Nasi Goreng Daging


Ini menu sarapan pagi hari minggu yang lalu...yang tinggal dalam peti ais hanyalah daging dan kacang botol..so apalagi..nasi lebihan makan malam ada lagi...cukup untuk kami berdua...tumbuk cili padi + bawang merah + bawang putih.....tambah daging dan kacang botol...jadilah nasi goreng daging yang pedas...sempoi..kenyang sampai petang sebab breakfast + Lunch = Brunch....

Popiah Basah VS Popiah Goreng


Senyummm tak perlu kata apa-apa...hu hu ini popiah bukan terlebih goreng ye..aku memang suka garing-garing tu yang warna nak naik hangit..tapi belum hangit lah...saja buat dua versi..sebab aku suka semuanya..hubyy suka yang goreng...guna kulit popiah yang sama..cuma penyediaan dan cara memasak yang berbeza...1 kulit aku kukus pastu terus isi inti dan balut..1 lagi lepas kukus dan balut aku goreng..kuahnya pun aku buat yang biasa macam nak buat kuah ladalah....cuma aku tak taruk kacang tanah je...apa-apa pun layannnn...resepi rasanya takyahlah kot..sebab alah sama je kan..hik hik

Asam Pedas Ikan Merah


Assalammualaikum..selamat tengahari
Macam biasalah kan menu makan malam hari ahad lepas..baru dapat update hari ni..lama betul..dah basuh periuk baru boleh post dalam ni..takpalah..janji hadoooo..aku rasa asam pedas aku selama ni tak tahulah version mana.. resepi yang mak aku ajar ni lah yang aku guna selalu..dan tekak kami berdua pun layan..sempoi dan senang. Memula aku ingat nak buat sup tapi macam dah selalu sangat asyik buat sup je..itu yang tetiba tukar program..masak asam pedas..hu hu

Bahan-bahan :
1 ekor ikan merah sederhana besar ( potong iku suka , bersihkan dan tos )
2 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
( * blender semuanya hingga hancur )
5 sudu besar cili boh ( blender sendiri je )
Garam secukup rasa
1/2 sudu teh maggi cukup rasa
4 cawan air ( ikut kita nak pekat ke tak )
2 sudu besar asam jawa adabi ( bancuh dengan air sikit )

Eksesori :
1 Biji Tomato ( potong wedges )
1 Biji Terung ( potong ikut suka )

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah diblender hingga garing...kemudian masukkan cili boh dan kacau rata....
2. Bila tumisan dan nampak pecah minyak dan garing , masukkan ikan dan gaul supaya mesra...biar dalam 5 minit...
3. Kemudian masukkan air dan jus asam jawa...perasakan dengan garam dan maggi cukup rasa..biarkan ia menggelegak...
4. Ketika menggelegak masukkan terung dan biar terung masak sebentar...bila tengok terung dah ok baru masukkan tomato...dan terus tutup api..supaya tomato tak terlalu masak..
5. Siap dihidang bersama nasi panas dan telur masin..hu hu mantap...

Nasi Ayam Panggang


Assalammualaikum
Hmm sesekali makan nasi ayam ni pun ok gak..dah lama gak rasanya aku tak masak nasi ayam ni..so Sabtu malam yang lepas aku pun merajinkan diri menyediakannya...cuma bezanya aku tak goreng ayam tu...lepas rebus separuh masak ayam tu..angkat dan rendam dalam ais...pastu perap dan bakar dalam dalam oven..200C selama 20 minit...resepi lengkap kat SINI..



Bukit Merah Lake Town Resort Part 1

Ok ini n3 petang hari ye..takda bab masak-masak..just nak share pengalaman semasa bercuti di bukit merah je..aku pergi time orang dah mula sibuk hantar anak masuk sekolah...hu hu memang seronok jalan saat-saat orang tak bapa penuh ni...nice place untuk merehatkan diri..aku upload sikit2 dulu ye...


Masa on da way..boleh plak kete aku bikin hal temperature naik..hu hu

Berpeluh kitorang tunggu mekanik....senyum sikit 

 Hubby aku tenang je..sebab mekanik tu kawan dia..taklah susah hati sangat

Atlast sampai gak kami kat bukit merah...p meronda selepas check in hotel 

Tenang je tengok tasik ni.. 

Sempat buat spa ikan lagi..geli siut... 


Sempat gak buat skecth ni...sweet je ( perasaan)

Ayam Bakar Paprika Dan Thymes


Assalammualaikum
Selamat tengahari..cakap banyak pun tak guna...jap lagi nak pg lunch , so baik aku taip n3 ni cepat-cepat..banyak agenda lagi sebenarnya ni..macam biasalah menu makan malam yang bila tuan tanah pun dah tak bapa nak ingat..ini memang hubby punya peberet dish..ayam cuma aku tambah eksesori yang lain-lain tu untuk aku sebab aku ayam ni kurang..sayur ok....

Bahan-bahan :
4 keping paha ayam ( basuh dan toskan )
1 tangkai daun thymes
1 tangkai daun rosemary
1 sudu lada hitam ( serbuk / sederhana kasar )
2 sudu makan madu
1 sudu makan paprika
garam secukup rasa
3 ulas bawang putih
2 sudu makan minyak zaitun
( perapkan ayam dengan semua bahan-bahan ni dalam 30 minit )

eksesori / sayuran :
1 ikat asparagus
segenggam baby carrot
2 biji kentang ( basuh dan belah 4 )
2 biji bawang kuning ( belah 4 )
( gaul sekali dengan ayam )

1. Panaskan oven dalam 200C dalam 10 minit sebelum mula membakar ayam
2. Letakkan ayam dan sayuran yang telah siap diperap dalam dulang pembakar , tutup dengan aluminium foil ( tujuan tutup dengan aluminium foil tu adalah untuk mengekalkan kelembapan ayam..kali ni nak buat yang lembut sikit..kalau tak tutup jusnya akan hilang )
3. Bakar dalam 40 minit...lepastu bolehlah makan begitu ataupun makan dengan nasi


Hubby suka makan dengan nasi berempah ni...

Puding Roti Buah Tangan Pertama

Assalammualaikum
Huh sakit kepala...release tension jap..apa lag upload gambor nilah..aku ni sebenarnya bab-bab bake-bake or pastry ni bukanlah minat utama..sebab kurang cerodik..aku lebih suka masak main course..sebab senang dan mengenyangkan..tapi bab bak kata kawan aku tak salah mencuba..kalau success alhamdulillah..kalau kurang jadi takpa..cuba lagi...tapi sib baik lah pertama kali buat menjadi...so inilah hidangan yang aku bawak untuk potluck aritu...aku buat jugak kuah kastad tapi tak sempat post..sebab aku buat early morning..nak snap kat opis pun tak sempat sebab dah kena belasah sampai licin....

Bahan-bahan ( Puding Roti )
10 keping roti putih ( gardenia )
3 sudu marjerin ( sapu pada roti sebelah je )
3 biji telor gred A ( besar )
700mlm susu segar full cream
150 gram gula perang ( aku ganti..asalnya gula pasir )
1 sudu teh esen vanila
1 tupperware taufufa buahan campuran ( kering )
1sudu butter untuk lengser pada loyang
( Resepi ni aku rujuk sikit kat myresepi..tapi lupa nama yg bag resepi ni maap ye..aku olah sikit ikut selera akulahkan )

Cara-cara :
1. Panaskan Oven 180C.....
2. Sapu roti dengan marjerin dan ketepikan sebentar...pastu masukkan telor 3 biji dalam bekas dan masukkan gula perang...pukul hingga sebati..
3. Kemudian masukkan susu dan esen vanila...kacau lagi sampai benar-benar mesra...
4. Ambil loyang dan lengserkan ngan butter pastu siat-siatkan roti tadi untuk buat lapisan pertama..bila dah tak bapa nampak loyang tadi pastu taburkan buah campuran dan lapiskan lagi dengan roti..susun lapis secara berselang antara roti dan buahan kering sampai habis 10 keping roti tadi...
5. Bila dah selesai...baru masukkan susu yang dah kita siapkan awal-awal tadi sehingga habis..biarkan kejap dalam 5 minit sampai roti tu basah dengan susu tadi...
6. Dah Siap...bakar dalam 30 minit dan dinasihatkan jangan kerap dibuka..supaya roti tu dibakar sempurna

Untuk kastad sos :
500 ml susu segar
3 biji kuning telur
2 sudu tepung jagung
1 sudu gula pasir
1/2 sudu teh esen vanila
( Sumber resepi AFC channel )

Cara-caranya :
1. Panaskan Susu hingga ia nampak agak berbuih...dan tutup api
2. Dalam mangkuk lain kacau telur kuning hingga sebati dan masukkan tepung jagung
3. Kemudian masukkan susu tadi dan kacau hingga mesra dan masukkan esen vanila
4. Jerang semula diatas api yang perlahan dan masukkan gula..kacau hingga sos kastad tu pekat...dan jangan sampai hangus...
5. Untuk mendapatkan sos yang cantik dan licin..tapiskan sejurus sos tu masak dan biar sementara sebelum dicurah atas puding roti 


Up close and personal

Mee Sup Simple Gilooooo...


Assalammualaikum
Lama aku tak hupdate n3 baru khannnnn..hu hu very-very sorry sebab internet aku kong macam hampeh..cam biskut chipsmore pun ada gak..so ini menu bila pun aku tak ingat..tapi dalam minggu lepas gaklah rasanya..tetiba nak makan mee sup..dah lama tak makan hidangan ringkas cenggini...sesekali try memang masyukkk oooo...

Bahan-bahan :
1 peket mee kuning - aku pakai cap murni , basuh dan toskan
3 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah kecil*
1/2 inchi halia *
( tumbuk lumat semuanya / blender pun boleh )
2 sudu lada sulah - tumbuk asing / pakai serbuk pun ok
1 ketul paha ayam - potong sederhana
2 keping tahu goreng - potong ikut suka
2 keping tahu span - potong ikut suka
garam secukup rasa
maggi cukup rasa ( sikit je )
Air secukupnya - terpulang nak buat banyak kuah atau tak
1 tangkai sawi hijau - potong ikut suka

untuk kuah kicap :
15 tangkai cili padi - goreng jap
3 ulas bawang putih- goreng jap
4 sudu besar kicap manis
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula
( pastu blend semuanya )

Cara-cara :
1. Panaskan minyak kemudian tumis semua bahan yang dah ditumbuk lumat tadi hingga wangi..kemudian masukkan ayam dan lada sulah...gaul rata dan biar agak garing...
2. Masukkan air dan perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa maggi....biar menggelegak dan masukkan tahu goreng dan tahu span tadi...pastu masukkan mee..biar sekejap..pastu masukkan sayur dan padam api...siap untuk dihidang..tabur sikit ngan bawang goreng ngan daun bawang pastu apa lagi belasahlah ngan kuah kicap mabeles tu...menangissss


1 kuali tuuuuu hu hu

Masterchef...Ezani aku dah boleh agak memang dia yang menang


Assalammualaikum

Walaupun semalam ditayangkan pertandingan akhir Masterchef..tapi aku rasa rata-rata kita dah boleh mengagak siapa yang akan menyandang gelaran itu...bukan tak yakin dengan wahidan..aku salute coz dia memang hebat bila dapat sampai ke final...cuma pada aku wahidan playsafe sangat dan dia selesa begitu..kalau nak dibandingkan dengan izani..banyak gabungan teknik masakan dan juga banyak mengabungkan elemen ketimuran mix western..satu pertaruhan yang berbaloi...but aku memang admire gila dengan pemanis mulut wahidan nampak elegant dan ramai yang puji kesedapannya...hu hu apa-apa pun tahniah for both of you..kalah menang adalah adat bertanding..yang penting adalah semangat dan keberanian berserta minat yang mendalam...sesiapa pun boleh memasak...

At last the name was reveal...

Assalammualaikum

Moga emosi kita semakin tenang...terjatuhnya tirai 2011 bersama-sama memori suka dan duka...untuk aku 50 - 50 but masih bersyukur dengan kurniaannya...we still got the salary..better than we got nothing..banyak jugak kezutan...demi kezutan yang aku terima...wether i'm in or not..its not the problem..aku takda masalah dengan itu..but when you know something its not going well...especially yang bersangkut paut dengan selection...it was unfair for me to know that i was eliminated..its hurt but aku cuba untuk menerima realiti itu...itu bukan petanda aku tak layak..just its not my time..dan bukan rezeki aku..percaya pada qadak dan qadar itu lebih baik...
 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in