Sedap gak...

Spicy Fried Potatoes


Aku meeting kat putrajaya aritu...lunch kat cafe bawah kat Kementerian Wilayah Persekutuan..jumpa satu menu yang peberet aku tapi susah nak jumpa..kentang goreng rangup yang pedas tanpa ada tempe..hanya kentang sahaja yang disalut dengan sambal...aku berjaya korek resepinya dan tanpa berlengah lagi terus mencubanya...

Bahan-bahan :

6 biji ubi kentang - basuh bersih dan jangan buang kulit
minyak untuk menggoreng ubi kentang
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang besar
1 senduk Cili kering blender
Ikan bilis - ikut suka
Garam skit
Gula skit
Asam keping - 2 keping

Cara-caranya :
1. Basuh ubi kentang bersih2 dan jangan buang kulit...slice kan macam nak buat kerepek
2. Panaskan minyak dan masukkan garam kedalam minyak sedikit  untuk elakkan kentang tu melekat antara satu sama lain
3.Pastu goreng..masa nak masukkan ubi kentang masukkan hirisan demi hirisan..jangan masuk sekali semua...kacau selalu dengan api sederhana dan goreng hingga garing
4. Untuk sambalnya blender bawang putih , bawang merah dan ikan bilis dan tumis hingga garing kemudian masukkan cili kering blender dan tumis hingga naik minyak dan masak
5. Kemudian perasakan dengan garam , gula dan asam keping...tutup api
6. Bila sambal tu dah sejuk baru gaulkan ubi kentang yang telah kita goreng tadi..untuk mengekalkan kerangupannya jangan gaul ketika sambal masih panas...
7. Siap untuk dihidangkan...



2 ulasan:

  1. salam Kerull,

    Akak memang minat makan macam ni. Dah lama tak masak ni. Meleleh air liur nengok Kerull masak. Hantar sepinggan boleh tak

    ReplyDelete
  2. salam tn umah, akak dah buat dah kentang pedas ni, tapi nak cpt gi koje tu yg x cntik & molek cam kerull punya tapi still sedapnya..! TQ.. for the receipe.

    ReplyDelete

 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in