Mee Goreng Daging


Woo dah petang rupanya..kat pejabat ni cuacanya mendung tapi tak hujan..cadang-cadangnya nak window shopping kat pasar malam..ntah sempat ntah tidak..takut tetiba hujan plak..kena buat plan B lah..masak je lah apa yang ada didalam peti ais ku itu...menu ni menu sarapan pagi semalam..kenyang sehingga aku masak untuk lunch dipetang hari hu hu..resepi biasa-biasa je..

Bahan-bahan :
1/2 kilo mee kuning - lalukan air dan toskan ( suka jenama Murni )
3 ulas bawang putih-tumbuk*
3 ulas bawang merah-tumbuk*
3 sudu besar cili kering kisar
Daging batang pinang - letak ikut suka nak banyak mana
1/2 sudu teh lada sulah
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu teh Kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk cukup rasa MAGGI

Eksesori :
Kobis Napa
Sawi Bok Choy
Taugeh Ipoh Mali..he he

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda* hingga garing..kemudian masukkan cili kering kisar dan goreng lagi hingga pecah minyak..kemudian masukkan daging dan perasakan dengan garam . serbuk perasa , kicap cair , kicap manis, lada sulah , sos tiram , sos cili dan tomato dan cuka masakan...
2. Masak hingga agak kering...kemudian masukkan kan mee kuning dan gaul rata bersama perencahnya..masukkan kobis napa dan sawi..gaul mesra...
3. Selepas 5 minit..masukkan taugeh dan gaul sekali lagi...tutp api dan angkat..sedia untuk dinikmati


4 ulasan:

  1. Ni kalau hubby nampak, memang 2 pinggan dia tambah, suka sgt dgn mee dan daging....akak pun tolan air lior ni..hehe

    ReplyDelete
  2. Salam Kak zana...memang peberet kita dengan hubby goreng mee dengan daging..manisnya lain berbanding guna ayam..sedap lagi guna daging..kalau dekat boleh je kita hulurkan sepiring...hi hi hi

    ReplyDelete
  3. Assalam kerull,
    waduh mewah dgn daging..ini kalau hubby akak & anak bujang yang sulung tengok pasti 1kg mee habis untuk 2 orang tu aje..heheh nampak sedap sangat..

    ReplyDelete
  4. Wsalam Kak Ayu..samalah ngan hubby kita..suka sangat suh goreng mee letak daging..kita pun suka gak..he he..alah kak ayu..lepas untuk family makan bolehlah...

    ReplyDelete

 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in