Mee Goreng Pedas



Assalammualaikum
Menu bila ntah ni..rasanya menu minggu lepas..anak tekak dah nak makan mee pulak , so apa lagi menggorenglah..resipi KLIK KAT SINI








Ayam Sambal Hijau Selasih



Assalammualaikum
Dh lama tak masak beriya2..jenguk dlm freezer ada stok ayam dan ada sebekas selasih beli kat tesco aritu..sebelum  daun selasih tu layu eloklah kalu dimasak bersama ayam..so jadilah ayam sambal hijau selasih..resepi ibunda ku..asal takda daun selasih ni..aku yg tambah ,alhamdulillah ok..mr habibi siap meratah

Bawang merah besar 3 biji
Bawang putih 5 ulas
Halia 1/ 2 inci
Cabai burung dlm 10 ulas..ikut pedas yg hang nk
( blender sumenya..sederhana halus )
1 sudu teh lada hitam tumbuk / serbuk
1 sudu teh kunyit serbuk
Garam
2 keping asam gelugur
Serbuk perasa sikit..kalau tak mo lih tukar dengan gula 1 sudu teh
1. Goreng ayam macam biasa sampai agak garing..angkat
2. Tumiskan semua bahan yg di blender tu +lada hitam +kunyit serbuk. . Tumiskan sampai garing..pastu bila nmpk mcm dah pekat..perasakan dengan garam dan serbuk perasa or gula..than asam keping dan masukkan ayam..gaul sebati..klau ada daun selasih lih masukkan sblum angkat..kalau takda takpa angkat terus..dah siapg..so ini resepinya

Zinc Complex Shaklee




Assalammualaikum

Banyak lagi fungsi zinc untuk tubuh badan kita antaranya :
  1. Mengaktifkan 200 jenis enzim - zinc berkebolehan menggabungkan DNA, RNA dan protein, seterusnya meransang regenasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam tubuh kita untuk memelihara metabolisme gigi dan pertumbuhan para remaja.
  2. Membentuk kolagen - membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.
  3. Memperbaiki diabetes : Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin seterusnya memperbaiki diabetes.
  4. Bintik Putih di Kuku : Bintik putih di kuku adalah tanda defisiensi zinc, yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau daya penglihatan.
  5. Mempertingkatkan Sistem Imun : Membantu pengeluaran kalenjar thymus. Kalenjar thymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.
  6. Mempercepatkan Pemulihan Luka : Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergy dan bintik di kulit. 
  7. Memperbaiki masalah prostat : Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuhkan benignprostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%
  8. kemampuan seks lelaki   : pengambilan zinc untuk jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc yang cukup penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.
  9. Ovulasi Wanita : Wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu penguncupan uterus, mengembalikan daya ketahanan. Tu sebab dalam set bersalin ada Zinc complex.. untuk cepat baik luka luar dan dalam, juga utk kecutkan rahim. 
  10. Memperbaiki radang kulit : Kajian menunjukkan pengambilan zinc yang cukup, dapat memperbaiki radang kulit seperti jerawat.
Untuk maklumat lanjut tentang produk bolehlah PM saya di FB dengan mengklik ikon di bahagian hubungi saya..untuk dihubungi dengan kadar segera Wassup 0174487478..khidmat nasihat akan diberikan secara percuma..



    Makan-makan dihari cuti

    Assalammulaikum
    Hu hu hari cuti memang hari aku memasak..almaklumlah hari kerja amat meletihkan so jdnya bila time cutilah teragak nak makan macam-macam..siap buat stok karipap frozen lagi..so layan jelah gambar-gambar ni ye..resepi takyahlah sebab menu biasa2 je ni..



    Mee Hailm


     Sambal Sotong kering dan petai + telur dadar



     Sambal Telur Rebus + ayam goreng kfc + sawi tumis


     Muffin Jagung



    Karipap Frozen



    Udang Butter Cereal


    ok since aku dah buat resepi ni..dan aku amat puas hati dengan hasil kejadian dan rasanya..aku nak sharelah dengan korang rahsia kesedapannya..
    +++++++
    +++++
    ++++
    ++
    +
    ( gambar ehsan EN google )

    Bahan-bahan :

    1 / 2 Kilo Udang Saiz Besar L ( aku tak jumpa jadi aku pakai udang saiz M )
    1 sudu besar serbuk kunyit
    3 sudu besar butter/margerin ( aku guna margerin planta je )
    1 sudu teh garam
    4 tangkai daun kari
    7 tangkai cili padi - hiris
    1 bungkus butter cereal seosoning powder jenama DELI Chef dari COSWAY

    Cara-cara :
    1. Bersihkan udang..buang misai je..lumurkan dengan kunyit dan garam..
    2. Goreng hingga garing..angkat dan toskan
    3. Di kuali yang lain panaskan margerin dan goreng daun kari serta cili padi hingga garing
    4. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaul rata
    5. Matikan api dan terus masukkan 1 bungkus butter cereal seosoning powder tadi dan gaul sehingga sebati dengan udang..sedia untuk dinikmati..



    Raya Gong Xi di Kampung Halaman





    Assalammualaikum
    Seronok sungguh aku menghabiskan masa dikampung semasa cuti raya cina baru-baru ni..apa sahaja nak makan..tetiba je dah ada..hu hu bohonglah tu tetiba..sape lagi yang sediakan kalau bukan Bonda tersayang. Tq mak..yelah aku ni duduk jauh, jadi masakan mak lah yang paling aku nak rasa,masakkan sendiri dah selalu . Memang puas hati dapat makan lauk kebesaran orang Negeri Sembilan ni terutamanya Gemencheh..apa lagi kalau bukan Rendang maman..hu hu makan ngan nasi panas-panas tetiba je rasa sepinggan tak cukup..bagi merasai mood raya cina , aku buatkan mak udang goreng cereal..letak daun kari + cili padi..hu hu memang meletup..rasa pedas-pedas manis gitu..hmm memang nak repeat lagi sekali resepi ni bila adik-beradikku berkumpul nanti..hidangan yang sedap terasa kesedapannya jika dinikmati bersama orang tersayang...







     
    Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in