Sup Tulang Power
Sambal Ikan Bilis Kering
Assalammualaikum
Sukses jugak aku nak buat sup tulang ni...nak buat sama macam rasa kat kedai makan yang aku dok lepak ..alhamdulillah menjadi hasil pemerhatian dan pengecaman bahan-bahan selama aku melantak sup tulang tu...hubby pun kata sedap sehingga menghirup-hirup dalam kepedasan....makan dengan nasi putih panas-panas ditambah dengan sambal goreng kering serta sambal kicap...dan tambah telur dadar..iftar semalam memang puas hati..burp kenyang dan gagah untuk menunaikan ibadah yang diamanahkan...aminnnn
Sup Tulang Power
1/2 kg tulang lembu - basuh dan toskan
5 ulas bawang putih - 2 biji racik 3 biji ( blender )
3 biji bawang besar - 1 biji racik 2 biji ( blender )
1 inci halia muda - separuh racik dan lebihnya ( blender )
1/2 inci lengkuas - blender dgn bahan-bahan yang lain
5 ulas cili padi - ketuk-ketuk sikit
1 bungkus sup bunjut sup tulang ADABI
Rempah penumis - kulit kayu manis , bunga cengkih , buah pelaga dan bunga lawang
3 sudu minyak - untuk menumis
Garam secukup rasa
Serbuk cukup rasa Maggi
Air ikutlah bapa banyak nak kuantiti sup tu ( aku letak hingga tenggelam tulang tu.. )
Eksesori tambahan :
1 Batang Seleri
1 Batang Carrot
1 tangkai daun bawang dan daun sup ( tabur lepas siap masak )
Bawang goreng ( buatan sendiri )
Cara Penyediaan :
1. Rebus tulang hingga empuk dan toskan air nya....
2. Panaskan minyak dalam periuk , tumiskan rempah penumis dan bahan yang telah diracik tadi hingga kekuningan..kemudian masukkan sup bunjut Tulang ADABI dan bahan yang telah diblender tadi dan juga cili padi yang diketuk-ketuk...biarkan sebentar supaya garing...
3. Masukkan daging dan saleri juga carrot dan gaul rata...lepas tu masukkan air sampai tulang tu tenggelam...perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa Maggi...masak hingga tulang empuk dan jika perlu ditambah airnya bolehlah tambah supaya sup tak terlalu pekat..
4. Bila sup dah ok...bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan taburan bawang goreng dan daun sup dan daun bawang yang telah disediakan tadi..makan panas2 memang syokkkk
0 ulasan:
Post a Comment