Karipap Sardin aka karipap tanduk


Assalammualaikum...selamat pagi...hmm hari ni n3 review projek malam tadi..karipap sardin request by officemate , berpeluh aku menguli sekilo tepung..tapi puas hati sbb dapat jamu dorang...


Karipap Tanduk ku...wakaka

Bahan-bahan : DOH
1kg Tepung gandum
4 sudu besar margerin
1 cawan minyak panas ( panaskan kerana ia akan menjadikan kulit karipap kita garing sampai ke petang)
1 sudu garam
air biasa ( untuk menguli )

INTI Sardin
2 tin sardin ( ayam brand , tak payah buang kuahnya dan hancurkan )
4 biji limau kasturi
1 biji bawang besar -dadu
3 ulas bawang putih - dadu
3 tangkai cili padi - hiris
2 helai daun bay
2 sudu serbuk paprika
2 sudu serbuk lada hitam
1 sudu teh garam
1 sudu teh maggi cukup rasa
1 sudu teh gula

Cara-caranya :

Untuk Doh :
1. Masukkan tepung dalam bekas dan gaul rata dengan margerin ( aku ramas pakai tangan je supaya ia rata )..panaskan minyak lepastu masukkan ke dalam tepung...biar sejuk sebentar dan baru gaul semula..
2. Lepas dah gaul rata masukkan garam kedalam air dan kacau hingga sebati , masukkan air kedalam tepung tadi sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga ia menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dibekas dan dijari..biar sebentar...
3. Ambil doh dan potong ikut saiz yang kita mahu..canai dan masukkan inti....

Untuk Inti :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah , bawang putih dan cili padi hingga layu...kemudian masukkan serbuk paprika , lada hitam dan daun bay....biarkan ia garing sedikit..
2. Masukkan sardin , jus limau kasturi , garam  , gula dan maggi cukup rasa...gaul rata dan biarkan ia kering dengan mengecilkan api...bila ia sudah agak pekat..barulah padamkan api dan sejukkan sebentar sebelum di isi kedalam doh... 


4 ulasan:

  1. Salam Kak! Nk beli karipap sardine 2 ringgit :D td baru balik dr umah Kak anis pun karipap sardine hihihi.. Suka mkn tp mls nk buat huhu..

    ReplyDelete
  2. Salam...tanduk pun sedap tau, lagi2 letak sadin.
    Gambar je?

    ReplyDelete
  3. Ika : Salam..aah baru td tengok rumah k.anis pun karipap sardin gak..hu hu cuma lain version je...jgn kata 2 ringgit..100 baht pun boleh...

    Zanafahmi: Hmm kene letak resepi ke......hik hik kita punya biasa2 je..

    Khumaera : amiklah 2 3 keping..panas lagik ni..

    ReplyDelete

 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in