DADAR BERKUAH



Assalammualaikum..selamat petang semua..aku tak balik lagi ni..tengah tunggu pak supir aka incik suami datang jemput..almaklumlah rajin takmo drive sendiri..hu hu
Hmm arini nak perkenalkan satu menu yang sesuai dijadikan juadah minum petang ketika kedinginan seperti sekarang ni..perak memang hujan semedang bila petang ari..alhamdulillah,takdalah gersang dan tak cukup bekalan air..
Menu ni aku jumpa masa aku pergi beraya rumah bakal besan mak..mula-mula rasa macam roti jala tapi bila dah lama-lama ada rasa lempeng cicah kari..tapi macam mee kari plak ada sayur , cili potong dan daun bawang..hmmm so aku pun trylah korek resepi dari bakal besan mak aku ni..( terima kasih makcik sbb sudi bagi resepi ni ) dan ada juga yang aku olah..tang kuah kari tu aku olah jadi version aku..mintak maaf makcik saya derhaka sikit resepi ni..sebab saya suka bab tambah menambah bahan ni..hu hu
ok jom tengok resepinya :

Bahan-bahan untuk dadar : ( untuk 5 orang makan )
3 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A
air ( agak-agak ..bab ni fail nak bg tau sbb aku main belasah janji jadi )
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu teh garam 
( semua ni aku masuk dalam food prosessor dan blend hingga sebati..kalau terlalu pekat boleh tambah air sedikit demi sedikit hingga dapat tektur macam nak buat kuih dadar tu )

Cara-caranya :
1. panaskan kuali leper atau guna pan yang tak melekat tu..letak minyak sikit dan dadar bancuhan tadi..biar ia betul2 masak..pastu angkat dan terus gulung..kemudian potong serong..dan ulangi proses ni sampai habis..

Bahan-bahan untuk kuah kari :
1/2 ekor ayam ( potong kecil-kecil )
1 peket rempah tumis empat sekawan
5 biji bawang kecil**
3 ulas bawang putih **
1/2 inchi halia muda**
10 tangkai cili kering**
1/2 cawan santan pekat
2 cawan air
3 sudu besar jus asam jawa
5 sudu besar rempah kari
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 biji kentang ( potong kiub )
1 tangkai daun kari
3 sudu besar minyak untuk menumis
garam dan serbuk cukup rasa Maggi
( kisar semua bahan yang bertanda ** sehingga lumat )

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dan tumis rempah empat sekawan dan daun kari , masukkan bahan yang telah dikisar tadi beserta serbuk lada hitam dan goreng hingga garing
2. Bancuh serbuk kari dengan air dan masukkan sekali..kacau hingga sebati , masukkan ayam dengan kentang dan gaul hingga sebati dengan rempah tadi..
3. Masukkan 2 cawan air dan biar ia menggelagak..kemudian masukkan santan dan jus asam jawa.perasakan dengan garam dan biar ia menggelegak..

Cara nak makan Dadar Berkuah ni..senang je , macam makan mee kari..eksesorinya pun serupa macam eksesori mee kari..nak tahu sedap ke tak kena cuba..boleh outer resepi ni ikut kesesuian tekak kita..no hal..ok selamat mencuba ye..


Daging Goreng Asam


Assalammualaikum
Selamat tengahari..dah siap masak dah tu kan..cuaca sejuk macam ni perut memang cepat lapar..dan yang pastinya kalau cuaca macam ni sejuk dan mendung makan nasi panas dengan lauk yang membuka selera..hu hu memang makan lebih sepingganlah..hari ini aku nak kongsi satu respi yang paling mudah dan bahan-bahannya memang ada je didapur kita tu..menu ni kalau makan lepas masak dengan nasi panas..tentu tak perasan tambah nasi lebih sekali..meh kita tengok

Daging Goreng Asam

Bahan-bahan :
1/2 kg daging lembu dihiris agak sederhana ( aku suka guna daging batang pinang )
3 Labu bawang besar***
3 ulas bawang putih***
1/2 inchi halia muda***
5 tangkai cili kering / cili padi / cili hijau ***
1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan air 
garam
kunyit serbuk
serbuk cukup rasa MAGGI
5 sudu besar minyak masak untuk menggoreng ( ikut kuantiti bahan )
semua bahan yang bertanda *** hendaklah diracik sederhana

Cara memasak :

1. Bersihkan daging tadi dan lumur dengan kunyit serbuk  dan garam sedikit ,biarkan sekejap
2. Panaskan kuali dan tuangkan minyak..bila minyak dah cukup panas , tumis semua bahan yang telah kita racik sederhana tadi , biarkan layu sebentar..kemudian terus masukkan daging dan gaul rata
3. Masukkan air asam jawa dan air biasa,perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa MAGGI..dan kacau hingga sebati..biarkan hingga airnya agak kering , kalau kita suka banyak kuah biarkan sebentar ia menggelegak , selepas tu boleh lah tutup api..

Rendang Maman from Gemencheh With Love


Assalammualaikum..
Ini entri tertunda sebenarnya..dah lama nak kongsi cerita tentang rendang maman dan gemencheh..
Rendang maman adalah salah satu hidangan yang wajib pada setiap tahun ketika menyambut hari raya..tak kiralah raya puasa mahupun raya haji..juadah ini tidak pernah ketinggalan.
 Pokok maman ni memang sinonim dengan keluarga aku , salah satu sebabnya dah tentulah yang kami ni orang gemencheh , dan sebab utama yang paling logik adalah kerana mak aku adalah salah seorang yang mengusahakan rendang maman ini secara komersial iaitu dengan mengambil tempahan memasak rendang maman..


Dimulakan dengan proses menyiang ( bahasa org negeri sembilan ) sehinggalah ke proses merendang , semuanya dilakukan secara manual..banyak petua nak masak rendang maman ni supaya tak pahit..tapi pada aku rendang maman mak aku memang tiada tandingnya..ini diambil kira siapa pelanggan mak aku dan berapa kilo maman yang mak aku dah sediakan..



Gambar diatas menunjukkan maman yang telah siap disiang..dan gambar dibawah adalah proses ketika menyiang dijalankan


Gambar-gambar dibawah adalah proses untuk memasak rendang maman..kat sini kami merendang tak pakai periuk,kami pakai kawah..senang nak kacau dan takdalah tumpah2..



inilah saiz kualinya..kalau banyak kami pakai kawah


Bahan-bahan yang digunakan pun tak susah mana,senang dicari dan disediakan seperti Cili padi , kunyit hidup dan santan..memang inilah bahan utamanya selain daun maman..perasanya adalah garam dan asam keping..maman ni boleh digandingkkan dengan apa sahaja,ia versatile..boleh dimasak bersama ayam , daging , ikan bilis , rusa , kijang ,landak dan pelanduk..rasanya tak payah nak tipulah..memang terbaik..pedas , lemak , pahit yg tidak keterlaluan ..bak kata orang secukup rasa..


Masakkan cili padi yang telah dikisar bersama kunyit hidup dan masak ketika..tujuannya supaya cili tadi masak dan kita tak sakit perut..lpas dah agak kering baru masukkan santan kelapa..biar sekejap baru masukkan ayam atau ape2 yang kita nak masukkan..eloknya pakai ayam kampung atau ayam pencen supaya tak mudah hancur ayamnya..lepas dah masukkan ayam barulah kita rasakan dengan garam dan masukkan maman tadi..lepas dah masuk jgn kacau2 lagi..biar ia layu dan campakkan asam keping dalam 1 atau 2 keping..ikut saiz masakan kita..biar ia kering dan naik minyak..dan maman nampak dah kecut..maknanya dah ok dah rendang tu..

Maaf sangat2 sebab tak sempat nak ambik gambar produk rendang yang dah siap..TAPI JANGAN RISAU JIKA ANDA BERDEKATAN DENGAN PEKAN GEMENCHEH..INGIN MERASA KEENAKAN RENDANG MAMAN BONDA SAYA..BOLEH PM SAYA DI FB ATAU DI WASSUP..TEMPAHAN DIBUKA SEKARANG..

INI RENDANG MAMAN YANG KAMI BUAT DALAM SKALA KECIL..GAMBAR DIATAS ADALAH TEMPAHAN SKALA BESAR..





 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in