Damailah disana..



Permata (Untuk Isteri ) 

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

aku ingin mendedikasikan lagu ini buat sume para isteri dan teristimewa buat insan yang paling tabah membesarkan aku dan adik2 yang lain iaitu bonda tercinta Puan Habibah..juga buat sahabatku yang baru kehilangan suaminya awal fajar subuh tadi..Al-fatihah buat Arwah Ustaz Ismail Bin Abdullah...Guru dan Fasilitator yang menjadikan aku seberjaya hari ini..pemergiannya amat dirasai..buatmu kak zam , ketabahan yang terpancar , dan keredhaan yang kau pohonkan insyaallah bersamamu berkat kesabaranmu menjaga Arwah semasa sakitnya...keperitannya hanya kau yang lebih mengetahui...biarlah dia pergi mengadap pencipta andai itu yang terbaik....

1 ulasan:

  1. Al-Fatihah buat yang tiada... semoga roh mereka dicucuri rahmat dari yang Esa...

    ReplyDelete

 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in