Assalammualaikum
Seronok sungguh aku menghabiskan masa dikampung semasa cuti raya cina baru-baru ni..apa sahaja nak makan..tetiba je dah ada..hu hu bohonglah tu tetiba..sape lagi yang sediakan kalau bukan Bonda tersayang. Tq mak..yelah aku ni duduk jauh, jadi masakan mak lah yang paling aku nak rasa,masakkan sendiri dah selalu . Memang puas hati dapat makan lauk kebesaran orang Negeri Sembilan ni terutamanya Gemencheh..apa lagi kalau bukan Rendang maman..hu hu makan ngan nasi panas-panas tetiba je rasa sepinggan tak cukup..bagi merasai mood raya cina , aku buatkan mak udang goreng cereal..letak daun kari + cili padi..hu hu memang meletup..rasa pedas-pedas manis gitu..hmm memang nak repeat lagi sekali resepi ni bila adik-beradikku berkumpul nanti..hidangan yang sedap terasa kesedapannya jika dinikmati bersama orang tersayang...
0 ulasan:
Post a Comment