Hmm selalu sangat makan nasi pun jemu jugak ..so aku trylah buat capati..tak banyak pun cukupn untuk aku sorang sebab hubby makan nasi..kebetulan ada kari itik , so apalagi takyah buat 2 3 kali kerja..kuah dah ada tinggal nak buat capati je..
Bahan-bahan :
1 cawan tepung Atta brand Allagapas ( siap dah instructionnya..saja aku nak ubah sikit je )
1 sudu besar butter - cairkan
Air secukupnya untuk menguli
1/2 sudu teh garam
Cara-caranya :
1. Masukkan tepung Atta kedalam bekas dan gaulkan bersama butter hingga sebati..perisakan dengan garam...
2. Masukkan air sedikit demi sedikit..pastikan doh tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras...sederhana je..bila doh tak lekat dibekas lagi maknanya dah oklah tu...bulat-bulat kan ikut besar mana yang kita mahu..dan biarkan dalam 30 minit dengan ditutup dengan kain lembap..saya guna cling wrapt je...
3. Selepas 30 minit bolehlah dicanai..taburkan tepung atta sedikit diatas pencanai supaya doh tadi tak melekat..canai hingga dapat bentuk bulat..tak bulat pun takpa..hu hu
4. Panaskan kuali dengan api sederhana...dan terus goreng doh yang telah dicanai tadi..tak perlu minyak kalau nak sihat..tapi kalau nak sedap letak sedikit minyak sapi..dan tekan-tekan sedikit dengan sudip untuk mendapatkan hasil gelembung yang cantik...bila sudah nampak perubahan warna itu maknanya capati tu dah ready...
Assalam Dik Kerull...wah senang jer nak wat capati ni ya....nanti2 Akak pun nak beli tepung atta tu jugak...jarang makan capati ni jadi jakunis gak lah...!! Ayat fofular lately....!TQ for sharing the resepi ya!!
ReplyDeleteWaalaikumussalam Kak Watie..kita mula2 nak buat pun ingat macam susah je buat capati ni..tapi bila dah try..rasa macam mudah plak..hik hik..selamat mencuba..
ReplyDeleteNampak cantik kejadian capati tu... sedapnya cicah kuah kari! Mana nak cari memalam buta ni... he he heh
ReplyDeleteOh gitu buat capati? Ingatkan guna tepong gandum...kena cari la tepong atta tu.
ReplyDeleteKak Amie : Ha ha bolehlah buat makan sendiri kak..hik hik memalam buta mana lagik nak carik capati..kedai mamak lah...
ReplyDeleteKak Zana : Aah kak..kita pun dulu ingat buat capati pakai tepung biasa..rupa-rupanya..ada tepung khas untuk buat capati ni..dan yang bagusnya tak susah pun nak cari tepung atta tu..macam2 brand ada...pilih je