Assalammualaikum
Ini bukan menu hari ini..sila jangan betulkan mata anda..ha aha sebab ini menu sebelum aku menyibukkan diri jauh dari rumah..2 minggu sebelum tu aku gila buat kek..mana ada kek yang senang aku dah try buat..so ini yang aku rasa paling senang sebab kukus je..dan bahan-bahannya adalah mudah didapati dan mudah untuk dihandle...resepi ini akak kat pejabat aku yang bagi..memang gebu..hubby aku suka sangat sebab lembut...tq kak pidah atas resepinya..mohon kongsi ye..
Bahan-bahan :
Bahan A
1 cawan milo
1 cawan butter ( cairkan )
1 cawan kaster sugar
1 cawan susu pekat
1 cawan susu segar ( suhu bilik )
Bahan B
4 biji telur
1 sudu teh asen vanila
( kocak sampai sebati )
Bahan C
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
( ayak bersama semua bahan diatas )
Cara-caranya :
1. Panaskan pengukus dengan anggaran air tidak terlalu penuh...biarkan ia menggelegak...sementara itu campur kesemua bahan A....kacau rata
2. Selepas itu kocak bahan B sehingga sebati tetapi tak perlu hingga kembang sangat....
3. Ayak bahan C ....kemudian campurkan bahan A dan B..kacau hingga rata dan sebati..
4. Masukkan bahan C sedikit demi sedikit...hingga habis dan semua bahan sebati
5. Masukkan adunan ke dalam acuan yang kita kehendaki..dan kukus sehingga masak..selalunya jika nak dapatkan permukaan kek yang cantik penutup periuk kukus tu mesti dibalut dengan kain supaya wapnya tak jatuh keatas permukaan...
6. Setelah kek masak sapukan madu diatas permukaan kek dan sekeliling kek untuk mendapatkan kesan berkilat..
lembut je..