Assalammualaikum..
Makin hampir ke PRU yang seterusnya makin banyak isu dan pergolakan yang timbul , dalam merebut kuasa mereka lupa ada nyawa yang dipertaruhkan , ada keluarga yang hilang tempat bergantung , ada anak kehilangan ayah , ada isteri kehilangan suami dan ada ibu bapa kehilangan anak tersayang...Entah rasukan apa yang menggila membuat tuntutan ditanah berdaulat ini..tanah yang kami perjuangkan kemerdekaannya..kadangkala mereka umpama menyalak bukit..bukit yang bukan hak milik mereka..hati aku kepalang risau kerana sahabat-sahabat dan anak muridku ada di Lahad Datu..biar jauh dari semenanjung namun bahang pergolakannya tetap terasa...cuma satu harapanku..moga malaysia terlindung dari segala kekacauan dan moga keamanan akan kembali ke Lahad Datu..Aminnnn
Tok Baba Bawa Hamzah Jalan-Jalan Cari Sarapan
5 hours ago
Kami yang berada di sini sentiasa dalam ketakutan...memang benar jangan dengar khabar angin, tapi kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang...
ReplyDeleteAssalamualaikum..Cubit peha kiri peha kanan terasa...Walau kami jauh disemenanjung tapi di Sabah sana juga sebahagian dari warga Malaysia..sedih dan pilu denagn peristiwa berdarah tersebut...
ReplyDeleteBiar dimana pun kita..selagi berada ditanah berdaulat dan merdeka ini kita adalah satu..
ReplyDeleteSemoga semuanya akan kembali tenang seperti sediakala...
ReplyDelete