Kuala Lumpur..ternyata aku tak betah disini

 ( Ihsan Mr Google )

Assalammualaikum
Hari ke 3 aku di Kuala Lumpur...rakan sebilik sibuk mengajak ke UpTown...Bazar Malam Danau Kota...katanya macam-macam ada disana..agak teruja aku melihat mereka..cuma aku kurang minat kerana aku sudah dapat membayangkan betapa padatnya kawasan itu dengan manusia....tapi aku gagahkan juga melewati destinasi itu demi menemani mereka...setiba disana apa yang aku jangka...memang crowded yang teramat dengan pelbagai jenis orang dan semestinya banyak ragam...kalau lihat dari segi pemakaian..memang up to date dan ranggi..kalah mat salleh dan minah salleh rasanya...mereka lagi berani dan ranggi...aku tak selesa ( mungkin aku bukan terdidik dengan budaya itu )...budaya tidak tidur walaupun masa menjangkau hampir 1 pagi seakan sudah biasa bagi penghuni kota metropolitan ini...sosial yang terbentuk disini sememangnya melawan norma-norma seorang muslim dan negara yang penuh adab ketimuran...( ini juga aku lihat dengan penuh keloyaan )...hmm lalu aku mengambil keputusan untuk pulang setelah hampir 1 jam disitu...ternyata aku tak betah disini...ternyata aku lemas....ternyata aku tenggelam dan sebelum aku karam elok rasanya kutinggal daerah bising itu..kerana aku hanyalah insan yang sederhana..kemodenan yang keterlaluan ini tidak sesuai buat aku....

4 ulasan:

  1. Azzey : manusia..bila nama bandaraya je semua nak tukar status..sopping brand2 je..pakai mesti ikut trend..hu hu aku ni org kampung..memang lemas duk kl ni..

    ReplyDelete
  2. dulu Kuala Lumpur hanya kawasan lombong bijih, dan kebun getah, ayah Kak Amie lahir di Kampung Baru, Kuala Lumpur.... syukurlah kami lahir di desa, suasana & didikan desa tapi tetap juga belajar di kota, apa pun dapat seimbangkan cara hidup dengan sikap sederhana, kita berhak memilih cara hidup yang kita inginkan....

    ReplyDelete
  3. Akak pun tak suka sgt tinggal di KL, setakat nak shopping ok la....bosan dgn suasana yg sesak.

    ReplyDelete

 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in