Ayam Masak Lemak Cili Padi Dan Terung


Assalammualaikum ...Masih belum terlewat rasanya untuk aku mengucapkan Salam Awal muharam..Tahun Baru Islam..bermulanya kalendar baru dalam setiap langkah kehidupan kita. Tahniah diucapkan juga kepada adindaku Nurul Huda dan Am diatas kelahiran putera yang comel di petang Awal Muharam semalam..dinamakan Muhammad Adam Darwish...hmm bulan 12 ni aku akan pulang untuk bertemu anak saudara aku yang ke 3 ni...rambutnya lebat hitam..sepet persis mata belah keluargaku..apa pun baby awal muharam penuh barokah dan moga menjadi anak yang soleh...ummi long sayang adam..
So menu kat atas tu menu sempena cuti Awal Muharam kelmarin...layan kan aje lah ye...aku masak lemak memang takda resepi lain..memang inilah resepinya..yang bertukar selalu adalah bahan sampingan seperti kentang ke , terung or sumthing yang sesuai untuk digandingkan dengan main protein...resepinya klik kat SINI

Masterchef DiDapur Sendiri


Assalammualaikum..
Tajuk gempak..hu hu yelah kat dapur sendiri..bukan kat dapur orang lain..semenjak ada Astro Beyond PVR ni aku dah kurang gaduh dengan hubby bila nak tengok Masterchef  Malaysia...what a great planning..boleh aku tdo awal..hmm ekceli bukan nak cerita pasal astro tapi nak komen sikit pasal peserta Masterchef kali ke 2 ni..maybe tak bapa logik kalau nak dibandingkan dengan yang pertama..but i still think yang peserta yang dulu lebih bertatasusila dan sopan pertuturannya berbanding dengan yang sekarang ni..yang sekarang ni seolahnya perasaan lebih tu melebihi hasil masakan yang dipersembahkan...aku sedikit terkilan apabila mereka mengeluarkan pendapat yang agak lancang kepada sesama peserta..untuk apa? Adakah masterchef perlu drama2 yang over atau attitude yang begitu untuk merancakkan setiap siri..rasanya ketelitian dan kreativiti peserta yang perlu ditambah baik dari leka mencipta drama dan babak yang penonton agak muak untuk melihatnya...ini kritikan ikhlas sebab aku peminat setia rancangan ni..aku taknak rancangan ni jadi drama..dan hilang halatuju sebenar dalam menghasilkan rancangan pertandingan masakan yang berprestij...usah ditiru budaya barat yang kurang baik tu ...sedangkan kita ada budaya timur yang perlu disanjung....oklah sebelum terlupa..menu kat atas tu namanya Mee Ketak goreng pedas..resepinya sama macam nak goreng mee biasa..just kena celur sekejap je mee ketak tu sebab dia datang dalam pek yang kering macam mee segera tu...

Sup Kepala Ikan Merah


Assalammualaikum
Semalam hujan bukan main lebat , sampaikan nak balik rumah pun kena tunggu reda..maklumlah pintu pagar bergari bagai..so balik je mandi dan tukar baju terus kedapur...masak sup...dan my forever menu..red snapper soup...hu hu walah...tengah sejuk makan dish yang hots...sangat membantu memulihkan kesejukan yang buat aku frost...so i think u alls semua teror dah buat sup2 nikan...so just want to share my family recepies

Bahan-bahan :
1 kepala ikan merah - belah dua dan bersihkan
2 ulas bawang putih / 2 ulas bawang kecil / 1/2 inchi halia ( semua racik halus )
3 ulas bawang putih - tumbuk / blender
4 ulas bawang keciil - tumbuk / blender
1/2 inci halia - tumbuk / blender
1 bungkus sup bujut adabi
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
1/2 sudu teh Maggi cukup rasa
1/2 sudu teh lada hitam
Air secukupnya untuk sup

Eksesori tambahan :

Daun bawang dan daun sup
Bawang Goreng

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dihiris sehingga wangi...kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk / blender...tumis hingga naik bau dan masukkan sup bunjut tadi....
2. Kacau rata kemudian masukkan kepala ikan dan gaul hingga mesra...terus masukkan air...dan biar sebentar...
3. Kemudian masukkan perasa garam , maggi cukup rasa , lada hitam dan asam gelugur...biar menggelegak...bila dah ok tutuplah api..sedia untuk dinikmati bersama eksesori yang sesuai..


Blues Cup Cakes



Assalammualaikum
Lama tak jenguk blog aku ni...agak bz but still cooking dan yang ini adalah hasil tangan aku yang tak bapa nak berseni ni khas untuk hantaran pertunangan anak kepada officemate..hu hu temanya blues...biru tak...



Cekodok Pisang


Belah-belah utara ni hujan makin kerap..alhamdulillah lah sebab dah lama sangat panas..bila cuaca sejuk2 cenggini apa lagi mulalah nak minum petang yang dapat memanaskan badan...so aku pun dengan bersemangatnya menggoreng cekodok pisang..walah..minum plak ngan air nescafe panas...kenyang sampai malam...kira inilah projek minum petang aku semalam..

Baby Kailan Goreng


Assalammualaikum...hu hu lamanya tak upload gambar dalam blog aku nih..semenjak kamera aku yang comel tu rosak..skang bila dah dapat beli kamera indaman hati...walah syoknya dapat snap gambar masakan2 harian ni...ini kiranya gambar sulonglah ni sejak dapat kamera baru...resepi ni aku rasa takyah reviewlah kot..just sayur goreng biasa-biasa je....goreng macam biasa than aku add fishcake dan sos tiram.

Cash Out..Thanks Nuff..

Assalammualaikum..
Terasa bahang syawal makin panas..shopping-shopping centre makin penuh tak surut-surut..hu hu , tapi itulah lumrah musim-musim perayaan..tak kiralah raya apa pun memang sambutan di Malaysia ni meriah sesaja..1Malaysia..itulah semangat jiwa merdeka..wahh patriotik wooo..so yang bebenornya bukan lah itu yang aku nak story..just hari ni aku rasa seronok benor bila dapat cash out 1 selepas hampir 5 tahun menceburi dunia blog ni..kira alhamdulillah lah..sebab matlamat awal bukan lah nak kaut untung just hobi masa lapang..kira hobi aku ni berbaloi jugaklah..rezeki hari raya...thanks Mr Nuff...kira duit rayalah ni...

Tema Baju Raya

Assalammualaikum..wah dah tak bapa lama lagikan kita nak sambut syawal yang mulia...macam biasalah sana sini sibuk duk cerita tema baju raya tahun ni...untuk aku plak tahun ni hubby yang pilih tema..dan dengan bangganya dia memilih warna coklat mengambil tema baju raya 2 tahun lepas dan merangkap recycle semula baju melayu yang jarang-jarang dipakai...dan yang terpaksa keluar duit beli baju adalah aku...sebab baju aku yang dulu tu dah lusuh , mana taknya belasah bawak pi keje..kih kih...takpalah apa-apa pun tema sedondon atau tak itu bukan perkara utama..yang penting semangat syawal..biarlah besederhana jangan terlalu mengikut nafsu...yang penting pakai baju...dan solat hari raya...

Takda Gambar Makan-makan?

Assalammualaikum...Salam Ramadhan yang ke 12..hu hu kali ni blog aku makin sunyi dengan gambar2 meriah juadah iftar..terasa ramadhan kali ini aku jadi terlalu simple hinggakan tekak sendiri pun tak berapa nak lalu...bukan takda semangat ramadhan cuma mungkin kali ini aku lebih berderhana..menghayati keindahan ramadhan itu sendiri. Ditambah pula kamera kesayangan aku rosak..so banyak benda yang aku taklih nak upload..tipulah kalau aku kata aku tak ada keinginan nak cerita pasal juadah iftar..walaupun kadangkala menunya taklah berbeza sangat dari yang biasa...tika ini aku lebih selesa menziarah kerumah kawan-kawan sambil mencari idea persediaan juadah berbuka...apa-apa pun aku ucapkan selamat melalui ramadhan dengan perasaan yang berlapang dada...dan yang utamanya lebih menghargai masa yang ada ketika RAMADHAN ini..

Minggu Transformasi Pelajar


Assalammualaikum
Berabuk rumah aku ni wei..korang pun tak reti2 nak tolong kemas..hu hu almaklumlah tuan tanah kedaung agak sibuk giler  sekarang ni..masak? hmm ada gak masak dan ambil tempahan but tak sempat nak snap dan tak menang tangan..sibuk dengan minggu Transformasi student baru..LDk dan bla bla lagi...so memang letih..dan rasa macam lepas ni nak ambil cuti yg agak panjang..rest and chill..hu hu boleh ke aku cuti..hmm just wait and see..till than see u in the corner..


Terima Kasih Sahabat


Assalammualaikum
Minggu lepas merakamkan kenangan yang terindah dan sebak buat aku dan sahabat-sahabatku..meraikan pertukaran salah seorang geng nyongkit mengikut suami ke Pulau Pinang..suka duka selama 6 tahun bersama tetap terpahat dihati..segalanya tiada rahsia kerana kami seperti adik-beradik..pada dia aku doakan semoga tabah mengharungi hidup diperantauan..semoga dipermudahkan segala urusan..jika ke Seri Iskandar jangan lupa cari kami..terima kasih diatas segalanya..panjang umur kita berjumpa lagi...salam sayang dari Kak Long dan kengkawan disini...


Okonomiyaki My Version



Assalammualaikum..tengah bz write now..just nak share je menu yang ntah bila aku buat ni..lama gak..disebabkan camera dah hang..banyak jugak gambar yang taklih nak snap..hu hu hu..ini resepi ikut tekak aku setelah mencuba okonomiyaki di pasaran...tepung okonomiyaki ni susah amat nak jumpa..so aku putuskan ikut resepi aku je..rasa tak lari insyaallah dari apa yang aku try..

Resepinya :

Bahan A
Tepung gandum 2 Cawan
Telur 1 biji ( saiz A )
Garam 1/2 sudu teh
Serbuk Cukup Rasa Maggi 1/2 sudu teh
Air secukupnya untuk menbancuh
1/2 sudu teh baking powder

Bahan B
Eksesori tambahan ( bahan-bahan isi )
1/2 biji kobis madu ( hiris halus )
1 biji bawang merah ( hiris halus )
10 ekor udang ( buang kulit dan cincang )
3 ekor sotong ( cincang )
1 pokok daun  bawang ( cincang )

Bahan C
Sos okonomiyaki
Mayonis
Bonito Flakes

Cara-caranya :
1. Masukkan tepung dalam bekas,bancuh dengan air denga kadar sederhana cair..kemudian masukkan telur dan gaul rata menggunakan whisk..perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
2. Selepas dan bancuh tepung masukkan bahan b dan kacau rata...
3. Panaskan kuali kecil non stick..lengserkan minyak dan masukkan bancuhan tadi ikut bapa tebal yang kita mahu..biarkan bahagian bawah masak dan terbalikkan..masak hingga bahagian atas dan bawah garing..
4. Setelah masak..sapukan sos okonomiyaki..letak mayonis dan taburkan bonito flakes..






Karipap Sandwich


Assalamulaikum
Ha ha jangan pelik ye..bukan pokok je boleh kacuk..kuih pun boleh kacuk tau..ha ha ha sebenarnya aritu aku buat sandwich sardin dengan sandwich telur..tetiba roti habis inti banyak lagi..so apalagi aku hayunlah buat kulit karipap than aku isi salad , timun dan tomato dan intinya..aku kelim buat karipap..bila dah siap goreng..hmm not badlah boleh diterima tekak..so jadilah Karipap Sandwich...so pesan aku berkreativiti itu bukan pada kanvas sahaja..pada makanan pun boleh..selagi takda yang keracunan kira oklah tu..



Nasi Goreng Daging

Hmm daging lagi..selagi tak habis daging dalam peti ais aku senang cakap selagi tulah menu aku ni ada daging..sib baik takda darah tinggi kalau tak mesti naik melambung. Kelmarin Mee Goreng Daging , pastu nasi goreng daging palk..hu hu yang pastinya daging ni sesuai untuk apa jua hidangan...resepinya tak payahlah ek..sama je buat nasi goreng..cuma rencah tambahan je yang berbeza..ikut selera masing-masinglah kan nak ayam ke , daging ke ataupun seafood..digabungkan pula dengan sayuran..aku suka letak kacang botol dan kacang panjang sebab bila kunyah terasa keulamannya itu..


My First Cupcake - Chocolate Moist Cupcake


Assalammualaikum
Hu hu dont judge the book by its cover..dan semestinyalah aku nak cakap jangan menilai rupa cupcake aku ni dengan dekorasinya..tapi nilailah dari kesungguhan aku mencuba dan rasanya...tapi aku puas hati sebab geng-geng aku suka dengan cupcake ni..kata deme not badlah untuk amatur macam aku ni..guess what..ada yang nak tempah nanti..ha ha ha thanks guys for be a supportive friend to me...buat aku makin confident untuk cuba lebih baik..Resepinya..nanti dululah ye...letih arini..oh ya lupa nak cerita..cuppy cake ni untuk department aku sempena Hari Ibu Dan Hari Guru...Happy Mothers and Teachers day guys..




Rendang Ayam Cili Padi


Assalammualaikum

Dah lama tak merendang..rindu nak makan rendang ayam mak sebenarnya..tapi nak buat camana nak tunggu balik kampung lambat lagi..so masaklah sendiri menggunakan resepi bonda ku turun temurun..kalau time raya inilah rendang yang mak selalu buat..tak susah pun..sesiapa yang suka pedas memang kenal dah dengan menu ni..mesti tangkap nangis dan keluar peluh bila makan..

Bahan-bahan :
1 ekor ayam kampung - salai dan potong 13...basuh dan toskan
20 biji cili padi kampung *
5 ulas bawang putih*
3 biji bawang besar*
4 batang serai *
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
( bahan bertanda * perlu dikisar sederhanan halus )
2 batang serai - dititik
2 sudu besar cili kering kisar
4 sudu besar kerisik
Santan pekat dari 3 biji kelapa
1/2 inci gula melaka
garam secukup rasa
1/2 sudu teh Maggi cukup rasa
2 keping asam gelugur

Cara-cara :
1. Rebus ayam hingga empuk dan buangkan separuh dari air rebusan..yang selebihnya akan digunakan untuk memasak nanti..
2. Panaskan kuali..saya suka guna kuali kalau merendang...masukkan ayam dan masukkan sekali air lebihan tadi..masukkan terus bahan yang telah dikisar tadi , serai yang telah dititik dan cili kering kisar dan biarkan ia kering..sementara tu kacau2 selalu supaya tak melekat dipermukaann kuali
3. Bila ayam dan perencah telah mesra masukkan santan dan kacau...perasakan dengan garam, serbuk perasa..biarkan ia menggelegak dan kacau selalu supaya tidak hangus..
4. Kemudian masukkan asam keping dan gula melaka...biar rendang menggelegak dan agak kering sebentar...bila dah pekat dan keluar minyak..maknanya dah oklah..bolehlah diangkat...




Mee Goreng Daging


Woo dah petang rupanya..kat pejabat ni cuacanya mendung tapi tak hujan..cadang-cadangnya nak window shopping kat pasar malam..ntah sempat ntah tidak..takut tetiba hujan plak..kena buat plan B lah..masak je lah apa yang ada didalam peti ais ku itu...menu ni menu sarapan pagi semalam..kenyang sehingga aku masak untuk lunch dipetang hari hu hu..resepi biasa-biasa je..

Bahan-bahan :
1/2 kilo mee kuning - lalukan air dan toskan ( suka jenama Murni )
3 ulas bawang putih-tumbuk*
3 ulas bawang merah-tumbuk*
3 sudu besar cili kering kisar
Daging batang pinang - letak ikut suka nak banyak mana
1/2 sudu teh lada sulah
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu teh Kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk cukup rasa MAGGI

Eksesori :
Kobis Napa
Sawi Bok Choy
Taugeh Ipoh Mali..he he

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda* hingga garing..kemudian masukkan cili kering kisar dan goreng lagi hingga pecah minyak..kemudian masukkan daging dan perasakan dengan garam . serbuk perasa , kicap cair , kicap manis, lada sulah , sos tiram , sos cili dan tomato dan cuka masakan...
2. Masak hingga agak kering...kemudian masukkan kan mee kuning dan gaul rata bersama perencahnya..masukkan kobis napa dan sawi..gaul mesra...
3. Selepas 5 minit..masukkan taugeh dan gaul sekali lagi...tutp api dan angkat..sedia untuk dinikmati


Spicy Chicken Dumpling


Resepinya :

3 dada ayam - cincang lumat ( nak pakai isi ayam yang segera tu pun ok )
1 sudu minyak bijan
1 sudu kicap cair
1 sudu serbuk cili
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 inci halia
2 biji bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - cincang
1/2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu makan lada sulah
1/2 sudu teh garam
( gaulkan semuanya dan perap sebentar dalam 15 minit )

1 pek kulit dumpling segera

Cara-caranya :



Kitchen Gadget At Daiso Shop

Assalammualaikum
Pagi Isnin yang ceria...hendaknya..hmm hujung minggu kemarin memang tidak membosankan sebab hubby bawak g reround AEON aka Jusco Stesyen 18..makan-makan dan window shoping ahaks..but bila aku masuk satu kedai ni..aku hilang fokus..hu hu sebab banyak sangat Kitchen gadget from Japan kat sini..mana lagi kalau tak Daiso Shop..hu hu bila melangkah masuk je dalam kedai ni aku jadi ceria dan girang yang amat..sebab kat situ satu barang RM 5.00...i luv it..than aku dapat lah sambar bebrapa item yang aku berkenan...



Than bila je jumpa this tool..apalagi..bahan-bahan memang ada je kat ais box tu...maka terjadilah projek dumpling my style..

Simple Dinner Set


Assalammualaikum
Jumaat yang penuh barokah..penuh istiqamah..hmm malam tadi memang letih yang amat sangat sebab apa tak tahu..terlebih atau terkurang makan agaknya..ha ha ha so apa yang termampu aku sediakan untuk hubby tercinta Dinner set yang kat atas tu...almaklumlah barang dapur pun makin kehabisan..hujung minggu ni baru top up stock..Just a simple Kacang Goreng Pedas , Ikan Goreng and Sambal Belacan..i think we dont need the recepies..because all of you knew to cooked its...hu hu speking london berhabuk pepagi buta ni...till that chow dulu ye geng...





Red Velvet Cake @ Si Baldu Merah

Assalammualaikum
Selamat pagi..dah Khamis dah ek..esok Jumaat pastu cuti..seronok bila dapat bercuti..keje boleh bercuti but masak boleh cuti ke..hu hu..sendiri pikirlah ek..aku pun masak ikut mood gak kalau rajin..insyaallah adalah hidangan mantap-mantap..tapi kalau datang mood kureng rajin..alamatnya Sambal Telo hancur je lah..ok..kek yang atas ni aku buat malam tadi disebabkan barang-barangnya dah ada..so dari lama sangat terperap dalam peti ais tu eloklah aku selesaikan nya malam tadi..Resepi nya aku amik kat umah Kak Hana..TQ sis , Memang sedap kek ni..tak rugi mencubanya..korang abaikan jelah rupa kek aku yang kureng menarik tu ye..almaklumlah budak baru nak belajar..hancus aku kerjakan kek tu..tapi still boleh pandang lagilah hasil kerjatangan aku yang kejang ini..hu hu
Aku inkut semua step dan bahan yang digunakan untuk Kek..cuma aku tukar untuk Cream Cheese Frosting je..sebab banyak bahan yang aku takda untuk buat style Kak Hana punya..jadi plan B..try resepi yang aku ada bahan-bahannya...dibawah tu adalah Cream Cheese Frosting dari Buddy Valastro's The Cake Boss..

2 packages (8 ounces apiece) cream cheese , at room temperature
8 Tbsp. (1 stick) unsalted butter , at room temperature
2 1/2 cups confectioners' sugar , sifted
1 tsp. vanilla extract | Get the recipe!
Pinch of salt





Sambal Telur Hancur

Assalammualaikum
Dah petang rupanya..arini sibuk sikit sebab uruskan bengkel Amalan Pemakanan Sihat untuk student..jadi nak cerita banyak pun tak bapa larat..ini menu paling sempoi bila aku takda idea nak masak lauk apa..senang amat..main lempor-lempor je...hu hu dan kalau mak aku yang masak lagik best..lain sikit rasanya..maklumlah air tangan ibu tercinta..rindunya nak balik kampung lagi...

Bahan-bahan :
5 biji Telur Ayam - Basuh dan toskan
5 Sudu Besar Cili Kering -  Kisar
3 Ulas Bawang Putih - Tumbuk atau Kisar pun boleh
2 Biji Bawang Besar - Tumbuk atau Kisar
10 ekor Ikan Bili - Tumbuk Lumat atau Kisar
Garam secukup rasa
serbuk perasa* kalau nak letak..tak letak pun takpa tukar dengan sedikit  gula 
( aku pakai cukup Rasa MAGGI Je )
1 Keping Asam Keping / Gelugur
5 Sudu besar minyak untuk menumis

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang telar ditumbuk/kisar sehingga wangi..kemudian masukkan cili kering kisar dan tumis hingga garing
2. Perasakan dengann garam dan serbuk perasa kemudian masukkan asam keping..dan biar sebentar
3. Pecahkan telur satu persatu dan kacau rata supaya telur sebati dengan sambal...goreng ikut selera kita nak garing atau nak lembab-lembab sikit..saya suka sederhana..tak garing tak lembab...kalau nak garing goreng hingga terbit minyak..kalau nak yang lembab..sejurus lepas pecahkan telur..kacau rata tunggu dalam 5 minit terus tutup api...


Homemade Capati


Hmm selalu sangat makan nasi pun jemu jugak ..so aku trylah buat capati..tak banyak pun cukupn untuk aku sorang sebab hubby makan nasi..kebetulan ada kari itik , so apalagi takyah buat 2 3 kali kerja..kuah dah ada tinggal nak buat capati je..

Bahan-bahan :
1 cawan tepung Atta brand Allagapas ( siap dah instructionnya..saja aku nak ubah sikit je )
1 sudu besar butter - cairkan
Air secukupnya untuk menguli
1/2 sudu teh garam

Cara-caranya :
1. Masukkan tepung Atta kedalam bekas dan gaulkan bersama butter hingga sebati..perisakan dengan garam...
2. Masukkan air sedikit demi sedikit..pastikan doh tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras...sederhana je..bila doh tak lekat dibekas lagi maknanya dah oklah tu...bulat-bulat kan ikut besar mana yang kita mahu..dan biarkan dalam 30 minit dengan ditutup dengan kain lembap..saya guna cling wrapt je...
3. Selepas 30 minit bolehlah dicanai..taburkan tepung atta sedikit diatas pencanai supaya doh tadi tak melekat..canai hingga dapat bentuk bulat..tak bulat pun takpa..hu hu
4. Panaskan kuali dengan api sederhana...dan terus goreng doh yang telah dicanai tadi..tak perlu minyak kalau nak sihat..tapi kalau nak sedap letak sedikit minyak sapi..dan tekan-tekan sedikit dengan sudip untuk mendapatkan hasil gelembung yang cantik...bila sudah nampak perubahan warna itu maknanya capati tu dah ready...

Slice Cheese Cake


Aku ikut 100% resepi kak Suzi ni..tak ubah apa pun sebab aku nak pastikan rasanya yang tulin tu macamana..sedap sungguh..light je rasanya dan lembut..hubby memang suka..tq ye sis atas resepinya...

Sumber rujukan : Dapur Suzi
Ditry Oleh : http://qasehsufi.blogspot.com

Bahan-bahan 

  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

Cara-cara

  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in