Karipap Sandwich


Assalamulaikum
Ha ha jangan pelik ye..bukan pokok je boleh kacuk..kuih pun boleh kacuk tau..ha ha ha sebenarnya aritu aku buat sandwich sardin dengan sandwich telur..tetiba roti habis inti banyak lagi..so apalagi aku hayunlah buat kulit karipap than aku isi salad , timun dan tomato dan intinya..aku kelim buat karipap..bila dah siap goreng..hmm not badlah boleh diterima tekak..so jadilah Karipap Sandwich...so pesan aku berkreativiti itu bukan pada kanvas sahaja..pada makanan pun boleh..selagi takda yang keracunan kira oklah tu..



Nasi Goreng Daging

Hmm daging lagi..selagi tak habis daging dalam peti ais aku senang cakap selagi tulah menu aku ni ada daging..sib baik takda darah tinggi kalau tak mesti naik melambung. Kelmarin Mee Goreng Daging , pastu nasi goreng daging palk..hu hu yang pastinya daging ni sesuai untuk apa jua hidangan...resepinya tak payahlah ek..sama je buat nasi goreng..cuma rencah tambahan je yang berbeza..ikut selera masing-masinglah kan nak ayam ke , daging ke ataupun seafood..digabungkan pula dengan sayuran..aku suka letak kacang botol dan kacang panjang sebab bila kunyah terasa keulamannya itu..


My First Cupcake - Chocolate Moist Cupcake


Assalammualaikum
Hu hu dont judge the book by its cover..dan semestinyalah aku nak cakap jangan menilai rupa cupcake aku ni dengan dekorasinya..tapi nilailah dari kesungguhan aku mencuba dan rasanya...tapi aku puas hati sebab geng-geng aku suka dengan cupcake ni..kata deme not badlah untuk amatur macam aku ni..guess what..ada yang nak tempah nanti..ha ha ha thanks guys for be a supportive friend to me...buat aku makin confident untuk cuba lebih baik..Resepinya..nanti dululah ye...letih arini..oh ya lupa nak cerita..cuppy cake ni untuk department aku sempena Hari Ibu Dan Hari Guru...Happy Mothers and Teachers day guys..




Rendang Ayam Cili Padi


Assalammualaikum

Dah lama tak merendang..rindu nak makan rendang ayam mak sebenarnya..tapi nak buat camana nak tunggu balik kampung lambat lagi..so masaklah sendiri menggunakan resepi bonda ku turun temurun..kalau time raya inilah rendang yang mak selalu buat..tak susah pun..sesiapa yang suka pedas memang kenal dah dengan menu ni..mesti tangkap nangis dan keluar peluh bila makan..

Bahan-bahan :
1 ekor ayam kampung - salai dan potong 13...basuh dan toskan
20 biji cili padi kampung *
5 ulas bawang putih*
3 biji bawang besar*
4 batang serai *
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
( bahan bertanda * perlu dikisar sederhanan halus )
2 batang serai - dititik
2 sudu besar cili kering kisar
4 sudu besar kerisik
Santan pekat dari 3 biji kelapa
1/2 inci gula melaka
garam secukup rasa
1/2 sudu teh Maggi cukup rasa
2 keping asam gelugur

Cara-cara :
1. Rebus ayam hingga empuk dan buangkan separuh dari air rebusan..yang selebihnya akan digunakan untuk memasak nanti..
2. Panaskan kuali..saya suka guna kuali kalau merendang...masukkan ayam dan masukkan sekali air lebihan tadi..masukkan terus bahan yang telah dikisar tadi , serai yang telah dititik dan cili kering kisar dan biarkan ia kering..sementara tu kacau2 selalu supaya tak melekat dipermukaann kuali
3. Bila ayam dan perencah telah mesra masukkan santan dan kacau...perasakan dengan garam, serbuk perasa..biarkan ia menggelegak dan kacau selalu supaya tidak hangus..
4. Kemudian masukkan asam keping dan gula melaka...biar rendang menggelegak dan agak kering sebentar...bila dah pekat dan keluar minyak..maknanya dah oklah..bolehlah diangkat...




Mee Goreng Daging


Woo dah petang rupanya..kat pejabat ni cuacanya mendung tapi tak hujan..cadang-cadangnya nak window shopping kat pasar malam..ntah sempat ntah tidak..takut tetiba hujan plak..kena buat plan B lah..masak je lah apa yang ada didalam peti ais ku itu...menu ni menu sarapan pagi semalam..kenyang sehingga aku masak untuk lunch dipetang hari hu hu..resepi biasa-biasa je..

Bahan-bahan :
1/2 kilo mee kuning - lalukan air dan toskan ( suka jenama Murni )
3 ulas bawang putih-tumbuk*
3 ulas bawang merah-tumbuk*
3 sudu besar cili kering kisar
Daging batang pinang - letak ikut suka nak banyak mana
1/2 sudu teh lada sulah
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu teh Kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk cukup rasa MAGGI

Eksesori :
Kobis Napa
Sawi Bok Choy
Taugeh Ipoh Mali..he he

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda* hingga garing..kemudian masukkan cili kering kisar dan goreng lagi hingga pecah minyak..kemudian masukkan daging dan perasakan dengan garam . serbuk perasa , kicap cair , kicap manis, lada sulah , sos tiram , sos cili dan tomato dan cuka masakan...
2. Masak hingga agak kering...kemudian masukkan kan mee kuning dan gaul rata bersama perencahnya..masukkan kobis napa dan sawi..gaul mesra...
3. Selepas 5 minit..masukkan taugeh dan gaul sekali lagi...tutp api dan angkat..sedia untuk dinikmati


Spicy Chicken Dumpling


Resepinya :

3 dada ayam - cincang lumat ( nak pakai isi ayam yang segera tu pun ok )
1 sudu minyak bijan
1 sudu kicap cair
1 sudu serbuk cili
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 inci halia
2 biji bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - cincang
1/2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu makan lada sulah
1/2 sudu teh garam
( gaulkan semuanya dan perap sebentar dalam 15 minit )

1 pek kulit dumpling segera

Cara-caranya :



Kitchen Gadget At Daiso Shop

Assalammualaikum
Pagi Isnin yang ceria...hendaknya..hmm hujung minggu kemarin memang tidak membosankan sebab hubby bawak g reround AEON aka Jusco Stesyen 18..makan-makan dan window shoping ahaks..but bila aku masuk satu kedai ni..aku hilang fokus..hu hu sebab banyak sangat Kitchen gadget from Japan kat sini..mana lagi kalau tak Daiso Shop..hu hu bila melangkah masuk je dalam kedai ni aku jadi ceria dan girang yang amat..sebab kat situ satu barang RM 5.00...i luv it..than aku dapat lah sambar bebrapa item yang aku berkenan...



Than bila je jumpa this tool..apalagi..bahan-bahan memang ada je kat ais box tu...maka terjadilah projek dumpling my style..

Simple Dinner Set


Assalammualaikum
Jumaat yang penuh barokah..penuh istiqamah..hmm malam tadi memang letih yang amat sangat sebab apa tak tahu..terlebih atau terkurang makan agaknya..ha ha ha so apa yang termampu aku sediakan untuk hubby tercinta Dinner set yang kat atas tu...almaklumlah barang dapur pun makin kehabisan..hujung minggu ni baru top up stock..Just a simple Kacang Goreng Pedas , Ikan Goreng and Sambal Belacan..i think we dont need the recepies..because all of you knew to cooked its...hu hu speking london berhabuk pepagi buta ni...till that chow dulu ye geng...





Red Velvet Cake @ Si Baldu Merah

Assalammualaikum
Selamat pagi..dah Khamis dah ek..esok Jumaat pastu cuti..seronok bila dapat bercuti..keje boleh bercuti but masak boleh cuti ke..hu hu..sendiri pikirlah ek..aku pun masak ikut mood gak kalau rajin..insyaallah adalah hidangan mantap-mantap..tapi kalau datang mood kureng rajin..alamatnya Sambal Telo hancur je lah..ok..kek yang atas ni aku buat malam tadi disebabkan barang-barangnya dah ada..so dari lama sangat terperap dalam peti ais tu eloklah aku selesaikan nya malam tadi..Resepi nya aku amik kat umah Kak Hana..TQ sis , Memang sedap kek ni..tak rugi mencubanya..korang abaikan jelah rupa kek aku yang kureng menarik tu ye..almaklumlah budak baru nak belajar..hancus aku kerjakan kek tu..tapi still boleh pandang lagilah hasil kerjatangan aku yang kejang ini..hu hu
Aku inkut semua step dan bahan yang digunakan untuk Kek..cuma aku tukar untuk Cream Cheese Frosting je..sebab banyak bahan yang aku takda untuk buat style Kak Hana punya..jadi plan B..try resepi yang aku ada bahan-bahannya...dibawah tu adalah Cream Cheese Frosting dari Buddy Valastro's The Cake Boss..

2 packages (8 ounces apiece) cream cheese , at room temperature
8 Tbsp. (1 stick) unsalted butter , at room temperature
2 1/2 cups confectioners' sugar , sifted
1 tsp. vanilla extract | Get the recipe!
Pinch of salt





Sambal Telur Hancur

Assalammualaikum
Dah petang rupanya..arini sibuk sikit sebab uruskan bengkel Amalan Pemakanan Sihat untuk student..jadi nak cerita banyak pun tak bapa larat..ini menu paling sempoi bila aku takda idea nak masak lauk apa..senang amat..main lempor-lempor je...hu hu dan kalau mak aku yang masak lagik best..lain sikit rasanya..maklumlah air tangan ibu tercinta..rindunya nak balik kampung lagi...

Bahan-bahan :
5 biji Telur Ayam - Basuh dan toskan
5 Sudu Besar Cili Kering -  Kisar
3 Ulas Bawang Putih - Tumbuk atau Kisar pun boleh
2 Biji Bawang Besar - Tumbuk atau Kisar
10 ekor Ikan Bili - Tumbuk Lumat atau Kisar
Garam secukup rasa
serbuk perasa* kalau nak letak..tak letak pun takpa tukar dengan sedikit  gula 
( aku pakai cukup Rasa MAGGI Je )
1 Keping Asam Keping / Gelugur
5 Sudu besar minyak untuk menumis

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang telar ditumbuk/kisar sehingga wangi..kemudian masukkan cili kering kisar dan tumis hingga garing
2. Perasakan dengann garam dan serbuk perasa kemudian masukkan asam keping..dan biar sebentar
3. Pecahkan telur satu persatu dan kacau rata supaya telur sebati dengan sambal...goreng ikut selera kita nak garing atau nak lembab-lembab sikit..saya suka sederhana..tak garing tak lembab...kalau nak garing goreng hingga terbit minyak..kalau nak yang lembab..sejurus lepas pecahkan telur..kacau rata tunggu dalam 5 minit terus tutup api...


Homemade Capati


Hmm selalu sangat makan nasi pun jemu jugak ..so aku trylah buat capati..tak banyak pun cukupn untuk aku sorang sebab hubby makan nasi..kebetulan ada kari itik , so apalagi takyah buat 2 3 kali kerja..kuah dah ada tinggal nak buat capati je..

Bahan-bahan :
1 cawan tepung Atta brand Allagapas ( siap dah instructionnya..saja aku nak ubah sikit je )
1 sudu besar butter - cairkan
Air secukupnya untuk menguli
1/2 sudu teh garam

Cara-caranya :
1. Masukkan tepung Atta kedalam bekas dan gaulkan bersama butter hingga sebati..perisakan dengan garam...
2. Masukkan air sedikit demi sedikit..pastikan doh tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras...sederhana je..bila doh tak lekat dibekas lagi maknanya dah oklah tu...bulat-bulat kan ikut besar mana yang kita mahu..dan biarkan dalam 30 minit dengan ditutup dengan kain lembap..saya guna cling wrapt je...
3. Selepas 30 minit bolehlah dicanai..taburkan tepung atta sedikit diatas pencanai supaya doh tadi tak melekat..canai hingga dapat bentuk bulat..tak bulat pun takpa..hu hu
4. Panaskan kuali dengan api sederhana...dan terus goreng doh yang telah dicanai tadi..tak perlu minyak kalau nak sihat..tapi kalau nak sedap letak sedikit minyak sapi..dan tekan-tekan sedikit dengan sudip untuk mendapatkan hasil gelembung yang cantik...bila sudah nampak perubahan warna itu maknanya capati tu dah ready...

Slice Cheese Cake


Aku ikut 100% resepi kak Suzi ni..tak ubah apa pun sebab aku nak pastikan rasanya yang tulin tu macamana..sedap sungguh..light je rasanya dan lembut..hubby memang suka..tq ye sis atas resepinya...

Sumber rujukan : Dapur Suzi
Ditry Oleh : http://qasehsufi.blogspot.com

Bahan-bahan 

  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

Cara-cara

  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Duck In Red Curry


Assalammualaikum
Hari Isnin yang sungguh sejuk..hujan yang lebat sehingga memalaskan aku untuk pergi koje..hu hu tapi sebab banyak sangat hal yang perlu dibereskan..kenalah bangun jugak..ini menu semalam..teringin nak makan curry plak so apalagi..selongkar ais box adalah daging itik sikit..mak bekalkan dari kampung aritu..thanks mak..curry ni memang pedas..sebab banyak sikit pakai cili kering..tapi mantap..berpeluh wei...

Bahan-bahan :
Itik seekor ( potong 13 )- bersih dan basuh dengan tepung untuk kurangkan bau itik tu..
Dihiris :
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang kecil
1/2 ini halia
Rempah penumis 
1 tangkai daun kari
2 batang serai *
1 inci halia *
2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
( semua bahan bertanda * perlu dikisar halus )
4 sudu besar rempah kari
5 sudu besar cili kering kisar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 gelas air biasa
sedikit garam
serbuk cukup rasa Maggi
1 sudu besar jus asam jawa
1/2 cawan susu cair

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan penumis ,daun kari beserta bahan-bahan yang telah dihiris..goreng hingga naik bau..
2. Masukkan bahan yang telah dikisar dan diikuti dengan cili kisar , lada hitam dan serbuk kari...tumis hingga garing..kemudian masukkan itik dan sedikit air supaya rempah tidah hangus...biarkan rempah dan itik tadi mesra...
3. Masukkan 2 gelas air...bergantung pada kita nak pekat atau cair...gaul hingga sebati..perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa..biar menggelegak sebentar..
4. Kemudian masukkan jus asam jawa...biar seketika..selepas itu masukkan susu cair tadi dan kacau perlahan supaya kuahnya cantik..kecilkan api dan biarkan sebentar...apabila kuah kelihatan pekat bolehlah dipadamkan api..




Ayam Masak Lemak Terung


Assalamualaikum
Hmm lambat aku update n3 minggu ni..biasalah mood tak bapa ada..jadi taklih nak buat apalah gamaknya..sebenornya menu ni adalah menu projek hari jumaat..memandangkan rehat yang lama jadi kami rakan-rakan seangkatan pun memulakan projek makan-makan..dan memikirkan peralatan yang agak terhad inilah menu yang paling senang..main campak-campak je..section masak lauk aku..yang masak nasi section lain..apa-apa pun makan panas-panas dan berjemaah berserta ikan masin goreng..memang mantap  , bertambah 2 3 kali pun tak perasaan..hu hu happy weekend u olls...Resepinya klik SINI


 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in