawang putih - tumbuk
5 ulas bawang kecik - tumbuk
segenggam ikan bilis - tumbuk
cili kering - rebus dan blender
1/2 cawan jus asam jawa ( kalau pekat sangat tambah air biasa sedikit )
garam secukup rasa
1/2 sudu teh serbuk ayam maggi

Cara-caranya :
1. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi hingga garing...masukkan cili kering dan goreng hingga pecah minyak..
2. Selepas tu masukkan jus asam jawa , air biasa , garam dan serbuk ayam maggi...biarkan ia menggelegak..
3. Bila kuahnya sudah agak pekat masukkan telur rebus tadi dan gaul rata...kalau suka pekat biar lama sikit..tapi kalau suka yang berkuah..bolehlah padamkan api dan sedia untuk dinikmati...sedap makan dengan nasi panas dan ayam drummet Ayamas...

7 Tahun...Dulu dan Kini tetap mencintaimu...

Assalammulaikum...
Alhamdulillah tanda kesyukuran kepadamu Ya Allah kerana merahmati rumahtangga yang terbina selama 7 tahun ini...berkat redha keluarga , kami masih lagi meniti jambatan kasih sayang ini. Dugaan yang melanda kita lalui bersama biar terkadang badai yang datang tanpa diduga...kerana teguhnya cinta kita..kita masih mencari bahagia biar didatangi dugaan jiwa...kita redah suka duka demi mahligai yang terbina...demi kasih itu..kita masih bahagia..
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE -7 BUAT KITA


Lunch at Horizon Garden

Assalammualaikum
Wah baru ada masa nak letak apa yang patut kat dalam ni..kalau tak memang hampehlah jawabnya...sebenarnya Lunch kat Horizon ni khamis lepas..tapi biasalahkan better late than never bebeh..hu hu letak jelah daripada duk taruk kat folder tu...Horozon Garden ni tak jauh mana pun kalau dari Seri Iskandar..kat Manjung je...boleh tahan senang gak nak carik tempatnya..so sapa yang rasa-rasa dekat kat area Manjung ni boleh lah try..pakej dia memang mampulah untuk family yang besar dan jugak yang kurang besar..tapi yang paling best Chinese Food and halal..bagi siapa yang suka chinese food aku suggest tempat ni...



Antara menu pilihan yang kami pilih untuk set 4 - 6 orang makan RM 100.00 ialah Sizzling chicken , Fried Prawn with Butter , Mix Vege , Seaweed Soup and Oyster pancake ( Tak sempat snap )...didatangkan dengan nasi putih , chinese tea and fruit...burppppp alhamdulillah kenyang.....

Takziah Buat Mangsa Tragedi Tanah Runtuh....

Assalammualaikum....
Lama sungguh tak berceloteh manja di blog kesayangan aku yang dah bersawang ni...bukannya malas tapi takda masa...dikesempatan ini aku rasa belum terlambat untuk aku mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh dirumah anak-anak yatim Al-Takwa, Hulu Langat , Selangor....berat mata memandang , berat lagi bahu mereka yang menghadapi tragedi ini. Kehilangan anak tersayang bukanlah satu kenyataan yang mudah untuk ditelan begitu sahaja....namun takdirnya disuratkan begitu kerana Allah menyayangi mereka...dan pemergian itu juga bukan sia-sia...pemergian mereka adalah pemergian seorang mujahid syuhada di jalan Allah....Syahid mereka diusia muda....iringilah ia dengan redha dan bekalkanlah perjalanan itu dengan doa yang berpanjangan...Al-Fatihah....

Ingatlah renungan dari Ibnu Mas'ud
Setiap orang di dunia ini adalah seorang tamu, dan wangnya adalah pinjaman. Tamu itu pastilah akan pergi, cepat atau lambat, dan pinjaman itu haruslah dikembalikan.....


Nak Ku Tinggalkan Terasa Sayang

Assalammualaikum...lama rasanya aku tak menjenguk rumah pusaka ke 2 ni...kekangan masa dan tugasan seorang pendidik menjadikan aku terlalu sibuk dan tiada masa mengupdate perkembangan. Namun aku gagahkan jua agar blog ini tidak terbiar sepi hingga tumbuhnya lalang..hu hu ( ayat takda idea ni )...serabut dan banyak tugasan menjadikan aku makin kurang menjenguk dan menziarahi kawan-kawan...kesibukan dengan tugas dan workshop yang perlu dihadiri siri demi siri...ada jugak aku terfikir untuk berhenti rehat seketika dari terus berblogging...tapi terasa sayang plak..kerana bukan senang nak survive dan dah ramai kawan-kawan alam maya yang aku dapat...jadi aku gagahkan jua untuk menitipkan secebis khabar biarpun tak banyak...terima kasih buat rakan-rakan yang sudi singgah biarpun sapa tak berbalas..khabar tak bertandang....sesungguhnya aku akan aktif kembali..cuma masa yang agak padat menjadikan aku slow sedikit....so insyaallah..ada jodoh kita bersua lagi.......Adios...


 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in