Assalammualaikum......
Terlalu lama rasanya blog ni tak ada n3 baru...mungkin tiada menu baru yang ingin aku kongsikan kerana terlalu sibuk dengan kerja yang memerlukan aku menyiapkannya secepat mungkin....cuma apa yang ingin aku ceritakan ialah kepulangan ayahanda yang tercinta ke rahmatullah benar2 memberi impact yang besar kepada kami sekeluarga..nampaknya tahun ini kami beraya tanpa ayah ...emak nampak sugul...tapi redha...pertamanya kerana ayah telah lama menderita mengidap penyakit kencing manisnya..dan yang kedua ayah pulang mengadap penciptanya pada hari pertama umat islam menyambut ramadhan al-mubarak....ayah pergi dengan tenang...seperti lena yang tiada gangguan...alhamdulillah..kini hampir 6 hari ayah tiada...terasa kesunyian menusuk ke jiwaku....kerana aku anak sulung ayah..ayah adalah insan pertama yang aku lihat sejurus aku membuka mata ketika saat kelahiran...ayah juga insan pertama yang mendendangkan kalimah suci ke gegendang telingaku...terlalu banyak kenangan yang mengintai diruang ingatanku ini...Ya Allah tempatkan Ayah dikalangan orang2 yang beriman dan yang kau kasihi ....Amin...Al-Fatihah buat ayahanda tercinta ABDUL HALIM BIN RAMLI....semoga ayah tenang disana..kami adik beradik akan sentiasa menghantarkan hadiah yang akan menerangi ayah disana...doa anak-anak yang solleh dan sollehah...insyaallah
MAKAN MEE CHAMPA DI iTU KOPI X D'NARA MEESUP MELAYU CHAMPA
27 minutes ago
Salam Takziah buat Kerull & family..Semuga roh arwah dicucuri rahmat..insya allah..amin..
ReplyDeleteSelamat berpuasa juga ya sis..lama betul kerulltak update blog ni ..miss you dear..
Tq kak ayu...amin..miss u tooo huk huk
ReplyDelete