Chocolate Moist Cake with decoration


wakaka..ok ke aku deco ni..ini first time aku guna xtra decoration..bukan buat sendirilah bunga-bunga and daun tu..aku beli yang dah siap je than aku deco buat ikut suka suki aku yang kerastangan ni...khas untuk farewell party student tengahari ni...harap dorang suka...


Tadaaa..sila jgn gelak..kami budak baru menDECO..wakaka

Karipap Sardin aka karipap tanduk


Assalammualaikum...selamat pagi...hmm hari ni n3 review projek malam tadi..karipap sardin request by officemate , berpeluh aku menguli sekilo tepung..tapi puas hati sbb dapat jamu dorang...


Karipap Tanduk ku...wakaka

Bahan-bahan : DOH
1kg Tepung gandum
4 sudu besar margerin
1 cawan minyak panas ( panaskan kerana ia akan menjadikan kulit karipap kita garing sampai ke petang)
1 sudu garam
air biasa ( untuk menguli )

INTI Sardin
2 tin sardin ( ayam brand , tak payah buang kuahnya dan hancurkan )
4 biji limau kasturi
1 biji bawang besar -dadu
3 ulas bawang putih - dadu
3 tangkai cili padi - hiris
2 helai daun bay
2 sudu serbuk paprika
2 sudu serbuk lada hitam
1 sudu teh garam
1 sudu teh maggi cukup rasa
1 sudu teh gula

Cara-caranya :

Untuk Doh :
1. Masukkan tepung dalam bekas dan gaul rata dengan margerin ( aku ramas pakai tangan je supaya ia rata )..panaskan minyak lepastu masukkan ke dalam tepung...biar sejuk sebentar dan baru gaul semula..
2. Lepas dah gaul rata masukkan garam kedalam air dan kacau hingga sebati , masukkan air kedalam tepung tadi sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga ia menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dibekas dan dijari..biar sebentar...
3. Ambil doh dan potong ikut saiz yang kita mahu..canai dan masukkan inti....

Untuk Inti :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah , bawang putih dan cili padi hingga layu...kemudian masukkan serbuk paprika , lada hitam dan daun bay....biarkan ia garing sedikit..
2. Masukkan sardin , jus limau kasturi , garam  , gula dan maggi cukup rasa...gaul rata dan biarkan ia kering dengan mengecilkan api...bila ia sudah agak pekat..barulah padamkan api dan sejukkan sebentar sebelum di isi kedalam doh... 


Tuna Canape


Assalammualaikum..wah sudah petang hari rupanya..malas nak celoteh  hu hu so layan dulu menu untuk hidangan cocktail...sekali ngap je...hu hu

Bahan-bahan :

1 tin tuna in spicy oil ( ayam brand )
1 biji bawang merah ( dadu )
2 biji cili merah ( buang biji dan potong dadu )
2 tangkai cili padi ( hiris )
sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah
Garam sesedap rasa
1 sudu besar perahan jus limau nipis
3 sudu besar mayonis
1 peket biskut masin ( tak kisah yang bulat or empat segi..semua boleh , tapi elok yang comel2 lah ye )

Cara-caranya :

Ambil bekas dan gaulkan semua bahan diatas...mula-mula masukkan tuna dan hancurkan , masukkan bawang , cili merah , cili padi lada hitam , lada sulah , garam , mayonis dan jus limau nipis...gaul semuanya..dan bila dah sebati..baru sapukan kepada biskut...dan baru dingap....



Nasi Goreng Sardin Nangis Punya


Sedapnya dapat makan nasi goreng pedas-pedas ni...tapi ini bukan menu lunch..ini menu dinner malam tadi..ada sardin..than ada plak cili padi...pergh memang terangkat wei...sotong tu xtra je sbb hubby suka sotong..so aku buatkan dia sotong bakar kunyit je...taruk kicap manis skit , perah asam limau dan bawang besar mentah..buat ulam...resepi ni biasa je..kalau nak tengok boleh ke lables NASI...sama je..


Milky Oat With Mix Fruit


Assalammualaikum...
Selamat pagi..dah breakfast belum tu...kot ya pun bz mengemas rumah or buat keje di opis..sarapan jangan abaikan tau...sebab nak memulakan hari kita adalah melalui sarapan....wah berceramah cik bedah pagi ni...sesekali tazkirah apa salahnya kan...hik hik
Oklah..menu kat atas tu boleh dibahagikan kepada 2 kategori..pertama sesuai untuk dijadikan sarapan dan yang kedua buat pemanis mulut pun ok jugak...resepi dari Chef Sabri jugak ni...so jom tengok bahan-bahannya dan camana nak godek-godek...sebelum tu mari baca info tentang oat ni dulu...

OAT
Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung.
Ia bermula pada tahun 1854 apabila ‘Raja Oatmeal’ Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik.
Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.
Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung.
Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat!
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar berkesan untuk menurun dan memperbaiki tahap kolesterol.

So ini resepinya :

3 sudu quaker oat
1 cawan susu segar full cream / low fat ( pilih yang mana suka )
2 sudu madu
1 cawan buahan campuran ( orange , epal hijau & beri )
3 sudu yogurt perasa original / berperisa ( ikut suka )
1 sudu teh perahan jus lemon

Cara-caranya :
1. Rendam quaker oat bersama susu sehingga kembang...
2. Kemudian masukkan yogurt , madu , buahan campuran dan jus lemon...kacau hingga sebati..
3. Masukkan kedalam peti sejuk dan biar ia sejuk...kemudian bolehlah dinikmati sebagai sarapan ataupun pemanis mulut....


Udang Goreng Herba Mentega


Ok yang ini resepi kedua dari siri demo aritu....aku rasa ini resepi yang simple dan bahan-bahannya mudah didapati di semua kedai runcit...kecuali bengkel kereta dan kedai basikal ( toksah cari kat situ..memang takda)



Resipi                    : UDANG GORENG HERBA MENTEGA
Pemyediaan           : 4 orang
Masa penyediaan   : 20 minit
Bahan:
800g                        Udang segar- di bersih
1 sm                        Bawang Putih – di Cincang
2 sm                        Bawang Merah – di cincang
1sk                          Serbuk kunyit
10                           Cili padi – di titik
8 helai                     Daun kari
2 sk                        Lada hitam – di kisar ( Crust)
½ cawan                 Susu sejat penuh krim
100g                       Mentega
2 sm                       Air Limau nipis
                              Garam dan gula secukup  rasa

Hiasan : Cili merah di hiris dan daun ketumbar

Cara:
  1. Panaskan mentega, masukan bawang putih, bawang merah , kacau hingga naik bau.
  2. Masukan serbuk kunyit, udang dan kacau selama 4 minit dan masukan cili padi, lada hitam , kacau hingga rata.
  3. Masukan Susu, cili padi dan kacau hingga sos menjadi pekat.
  4. Akhir sekali masukan air limau nipis, garam dan gula secukuprasa.
  5. Siap untuk di hidang, hias dengan cili merah dan daun ketumbar.




Chocolate Moist Cake


Aku sebenarnya tak berapa reti buat kek, so aku beli tepung yang segera just tukar mana yang aku rasa ada dalam peti ais..dan hasilnya memang moist...sbb member aku kata dia ikut sebiji resepi kat pek tu tapi kurang lembap..rahsianya..aku tukar dari susu cair ke susu segar...itu je...

Bahan-bahan :

1 pek tepung kek segera
1 biji telur
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak jagung
3/4 cawan susu segar

Cara-caranya :
1. Masukkan kedalam bekas , telur , minyak jagung , air dan susu segar...pukul rata dalam 5 minit
2. Selepas itu masukkan sedikit demi sedikit tepung kek segera kedalam bekas tadi dan gaul hingga rata dan pekat..
3. Sapukan bekas pembakar dengan margerin dan alaskan dengan kertas surih.
4. Bakar selama lebih kurang 45 minit dengan suhu 180c..
5. kalau suka boleh bubuh topping...




Ayam Goreng Lada Hitam


Assalammualaikum...selamat pagi semua..ok ini aku review salah satu resepi dari Chef Sabri yang telah didemonstrasikan kepada kami..so kalau berkenan bolehlah try...

RESIPI   : AYAM GORENG LADA HITAM
PENYEDIAAN : 8 ORANG
MASA PENYEDIAAN : 20 MINIT

Bahan:
800 gm                  Daging Ayam – di hiris
 30 gm                   Bawang putih – di cincang
100 gm                  Bawang Besar – di potong dadu
10 biji                    Cili kering – di hiris kasar
100 gm                  Lada Bengala – Merah
100gm                   Lada Bengala – Hijau
4 sdm                    Sos Tiram
8 sdm                    Kicap Cair
4 sdm                    Lada Hitam – di kisar
100ml                    Minyak Masak
                                Garam dan gula secukup rasa

Cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih , halia hingga naik bau.
  2. Masukan lada hitam , ayam, sos tiram. Kicap cair, dan kacau hingga rata.
  3. Masukan lada bengala, garam , gula dan kacau secukup rasa.

Masterchef Sabri @ Seri Iskandar Part 1


Assalammualaikum...
Dah petang baru lepas nak update blog..pagi tadi aku terlalu sibuk kerana kedatangan seorang yang dinanti-nanti...siapa lagi kalau bukan Chef Sabri yang terkenal dengan rancangan Spice Route di TV3..memang seronok sangat sebab beliau adalah seorang Chef yang humble dan sporting...takpa..banyak lagi nak citer nanti...baru part 1...so kalau lagi nak kenal...KLIK SINI


Tq Chef ...tak sia-sia jadi penganjur..dapat bergambar dengan chef

Idaman Kalbu

Petang dah rupanya...
Kesibukkan yang melampaui batas menjadikan aku leka...ahaks..ayat propa..
Sebenarnya dalam duk sibuk , aku masih jenguk gak blog kengkawan..dan aku paling suka pergi ke blog yang satu ini...aku suka tengok gaya dia mengolah makanan yang diabadikan dalam bentuk still photo..memang ada skill..satu hari aku pun bercita-cita nak hasilkan gambar yang bagus dan terbaikk macam dia..ini bukan omongan kosong..dalam diam aku menyimpan impian yang satu hari aku akan mampu memiliki gajet yang menjadi idaman kalbu ni..aku tahu harganya mahal..tapi berbaloi dengan hasilnya...dan untuk menghasilkan gambar secantik blog yang INI...aku mesti ada gajet yang dibawah itu....




Nasi Goreng Cili Padi


Menu malam tadi...malas nak masak yang susah-susah..jadi gedegung gedegang masak nasi goreng adalah yang paling sonang...nasi goreng cili padi xtra pedas...hubby makan samapai menangis...ahaks..pedas tapi mabeles katanya...lih buat lagi ye yang....ahaks..boleh je bang...

Bahan-bahan :
2 pot beras - masak dan biarkan sejuk ( leraikan )
2 sudu minyak masak
Perencah :
daging - hiris sederhana nipis
3 ulas bawang kecik - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
7 tangkai cili padi - tumbuk
garam secukup rasa Maggi
1 sudu sos tiram
1/2 sudu teh serbuk secukup rasa
1 biji telur
Kacang botol - hiris serong ( sederhana tebal )

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi hingga garing..pastu masukkan hirisan daging daging dan masukkan air dalam 1/2 cawan untuk lembutkan daging...goreng hingga agak kering
2. Perasakan dengan sos tiram , garam dan serbuk secukup rasa Maggi...masukkan nasi dan gaul rata...masak hingga agak kering..
3. Buat lubang di bahagian tengah nasi tadi..pecahkan telur dan tutup telur tadi dengan nasi dan biarkan sebentar...selepas itu kacau rata dari bawah sehingga nasi tadi sebati dengan telur..masukkan kacang botol dan gaul sebentar...padamkan api..dah siap untuk dinikmati..

Journey To Pangkor


Assalammualaikum...
Letih sungguh rasanya ke Pangkor semalam , tapi dah tugas nak kata lagu manakan..but aku enjoy sebab perjalanan semalam penuh ketenangan..tak caya cuba tengok gambar muara sungai tu...kami singgah minum pagi di Kampung Setiawan sebelum ke Pulau Pangkor...sarapan ditepi sungai..nikmatnya..


Makan pula nasi lemak kampung style ni...lagilah mebeles..nasi lemak sambal ikan uji rashid...ha ha ha speselkan....aku makan dengan tenang sampai tak sedar makan 2 bungkus ha ha ha...betul-betul tak sedar diri....


Beli tiket feri dan apalagi...selamatlah sampai di Pangkor.....dan mulalah tugasan aku untuk memastikan hari keluarga institut kami berjalan dengan lancarnya...insyaallah..


Selesai urusan di Pangkor...kami singgah makan di tesco manjung...Nasi Ayam Penyek Style Foodcourt..ha ha ha lapar punya pasal sepinggan aku boleh habis....than balik opis buat keje sikit...selesai...

Nugget Ayam dan Maggi Goreng


Assalammualaikum....
Wah dah hari rabu rupanya...esok khamis dan gaji...wohooo syoknya...sapa tak syok gaji wei ceciter..tiap-tiap bulan gaji dan tiap-tiap bulanlah aku seronok bila sampai time tu.....

So malam tadi tak dinner berat-berat..just makan nugget ayam ( boleh tengok kat lable snack ) dan maggi goreng untuk hubby...pagi ni nak pg ke pulau pangkor untuk survey tempat nak buat hari keluarga..so taklih story panjang-panjang...layan dulu ye gambornya....bubbye


TERIMA KASIH AYAH.....


Hari Bapa bukan hanya mengikut hari tertentu..selamanya ingatan itu sentiasa dihati , tarikh itu bukannya apa , yang penting kenangan dan ingatan yang tersemat dihati. 34 tahun aku mengharungi kehidupan ini , tidak sedetikpun aku melupai kasih sayangnya dan jasanya membesarkan kami 8 beradik. Setelah mempunyai keluarga sendiri kini aku faham betapa berat tanggungjawab yang ayah pikul bersama emak untuk memastikan kami berjaya. Ayah memang bapa yang amat penyayang dan seorang yang kelakar..setiap gurauannya menjadikan kami sekeluarga ketawa bahagia. Biarpun hanya seorang Pekerja Am di JKR namun dia cekal dan gigih berkerja demi kami adik beradik Masih aku teringat semasa aku disekolah berasrama di Seremban , Ayah sanggup datang menjengukku menaiki bas , sambil membawa kek hari lahir dan sambal goreng masakan mak..kata ayah " Selamat hari lahir kaklong ,belajar rajin-rajin ye " berlinang ku lihat air matanya. Oh ayah sesungguhnya aku amat merindui detik itu...Terima kasih ayah , walaupun ayah semakin uzur sekarang namun ketabahannya bertahan dari penyakit kencing manisnya membuatkan kami tabah dan kuat mengharunginya bersama-sama...Terima kasih sekali lagi ayah , kerana menjadikan Along insan yang gigih dan berjaya....buatmu Ayahanda Tercinta ABDUL HALIM BIN RAMLI...Along dan adik-adik sayaaaanggggg Ayah...


Moi Rempah Sup


Assalammualaikum...
Hari Isnin ni memang kalau datang keje diiringi dengan pelbagai mood..mood aku pagi ni cerah sebenarnya..tetapi bila masuk office dapat satu memo tentang " aircond tak off dan mesin photostat tak off jugak " ha apalagi off la mood aku yang on pagi tadi..but benda tu dah settle...better like that..sebab aku tak bapa suka kalau ada teguran yang tak best macamtu...nampak sangat kita ni careless..hu hu aku tak suka dianggap begitu..so kena berubah...
So , yang kat atas tu menu lunch and dinner..sebab hubby kerja semalam..aku tinggal sorang kat rumah..jadinya kemalasan melanda , paling senang buat moi @ bubur..terjunkan semua dalam rice cooker than biar menggelegak...

Bahan-bahan :
1 Cawan beras Jasmin ( basuh dan toskan )
2 sudu minyak jagung
1 biji bawang merah - hiris
2 biji bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
1 peket rempah penumis
1/2 peket rempah sup ADABI
1 helai daun pandan - ikat
air secukupnya ( ikut nak kembang macamana moi tu , nak pekat / cair )
segenggam udang kering - tumbuk
1/2 sudu teh garam

Cara-caranya :
1. Panaskan rice cooker...masukkan minyak jagung..biarkan panas sikit lepastu baru tumis rempah penumis , bawang merah , bawang putih , halia , udang kering , rempah sup dan daun pandan...tumis hingga naik bau..
2. Masukkan beras dan kacau sebentar , kemudian masukkan air yang secukupnya , perasakan dengan garam dan biar hingga ia menggelegak....dan kacau sekali - sekala supaya dibawahnya supaya tak hangus...
3. Biarkan sampai kembang..bila dah puas hati tgk tekstur bubur tu boleh lah tukar mood rice cooker tu kepada warm..dan sedia dinikmati dengan apa juga lauk yang anda suka..aku tabur dengan bawang goreng dan ikan bilis je...layannnn

Nasi Berempah Ayam Panggang Morocco


Assalammualaikum..
Dah hari Jumaat ye...cepat betul masa berlalu..Jun pun dah nak berakhir..Ramadhan kian hampir..kenapalah aku syahdu-syahdu dipagi buta ini...biasalah menginsafi diri kenalah pagi-pagi takan tunggu tengahari kot..muahahaha..
So , yang kat atas tu adalah menu makan malam kami..boleh caya ke seekor ayam panggang tu kami makan berdua...percayalah..sebabnya saiz ayam tu adalah saiz yang paling kecik..bukan yang besor tu..yang kecil macam ni yang sedap buat panggang sebab lembut dan juicy..dah lama sebenarnya nak makan menu ala-ala morocco ni..seronok gila bila dapat mengadap ayam panggang macam tu..baru feel makan dgn nasi rempah..ops sebenarnya aku pakai rempah beriyani tapi aku otter sikit supaya sesuai untuk dinikmati bersama ayam ni...kenapa aku tak panggil beriyani..sbb aku tak buat lauk yang set dengan nasi ni...dan lagi satu ikut suka sukilah nak letak nama apa pun kan...ha ha ha janji kena ngan selera tuan punya ayam...kih kih...

Bahan Nasi Berempah :
2 pot beras basmathi ( basuh dan toskan )
3 sudu minyak sapi untuk menumis
3 cawan 1/2 air
1 peket rempah penumis
1 biji bawang merah - dadu
1 biji bawang putih - dadu
1 cawan susu cair
2 helai daun pandan
1 peket rempah beriyani segera MAGGI

Cara-caranya :
1. Panaskan rice cooker...masukkan minyak sapi dan tumiskan rempah penumis , bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan....
2. Masukkan rempah beriyani segera MAGGI dan gaul rata...dan terus masukkan susu cair dan 3 cawan 1/2 ..dan terus masukkan beras berserta daun pandan...kacau sekali lagi dan tutup dengan penutup sehingga nasi masak...
3. Apabila nasi masak...kacau pakai garfu supaya nasi masak sekata...biarkan sebentar..dan biarkan mood rice cooker dalam keadaan warm...

Oh ya...untuk resepi ayam ni aku tengok kat AFC Channel dan aku olah sikit dengan bahan-bahan yang ada kat dapur...

Bahan Perap Ayam Panggang Morocco :
3 biji bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
3 sudu paprika
2 sudu madu
2 sudu blackpaper
1/2 sudu teh garam
3 sudu minyak zaitun
2 sudu butter
1 biji limau nipis - amik jusnya
1 sudu kicap pekat
1 sudu minyak bijan
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
2 sudu herba campuran ( oregano , rosemary dan bayleaf )
( Gaul semua bahan diatas dan lumurkan pada ayam , perapkan semalaman , mula-mula bakar pada suhu 180C selama 30 minit...kemudian naikkan suhu pada 220C dan bakar lagi dalam 30 minit...selalulah basahkan ayam dengan jus yang keluar supaya ayam tidak terlalu kering...semasa naikkan suhu pada kali kedua bolehlah dimasukkan sekali bawang dan carrot..tujuannya supaya sayur tak terlalu layu...  )


Ayam Panggang Morroco

Roti Jala Terhangit di Pasaran


Assalammualaikum
Salam Petang hari...wah dah petang ye baru cik bedah dapat update n3 baru..kalau tak tu..duk tang tu ja lah..hu hu..cuaca petang ni memang panas..tapi belum tentu sampai ke petang..
So menu kat atas tu bukan menu harini..itu menu dinner malam tadi...ada ke orang dinner roti jala..tapi kalau aku..semua aku belasah..janji konyang cik bedah..cicah plak dengan kari ayam..memang layan. Aku buat style roti jala Cik Bib aka Ibundaku yang tercinta...senang sangat-sangat..lelap mata boleh buat...( ko try buat sambil lelap mata )..hancuslah jawabnya...kah kah kah

Bahan-bahan :
4 cawan tepung gandum
kunyit ( ikut suka nak pekat ke tak )
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
5 cawan air ( kalau pekat sgt tepung tu boleh tambah lagi air tu )

Cara-cara :
1. Letak semua bahan yang diatas dalam satu bekas pastu gaul rata...kalau kurang cair tambah lagi airnya..
2. Lepastu masukkan dalam mangkuk blend dan blender sampai tepung tu tak ketul - ketul lagi...blend sampai habis...than masukkan dalam satu bekas , kacau lagi supaya mesra..kalau pekat lagi tambah lagi air...agak-agak bancuhan dah agak sederhana pekat biar seketika...
3. Pastu bolehlah tebar cara mana yang sesuai...aku pakai botol mayonis yang 4 lubang...memang senang

Makan roti jala mesti mabeles cicah kari..buat pedas-pedas..baru menangis..ini kari pun resepi my bonda..

Bahan-bahan :
1/2 kilo daging ayam - potong ikut suka ( aku potong kecik-kecik )
1 tangkai daun kari
1 peket rempah penumis
4 ulas bawang merah - blender
3 ulas bawang putih - blender
1 inci halia - blender
2 sudu cili boh ( blender sendiri punya )
1/2 sudu teh lada hitam
2 bungkus serbuk kari ayam / daging Babas
1/2 kotak santan UHT ayam brand
2 sudu besar jus asam jawa
garam ( secukup rasa )
1/2 kiub ikan bilis maggi 

Eksesori :
Kentang ( potong dadu )
Lobak Merah ( potong dadu )
Terung Bulat ( Potong dadu )

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan masukkan rempah penumis dan daun kari...kemudian masukkan bahan-bahan yang telah diblender tadi..tumis hingga kekuningan..than masukkan cili boh dan serbuk lada hitam...goreng hingga pecah minyak
2. Bancuh serbuk kari dengan air sedikit than masukkan...gaul mesra dan masukkan ayam dan ubi kentang..dan biar sebentar...bila dah agak kering masukkan air dalam 6 cawan dan biarkan menggelegak..perasakan dengan garam dan kiub ikan bilis...masukkan santan dan jus asam jawa...biar menggelegak lagi...pastu masukkan carrot dan terung...kalau suka pekat biar sekejap lagi..kalau suka cair bolehlah padamkan api...sedia untuk dinikmati




Bengkel Gelang Kristal


Ha tu dia tajuk gempak..tapi bukan aku yang mengajar..aku adalah salah sorang yang belajar. Bukan main susah lagi bila nak belajar step mula-mula tu..kalut sungguh..tapi berkat keazaman dan usaha yang tak kenal jemu..ha ha ha ha bangga gila dapat siapkan. Rupanya bukan senang nak buat design-design yang ada dipasaran tu..bila dah buat sendiri baru tahu kenapa harganya agak mahal..bukan sahaja mementingkan kristal yang berkualiti malahan seni pembuatannya juga cukup rumit...so rasanya harga yang ditawarkan dipasaran ternyata berbaloi dan sesuai mengikut corak dan design yang dihasilkan...

Home Made Burger


Assalammualaikum...
Wahhhhh meriahnya burger buatan tangan aku ni....ha ha memanglah meriah dan mewah sebab buat ikut suka hati aku...yang ni kalau letak dalam market mahunya harga spesel...hu hu perasaanlah tu...sebenarnya ini menu dinner untuk hubby..sesekali try ala-ala western ni layan gak..tapi taklih selalulah sebab tinggi kolestrol..kebiasaannya aku suka letak salad , timun , tomato dan bawang...lepas tu buh mayonis , margerin , sos thai dan sos lada hitam...wohoooo mabeles..meleleh air mata....layannnnnnnn

Simple song but its really touching...

Mia Sara


miasara
waktu pagi kau sinari hidup ini
bangun papa bangun mami
kau sebuti telinga kami
satu hari kau kan pergi
tinggal kami bersendiri
walau apa kan terjadi
kau tetap akan kami cintai

ohh.. miasara tidur lah
kamikan bersama mu
dibuai mimpi nan indah
dan doa papa dan mama mu
tidur lah miasara
tidur lah miasara
tidur lah

miasara
yang pertama anugerah terutama
senyuman mu belai jiwa
pengubat hati yang lara
tuhan lindungi permata
selamatkan sentiasa
dari duka di dunia
akan kita hadapi bersama
rambut mu mata mu bibir mu hati mu
senyum mu tawa mu di hatiku selalu

ohh.. miasara tidur lah
kasihani mama mu
kerana dia menunggu
untuk bersama bapa mu
tidurlah miasara
tidurlah miasara
tidurlah

tidurlah miasara
tidurlah miasara
tidurlah miasara
hooo.. tidurlah

Kalau nak dengar klik sini MIA SARA

Ini lagu ost cerita Papadom by Afdlin Shauki..memang tersentuh hati bila first time dengar lagu ni...dari hati seorang papa buat anak daranya...pagi ni dengar lagi...terasa sunyi sangat bila masih berdua...harap-harap rezeki kami akan sampai juga untuk menimang cahaya mata....sulung..." harapan itu adalah pendorong untuk aku tabah hingga tika dan saatnya yang akan sampai buatku"

SAYA NAK BOLEH ?


Emmm saya nak boleh ke En Ben...bukan nak En. Ben...kang kata aku caras laki orang pulak kang...bukan itu yang aku nak , saya nak boleh ? kalau korang nak lagi paham apa yang aku nak lih klik-klik kat SINUN...besar harapan aku kiranya aku tersenarai jadik pilihan BA..aku tahu aku ni taklah se GAH nama-nama popular dunia blogging ni..but aku ada keazaman..biarlah  masa yang menentukan , sebab kesibukan tahap melampau aku nak update blog ni memang melampau...bak kata pakcik aku..mengalahkan Menteri.
So kita serah pada yang pakar jelah nak nentukan kemana perginya blog suka suki aku ni...Adios

Kari Ayam Mamak


Assalammualaikum
Hari Isnin yang mencabar dan seronok kalau dapat tidur...mana taknya hujan dari malam tadi mencurah-curah hinggalah ke pagi hari...seronok kalau dapat tarik selimut lagi ni...tetapi apakan daya kami berdua kena pergi koje...hu hu ( suka-suka hati nak tidur lagi konon )...kenapa semalam kenapa tidak hari sabtu aritu...hik hik
Hei apalah mike ni...hujan tu kan kuasa Allah...hujan tu turun untuk menyegarkan alam..bukan suh kome-kome sambung tidur gamaknya...la la la la ( statement buat tuan punya blog ni )...
So toksah duk merepek lagi..jom layan Kari Ayam Mamak..juadah dinner jumaat malam hari itu..ini bukan resepi aku sebabnya aku amik resepi tu kat SINI...apalagi tak rugi mencuba dan semestinya memang sebijik rasa kari mamak..sedap dijadikan pencicah roti , roti canai ataupun roti jala...

Set Nasi Minyak


Assalammualaikum
Salam Jumaat...hik hik hari yang dinanti..selain barokahnya...barokah juga untuk kita merehatkan diri....yelah esok kan cuti...yang kat atas tu menu dah berkurun dah...ini baru ada masa nak letak..tapi gambar agak blur ye..sbb pakai camera canggih gila cap ayam..so maaflah kalau sakit mata tengok gambar ni..sebenarnya first time buat nasi minyak ni..nasib baik jadi dan hubby kata sedap..makan dengan ayam kampung masak rempah dan acar jelatah..mabeles ( perasan betul ) hu hu...resepinya takyahlah eh..sbb korang mesti tau punya...yang ayam masak rempah tu boleh tengok kat label ayam ye...tq...nak rehat jap....bubbye

Kuih Gunting


Assalammualaikum...

Lebat sungguh hujan pagi ni..dah dekat tengahari pun masih lagi mendung cuaca di seri iskandar ni...dah lama jugak tak hujan..panas dan kering...hujan rahmat agaknya , yelah menyejukkan cuaca...seribu rahmat buat semua penghuni alam rasanya..hujan-hujan jugak , aku semalam pun berhujan jugak dalam rumah , hujan peluh..hu hu berpeluh rasanya bila tetiba terasa nak buat kuih gunting ni..bukannya apa..saja nak buat testing sebelum nak buat untuk hari raya nanti..nasib baik ok..resepinya adalah dari mak aku dan kawan aku...aku gabungkan dan adalah beberapa benda yang aku top up ikut tekak aku...tapi hasilnya rapuh dan garing..alhamdulillah kawan-kawan aku kata sedap..tq ye semua sebab jadi food tester aku...so tengok dulu camana respinya :

Bahan-bahan :

1/2 kilo tepung gandum
1/2 cawan margerin
5 sudu besar minyak masak - panaskan
1 sudu serbuk jintan manis 
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk ayam maggi
3 sudu serbuk kari - cap babas
3 tangkai daun kari - racik halus
1 sudu teh garam ( kalau kurang masin boleh tambah lagi)
1/2 tin susu cair ideal ( bancuh garam sekali dalam ni )

Cara-caranya :
1. Masukkan tepung ke dalam bekas dan campurkan dengan jintan manis , jintan putih , serbuk cili , serbuk kari , serbuk ketumbar serbuk ayam maggi dan daun kari yang dah diracik halus...gaul kering hingga sebati...
2. Selepas itu , masukkan margerin dan gaul lagi hinga sebati , masukkan minyak masak yang telas dipanaskan tadi dan gaul hingga mesra...
3. Masukkan susu cair tadi dan uli hingga mesra dan tiada tepung yang melekat di bekas tadi...bahagikan mengikut beberapa bebola yang sederhana besar.
4. Ambil doh yang telah dibahagikan dan canai diatas papan canai..canai mengikut tebal yang kita suka..tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis...potong memanjang dengan pisau mengikut saiz yang kita suka..kemudian  gunting serong satu persatu doh tadi kedalam dulang berisi tepung gandum ( supaya tak melekat )..
5. Panaskan minyak dan goreng dengan api yang sederhana supaya ia tak mudah hangus..kacau supaya tak melekat..selalu balik-balikkan...bila agak kekuningan..boleh lah diangkat dan toskan minyaknya...
6. Apabila sudah sejuk bolehlah dimasukkan kedalam balang kedap udara....

 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in