Tahun Baru Wajah Baru




Assalammualaikum

Hampir setahun blog saya ini jarang diupdate dengan entri baru kerana kesibukan saya dengan tugas dan juga perniagaan online saya dipage FB..namun kini saya punya solusi untuk menyelesaikannya dengan bantuan pakarlah..itu sudah tentu , sebab nak buat sendiri memang taklah..bukan kepakaran saya..jadi bila bincang punya bincang inilah hasil idea saya dan pereka Official Web saya ni..tq so much to Whitey Mommy..blog Irine Nadia Marcello pun adalah rekaan beliau..so kalau berminat untuk mendapat khidmat nasihat pakar klik Whitey Mommy In Sya Allah anda akan puas hati macam saya..bila dah ada blog yang berwajah baru ni saya rasa saya boleh uruskan blog peribadi saya ni dan juga blog perniagaan saya ni..moga rakan-rakan sudi untuk mengunjungi blog saya ini..Selamat Tahun Baru.

Kuih Tiram



Assalammualaikum
He he dah lama sebenarnya nak cuba buat sendiri kuih tiram ni..nampak macam susah , tapi bila tanya mak resepi...alhamdulillah boleh cuba ni..tambahan pula kuih tiram ni memang sedap dibuat kudapan ringan sambil tonton tv...hik hik percubaan pertama yg menjadi...walaupun tak berapa nk berkelopak2 sangatlah hu hu sbb pertama kali..resepinya mcm biasa je..nnt kalau rajin akan di updated  ye...

CHOCOLATIERE ( ELECTRIC CHOCOLATE MELTING POT )







Periuk elektrik untuk coklat lebur

Ideal untuk fondue coklat, pencuci mulut coklat dilindungi, atau coklat dibentuk

Sesuai untuk apa-apa jenis coklat atau Couverture

Tidak perlu mendidihkan air atau menghidupkan dapur

Termasuk: spatula, rak titisan, acuan, kayu fondue, garpu, dan resipi

Harga : RM 60.00
Postage : RM 8.00 SM / RM 14 SS
Berminat Boleh PM di facebook / Wassup Saya 0182458478
Payment Method akan diterangkan kepada serius buyer only..tq

SLICE O MATIC


Assalammualaikum
Hari ini aku nak kenalkan satu kitchen tool yang memang berguna untuk kita-kita yang suka memasak..SLICE O MATIC..Fungsinya adalah untuk menghiris nipis Sayur-sayuran , buahan-buahan , kentang , bawang dan pendek kata apa yang kita nak hiris Slice O Matic ni boleh menolong..kecuali daging2 tu taklih lah ye..secara khususnya Slice O Matic ni :
1. Menjimatkan masa anda didapur dengan memudahkan kerja menghiris ( Slice )
2. Dibina dengan tetapan pemotong yang boleh laras , penggunaan yang senang semudah tekan dan potong

Harga : RM 60.00
Postage : RM 10 SM / RM 17 SS
Berminat boleh PM atau Wassup saya di no 0182458478
Payment Method akan di terangkan sekiranya anda serius untuk membeli

Untuk lebih mengetahui tentang produk ini dengan lebih lanjut sila klik disini SLICE O MATIC



Lempeng Goreng Inti Daging


Assalammualaikum
mintak maaf dan ampun jika gambor lempeng goreng ni menyakitkan mata korang ye..bukan apa kamera mak ada masalah sikit nak..so gambor yang kelam ni jelah yg dapat aku persembahkan..biarlah ropenya begitu tapi rasanya alhamdulillah tak menghampakan..
Sebenarnya resepi ni datang bila tengok Masterchef Junior..memang anak-anak mat salleh ni terror gile..yelah masak macam pro dan hias pinggan pun macam chef..gile ko tak terkesan kat aku..shhhh jgn buat ayat macam tu kerull ..hu hu sorry kengkadang terkeluor..so ini resepinya

Inti Daging :
*Rempah 4 sekawan ( untuk tumis )
*1 biji bawang besar ( hiris )
*2 biji bawang putih ( hiris )
*1 tangkai daun kari
*5 sudu besar serbik rempah kari BABAS
250 Gram daging Cincang ( ikut suka korang nak letak banyak ke atau biasa2 je )
*2 sudu besar cili boh
1/2 cawan air
garam dan serbuk cukup rasa MAGGI

Untuk Lempeng:
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar minyak masak
Air secukupnya ( agak2 sebab kita nak dapat kan tekstur seakan2 sederhana cair )
( mix dengan hand whisk )

Cara-cara : 
1. Panaskan minyak..tumis bahan yang bertanda *..hingga garing pastu masukkan kan daging dan kacau rata
2. Pastu bila biar dalam 5 minit than masukkan air dan kacau rata..kalau agak kering sangat..than perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa maggi..kecikkan api..than biar ia jadi agak kering..tutup api dan sejukkan.
3. Untuk lempeng pulak..korang mix semua bahan yang kat atas tu..kiranya kalau dapat tekstur sederhana cair tu kira dah oklah tu..
4. panaskan kuali dan buat macam kita masak crepe,tahap ketebalan jangan nipis sangat..lempeng ni kena sederhana tebal dan bulat..baru dapat rupa macam kat atas tu..( tinggalkan sikit bancuhan lempeng tadi dalam 1 senduk untuk tujuan mengGAM )
5. Bila dah settele melempeng tu..biasa sejuk jap..than hamparkan lempeng tu , isi inti ditengah dan lipat jadikan lempeng tu bentuk hemisfera ataupun separa bulat dan masa tulah gunakan kan lebihan bancuhan lempeng tadi sapu pada tepi cantuman lempeng tu...
6. Panaskan pan..than taruk minyak dalam 2 sudu besar..than masukkan lempeng yang dah siap ..goreng ikut tahap kegaringan yang korang nak..teknik goreng bukan deep fried ye..teknik goreng pan seared je..
7. dah siap..bolehlah dinikmati..sedap disantap panas2 sementara masih garing..

Kek and Deco

Assalammualaikum
Dalam melalui proses menimba ilmu..kenalah berguru pada yang pakar kan..ini kelas masa bulan novenber yang lalu..cikgunya adalah tokey kedai kek di taman aku..banyak ilmu yang dapat kami timba..terima kasih cikgu..yang kat bawah tu gambor kek aku..sila jangan gelak ye..memang tak lawo pun sebab amatur...










SHAWL PANJANG ALMEERA BY SHAWLORA


SHAWL PANJANG ALMEERA

RM49

DESIGN: Shawl panjang & lebar(SELENDANG), separuh bulat di kedua-dua hujung

MATERIAL: High quality chiffon, kombinasi 5 warna, kain yang lembut & mudah dibentuk di bahagian awning

Ukuran Shawl 200 X 70

Price : MYR 49.00 x termasuk pos
Postage fee : RM7 ( Semenanjung ), RM9++ ( Sabah/ Sarawak) 1-2 helai

untuk pembelian / tempahan PM saya di : Kerull Indulgence Souk





















JUBAH FOR KIDS


Assalammualaikum..koleksi jubah untuk sicomel anda untuk maklumat lanjut dan corak terkini sila klik




Cuba jadi lebih baik



Assalammualaikum
Kalau korang tengok blog aku ni agak kelam kabut..korang buat tak reti dahlah ye..aku tengah cuba menjadikan blog ni lebih tersusun dan tak serabut..jadinya kalau ada link yang ada tajuk takda isi tu buat2 tak nampak dahlah ye..sebabnya under contruction ..so banyak benda yang akan jadi kelam dan kabut untuk korang faham..till than skodenglah mana2 part yang tak seberapa serabut tu ye..ok love u alls..'


Borang Tempahan

Nama:
Email:
Telefon:
Alamat:
Item:
Kod/Brand Item:
Kuantiti:
Alamat Facebook (jika ada):

This contact form was created by Freedback.

AKU SANGGUP WALAU KU TAK MAHU ( bacalah kerana ia bisa meruntun hati wanitamu )

Malam berselimut mendung, tapi hujan tak jua turun, hanya sesekali gemuruh petir yang menyapa dingin,,dingin,,, itu yang kurasa saat angin menyentuh kulit tubuhku. Sudah jam 11 malam tapi tak juaku rasakan mengantuk datang menyapaku.didepanku sang suamiku tengah duduk dg kaki bersilang, gelisah,resah dan ragu, itu yang dapat kutangkap.
aku memulakan pembicaraan,“abang kenapa…?”aku mencuba untuk bertanya manalah tahu kegelisahan suamiku boleh cair bahkan hilang bersama hembusan angin yang dingin ini.
” abang ingin berbincang sesuatu dengan sayang,, hal ini sangat penting….”
“Aneh la abang malam ni, biasanya kalau ada masaah abang akan cakap je.. ada apa sebenarnya ini sayang?” aku masih duduk santai, sambil sesekali minum teh yang masih suam.

”Tapi sayang janji ye,, janji kat abang yang sayang takkan marah,,dan ples jangan minta sesuatu yang abang tak boleh kabulkan, janji?”

“abang ni aneh sangat malam ini ,,,buat ayang takut je la..ada apa sayang?” aku berubah dari posisi dudukku dan mendekati suamiku. “Ada apa sayang? ayang bersiap-sedia untuk mendengar semuanya..ayang janji ayg takkan marah.. hee,"aku mengukir senyuman kecil.

“sayangggg….hmmm…abang…abang…hmmm....” sebelum membuka bicara sang suami minum sesaat, sambil menarik nafas panjang “Hmm…izinkan ayah menikah lagi…” kata suamiku dengan nada yang perlahan sambil agak menunduk.

“Hahaha…ish, abang nie nak bergurau ngan kita lah tu..” Jawabku santai sambil minum teh O itu lagi.

”sayang, dengar sini…abang serius ni…ayang tak bergurau ngan sayang.. abang sungguh-sungguh dengan apa yang abang lafazkan sekejap tadi, "sambil si suami memegang bahuku".
Aku baru sedar dengan apa yang aku dengar sekejap tadi…ternyata ini semua bukanlah mimpi dan aku tidak berkhayal ..suamiku memang serius…serius mengakan hasratnya.dan serius akan menikah lagi. Aku tak tahu harus menjawab apa dan bagaimana, yang pasti…udara mulai panas kurasakan, dunia seolah-olah mahu kiamat, aku masih terkejut dengan permintaan suamiku untuk menikah lagi, sehingga cangkir yang kupegang jatuh dilantai dan pecah seperti hatiku malam ini…

“Abang….benarkah…? semua ini hanya mimpi belaka bukan…??? awak saja nak bergurau dengan ayang kan!! iya kan!!. aku seperti tidak mempercayai semua ini.

" tidak sayang, pegang pipi abang…”jawab suamiku sambil mencuba menganggkat tanganku.Tak terasa air mataku mulai mengalir membasahi pipiku , semakin lama semakin deras bak curah hujan yang jatuh dari langit.
“kenapa abang lakukan semua ini terhadap ayang..? apa kurang hanya dengan satu cinta?”“Apakah abang sanggup berbuat adil..?ingat bang….semua perbuatan pasti dipertanggung jawabkan didepanNya nanti.”aku mengajukan pertanyaan tak henti-henti terhadapnya seperti seorang hakim yang bersoal dengan sang pesalah.
“abang sudah berfikir masak-masak.. abang yakin dengan keputusan abang, jangan lupa…Allah juga mengizinkan umatNya untuk menikah lagi, coba sayang baca QS.An-Nisa:3…..:maka nikahilah prempuan lain yang kamu cintai satu, dua, tiga atau empat". ….jadi tidak ada larangan kan sayang….”suamiku menjelaskan ayat Al-Qur'an ttg poligami terhadapku.
“apakah abang lupa akan sambungan ayat ? "Tetapi jika kamu tidak bisa berlaku adil maka nikahilah satu orang saja"…..abang...jangan mengambil ayat Al-qur’an hanya untuk kepentingan pribadi ingat itu..!!! dosa bang …dosa…!!!" aku menjawab dengan nada yang amat kasar disertakan dengan deraian airmata.

"Aku setengah mati bersuara menjelaskan pendirianku bahwa Allah sebenarnya tidak mewajibkan umatNya utk bernikah lebih dari satu, tapi hanya mengharuskan saja, itupun kalo umatNya boleh berbuat adil terhadap kedua-dua orang isterinya. Lalu bolehkah para lelaki hari ini berlaku adil?" 

Apakah adil hanya dilihat dari luara sahaja..??? bagaimana dengan perasaan wanita jika suaminya berbagi cinta terhadapnya? Bukannya aku menolak ayat Allah yang satu ini…tp cuba difikir lagi…fikir lagi dgn jernih. Kata-kata itu yang berteriak dalam benakku tanpa sanggup aku ucapkan.Suamiku tertunduk saat aku tak henti-hentinya menyerang dengan dalil.

“sayang!! …!!!! Ini keputusan abang…!!! muktamad!! ! suara suamiku mulai meninggi, aku tahu suami mulai tertekan sama seperti yang kualami sekarang, dan aku diam… tapi pada hakikatnya…suaraku tak kalah hebat kencangnya, meledak-ledak bagai letusan gunugn berapi…

Malam itu merupakan pergaduhan yang sangat hebat bagi kami berdua, kami sudah lupa bagaimana cara untuk mengawal emosi ….tapi yang pasti…suamiku tetap kukuh pada pendiriannya….ya Allah….!!! Hatiku sakit!!!
Tak pernah terlintas dalam hatiku, kalau pada akhirnya hidupku akan begini. Sejak permintaan suamiku untuk bernikah sorang lagi, aku merasa bahawa aku adalah wanita paling malang didunia, aku merasa bagai aku seorang wanita teraniaya didunia yang fana ini , dan aku merasa tidak mempunyai kekuatan apapun. Ya Rabbi!!….kuatkan aku dalam menghadapi semuanya, kuatkan aku dalam menghadapi ujianmu, Ampunilah segala dosaku... Hanya kata-kata itu yg selalu bersenandung dalam hatiku.

Sejak itu hidupku seolah-olah tanpa pegangan, yang aku lakukan hanya menangis dan menangis tanpa bertindak apapun. Sadar dengan keadaanku yang sebegini rupa. "aku sedar semua ini hanya akan membuat hidupku hancur! bukan hidupku saja yang akan musnah.. aku bimbang hidup anak-anakku turut terkena tempiasnya..." bisik hati kecilku

Aku tidak mahu hancur dan menjadi insan yang lemah!….aku tak mahu hanyut dlm kesedihan….itu yang tiba-tiba ada dlm benakku, yang membuatku bangkit dan bangun dari tidur panjangku. Akupun bangkit untuk memujuk kembali hatiku yang tlah membeku karana kecewa.
Aku mencuba untuk bangkit dari mimpi buruk ini, aku mencuba sedaya upaya, walau mengambil masa.. tapi aku optimis yang aku boleh! Diantara kepingan hatiku, aku berusaha berdiri tegak walau aku tak kuat dan memerlukan dorangan dan sokongan moral.. Sebagai langkah awal, aku mengambil wudhu dan membaca alquran bagi memenangkan diriku yang telah tak tentu hala... Subhanallah…….. disaat aku memerlukan jawapan atas persoalan hidupku, ada secercah jawapan dariNya. Jawapan yang membuatku lega dan boleh tersenyum kembali.
“Kami tidak akan menurunkan Al-qur’an ini kepadamu agar kamu celaka” (qs.Thahaa:2) ayat ini yang telah membuatku tersenyum kembali, ayat ini yang telah membuatku kembali bersemangat untuk kembali dan …tentu banyak kalam Allah yg membuatku kembali berdiri teguh diatas jalannya.

Ya…aku boleh menerima semuanya sekarang walau aku masih memerlukan seseorang untuk menguatkanku.

“Apakah kamu tidak ingin masuk syurganya Allah..?” kalau kamu redha, iklas dan sabar, insyaAllah syurga dlm genggamanmu, tapi kalau kamu tidak mampu menghadapi ujian ini dengan sabar, kamu boleh mengajukan cerai...walau ianya dibenci Allah.”“

" Untuk menggapai syurga Allah, tidak hanya dengan jalan ini saja sarah, masih banyak lagi jalan yang boleh membawa kita menuju ke syurga Allah..?iya kan sarah?” nasihat seorang sahabat baik terhadapku.

“Ujian yang kamu hadapi sekarang ini adalah menunjukkan kamu kuat untuk menghadapinya ...Allah memberikan ujian ke atas umatnya sesuai dengan kemampuan umatNya… Allah maha tahu” jawab sahabatku dengan penuh kelembutan dan wibawa.
Itulah dialog antara aku dan sahabatku di saat aku tidak sanggup lagi untuk memendam masalahku seorang diri.
Dengan berbagai pertimbangan, akhirnya…akupun menyetujui dan merestui pernikahan suamiku. Keputusanku ini bukan bererti tanpa melalui perdebatan yang sengit, antara aku dan suamiku, juga antara aku dan batinku. Bahkan aku berkali kali meminta nasihat dgn orang yang aku anggap boleh menjawab dan memberikan aku jawapan kepada masalah yang aku hadapi tika ini. Dan aku tinggalkan semua rasa pedih dan sakit hati. Segala yang aku inginkan hanyalah demi kebaikan semua pihak.
Waktu yang telah ditunggu-tunggu oleh suamiku telah berkunjung tiba…aku sibuk menyiapkan segalanya…..ya segalanya!! …menyiapkan pernikahan suamiku, mulai dari urusan hal tetamu jemputan, catering sampai urusan bilik pengantin disebuah hotel terkemuka di petaling jaya.
semua ini tidak berat bagiku.. menyediakan semua ini..Yang paling berat adalah menyiapkan hati dan perasaanku agar aku boleh menerima semua ini bahkan sampai ke level ikhlas...

Disebuah masjid yang sudah tertata emas dan dingin, dengan karpet merah terhampar indah, tak lupa ada meja pendek ditengah dgn sebuah vas bunga nan cantik… aku duduk disebelah suamiku.
Para tetamu pun datang sebelum waktu yg telah ditetapkan, sesekali aku menghela nafas panjang…ada rasa sakit dan sesak yang kurasakan... benak ku bersuara, " sanggupkah aku menghadapi semua ini? "

Dan… mempelai wanita dengan memakai kebaya putih kelihatan sangat anggun dengan solekan moden yang telah bersedia untuk menjadi pendamping suamiku kelak.

Ya Allah….kuatkan aku…kuatkan aku, suara batinku tak henti-hentinya bersahutan, karana melihat suamiku bersanding dgn wanita lain. Teringat aku akan sumpah setia suamiku dulu, akan setia kepadaku hingga ke nafas terakhirku, namun.. *aku menghela nafas panjang*

tak boleh kudibendung lagi.. air mataku perlahan bercucuran seiring dengan desahan nafasku. “aku tak tahan ya Allah….kuatkan aku…kuatkan aku Allah…kembali lagi aku memohon kekuatan kpd Allah dari bilik hatiku!! semua ini kejap!! teriak hati kecilku.. namun akal warasku menafikan itu semua.
“Saya nikahkan ….binti….dengan mas kawin seperangkat emas dan seprangkat alat solat bidayar tunai..! saya terima nikahnya…..binti….dengan mas kawin RM 100 ringgit... sah…sah….aku.. aku.. hanya tertunduk sayu saat ijab kabul telah dikumandangkan, dan bererti pernikahan mereka telah sah dimata agama dan hukum….mereka telah sah menajdi suami istri.

Dan aku…??? Kembali air mataku mengalir tak terbendung dan lagi-lagi aku tak mampu untuk menahannya, tapi segera aku hapus dengan tissue yang aku genggam. Sejak dikumandangkannya ijab Kabul itu, akupun berubah status, yaitu menjadi istri tua.

Para undangan mengucapkan tahniah kepada kedua-dua mempelai, aku hanya tertunduk….sedih…disebelah suamiku. Untuk menghindari diri dari para tetamu, aku menyibukkan diri menyiapkan hidangan. Tapi sesekali aku melirik ke arah suamiku. Ya Allah… wanita itu sangat manja dan mesra dgn suamiku dan sesekali mereka tersenyum bahagia. Ingin rasanya saat itu aku menjerit,!! tapi aku segera meredakan emosiku karena aku tahu, amarah atau emosi itu datangnya dari syaitan laknatullah.

Setelah semua para tetamu meninggalkan majlis yang sederhana itu secara satu persatu, maka tinggallah kami bertiga... Aku, suamiku dan ….istri barunya. Kekok…ya! itu yang aku rasakan saat aku berada ditengah mereka. Dan aku merasa seperti orang asing dihadapan suamiku sendiri, walau suamiku berusaha untuk tersenyum. Entah senyum itu senyum kasih sayang atau senyum kemenangan….ya Allah…kuatkan aku….kuatkan aku…lagi-lagi kata-kata itu yang bersahutan dalam hatiku.
“abang…kenapa ayah masih berada disini, bukankah sudah ayang siapkan bilik pengantin abang tu? jum kita kesana dan kita lihat..manalah tau ada yang kurang ....,” kataku memecah kebisuan dan kekakuan.

“Oh iya sayang, jom kita kesana, tapi abang yakin sayang ni orang hebat yang boleh design bilik pengantin yang terbaik untuk abang.. kan3,” sahut suamiku diiringi langkahku menjalani koridor hotel menuju ke bilik pengantin yang telah kutempah beberapa hari yang lalu..Kami berjalan menyusuri lorong-lorong di hotel 5 bintang itu menuju ke bilik pengantin yang sudah aku tata sesuai dengan keinginan ‘adikku’ atau maduku!

Masih dengan bergayut manja istri muda suamiku mengikuti langkahku, diiringi senyumnya yang bahagia. Sesampai di bilik pengantin aku yang memasuki bilik terlebih dulu, kerana aku tidak mahu ada yang kurang. Aku segera membentangkan sajadah dan alat solat untuk melakukan solat sunat bagi kedua mempelai sebelum melakukan kewajibannya sbg suami istri, dan aku juga menyiapkan segelas susu untuk diminum berdua. Semua sudah aku atur dan aku persiapkan. Lalu aku segera menuju kepintu untuk meninggalkan mereka berdua, tapi …. suamiku menarik tanganku...

“sayang….. hanya kata itu yg terungkap dari bibir suamiku sambil memelukku erat. Dan aku merasakan air mata membasahi pipiku.

“abang kenapa ini?” bukankah ini hari bahagia abang?lakukan kewajiban abang, sebagaimana abang lakukan terhadap ayang dulu.”

Aku mencuba untuk memberi kekuatan padanya walau sebenarnya hatiku tidak ikhlas...

“sayang, maafkan abang ya….. abang tak bermaksud melukai hati sayang, abg langsung tak berniat nak menduakan dan menyakiti awak.” Jawab suamiku sambil memelukku lebih erat lagi.

“ tak apa lah..ayang faham sayang…” hanya kata-kata itu yang keluar dari mulutku kerana akupun tak sanggup lagi untuk meneruskan kata-kataku. Sakit dan entah apalagi yang aku rasakan saat itu.

“sayang orang hebat, sayang orang yang kuat, sedang abg ni lemah, jangan tinggalkan abg yee, tanpa sayang abg mungkin tidak akan mampu berdiri, abg masih tetap mencintai bunda,”

“bang…ayg juga mencintai ayah, dan sangat…justru kerana rasa cinta inilah ayg merelakan abg bernikah sorang lagi, lakukan kewajiban abg yaaa….ayg nak pulang, anak kita menunggu dirumah tu..takut mereka risau pulak kan..hehe.”

Sebelum suamiku menjawab aku segera melepas pelukannya, dan aku segera meninggalkan suamiku dibilik pengantin.Aku melangkahkan kakiku dengan secepatnya agar segera dapat meninggalkan tempat ini dan segera sampai dirumah.

Sesampai dirumah, aku tak kuasa lagi menahan rasa sesak didada.. segalanya aku tumpahkan dalam bilikku, aku menangis sekuatnya. Setelah merapatkan kepala ke dinding bilik aku kembali menangis. Tangisan jiwa yang tak mampu aku kendalikan. Jiwa yang menjadi rapuh kerana kecewa. Aku anggap diriku telah gagal dan tak mungkin bangkit lagi…… Dan dinding itu menjadi saksi bisu bagi air mata kepiluan yang menitisi bumi tempat aku menunduk. Air mata yang sepekat darah. Darah yang mengalir dalam nadi keputus-putusan. Padahal di atas atap rumahku purnama tengah bersinar.

Hari demi hari terus berlalu…… aku semakin menyedari dan menghayati kembali doa yang biasa aku ucapkan dalam hari-hari terberatku . Dari sana aku mengerti bahwa ketika sedih dan sakit hati, sesungguhnya sesuatu yang lebih baik sedang menantiku di masa depan.

Ya Allah..

Bila Engkau mengetahui bahwa perkara ini lebih baik bagi agamaku, hidupku dan akhir urusanku kelak [dalam jangka pendek maupun panjang], maka takdirkanlah hal itu bagiku dan mudahkanlah aku untuk mendapatkannya, kemudian berkatilah aku dalam hal tersebut. Dan apabila Engkau mengetahui bahwa perkara ini tidak baik bagi agamaku, hidupku atau akhir urusanku kelak [dalam jangka pendek maupun panjang], maka jauhkanlah perkara tersebut dariku dan hindarkanlah diriku darinya, lalu takdirkanlah yang baik buat diriku bagaimana adanya, kemudian buatlah aku ini ridho atas ketentuanMu...Aamiin ya Allah...



TAMAT.


saya ada satu pertanyaan yang khas ditujukan kepada para wanita di luar sana? adakah anda rela dimadu seperti dalam cerpen ini?? tak salah nak berpoligami bagi lelaki yang cukup syarat dan kewangan.. cerpen diatas tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati... saya menyusun 10 jari meminta maaf jika ada pembaca diluar sana yang terasa ngan cerpen ini.. 


KREDIT KEPADA OWNER CERPENhttp://akudankauadalahcinta.blogspot.com/2012/09/cerpen-aku-sanggup-walau-ku-tak-mahu.html

Jubah Batik DAN Telekung Sulam Untuk Kanak-kanak









Ahmad Ammar Bertemu Bidadarinya


Assalammualaikum..

Dikeheningan pagi kelmarin aku tiba awal ke pejabat dihantar habibi , seperti biasa aku menjalankan rutin harianku membuka bilik guru..sementelah jam dinding baru menunjukkan jam 7.15 pagi , aku membuka laman sesawang muka buku ini sambil mendengar alunan zikir pilihan di youtube..sedang aku membaca komen kawan-kawan di wall tiba-tiba mataku terarah kepada satu tajuk video yang dishare oleh rakan FB bertajuk Ahmad Ammar Bertemu Bidadarinya..lantas terus aku meleretkan mouse untuk melihat apa isi video ini...

Aku kira semua maklum apa isi video itu , kisah Ahmad Ammar yang syahid di Turki..belum usai lagi pembelajarannya disana dalam pengkhususan sejarah beliau telah dijemput Ilahi..kemalangan , dilanggar ambulan ketika melintas jalan..itulah sedikit sebanyak intipati kisah Ahmad Ammar..ketika menonton video itu aku terasa sebak yang teramat , sayu didinding sanubari..indah sungguh syahid itu..jenazah beliau kelihatan seperti tidur yang lena..Allahuakbar betapa nikmatnya beliau melalui syahid itu..penuh keredhaan..beliau memang banyak beramal dan membantu ketika diperlukan..terasa kehangatan air mata yang tadi bergenang dikelopak mata jatuh laju..selaju ingatan diatas kekhilafan semalam..bisakah aku syahid seperti Ahmad Ammar..mungkin aku tak berpeluang ke sana..namun syahid itu luas bukan..Ahmad Ammar Syahid didalam menuntut ilmu dengan tujuan FISABILILLAH..perginya di bulan MUHARRAM..manis sungguh nikmat untukmu Ahmad Ammar..Alhamdulillah..dijanjikan juga bidadari syurga bagi mereka yang syahid

Rasulullah bersabda:
"Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:
  1. diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
  2. melihat tempatnya didalam surga
  3. dilindungi dari azab kubur
  4. dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar
  5. merasakan kemanisan iman, dikahwinkan dengan bidadari,
  6. dan diperkenankan memberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya"
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Taktala itu hatiku berkata-kata..jika ditakdirkan ALLAH aku dapat merasai kemanisan syahid itu..aku redha ya ALLAH..terasa kekerdilan diri yang amat..apa sumbangan ku pada agamaku..pada keluargaku dan pada diriku..saat itu aku berjanji jika aku diberi peluang membawa zuriat habibi..walaupun seorang..apa jua yang berlaku selepas proses kelahiran itu aku redha..Ya Allah tiada apa yang aku inginkan didunia ini melainkan anugerah zuriat yang soleh dan solehah dan keimanan yang tiada tolok bandingnya..


Khas buat orang selangor dan kawasan terdekat

klik untuk mengetahui maklumat lanjut tentang produk http://anakalidz.com/?ref=kerullnazeem-001

JUBAH UNTUK KANAK-KANAK PEREMPUAN DAN LELAKI..JUGA UNTUK IBU DAN ANAK

Anak Alidz adalah jenama eksklusif syarikat Alidz Enterprise (KC0007765-T) yang didaftarkan pada Feb 2012 di Kedah. Anak Alidz komited dalam membantu melahirkan generasi solihin dan solehah dengan memupuk budaya muslim bermula dari peringkat awal kanak-kanak sehingga remaja. Mereka juga akan merasa bangga untuk menutup aurat dan pada masa yang sama dapat meningkatkan keyakinan diri untuk menempuh alam dewasa..untuk maklumat lanjut tentang produk boleh kehttp://anakalidz.com/?ref=kerullnazeem-001





Usahawanita SHAKLEE , TSHIRT MUSLIMAH DAN PEWANGI TERAPI

Assalammualaikum
Lama rasanya blog ni senyap sunyi bagaikan terbiar..hu hu takda Maksud pun nk biarkan..cuma sibuk dengan business kecil-kecilan..produk kesihatan SHAKLEE , TSHIRT MUSLIMAH DAN PEWANGI TERAPI. .dan ada jugak ambik tempahan sikit2 kek dan tiramisu ...alhamdulillah. .so kalau kawan2 nk cuba produk2 yg saya jual ni bolehlh ke FB saya Kerull Nazeem atau ke pages saya Kerull Indulgence Souk. ..HARGA BOLEH RUNDING..INSYAALLAH..

 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in