Maggie je...




Maggie Curry with Wantan 


Assalammualaikum..n salam tengahari..ini sebenornya menu minggu lepas sblum aku berangkat ke Gopeng untuk menghandle satu kursus selama sebulan..dalam kekalutan buat persiapan barang2 keperluan , ini je yang aku sempat masak...Maggie kari dengan wantan yang aku buat sendiri isinya..kulit beli kat tesco Seksyen 18 ,  Pengkalan...plus dengan eksesori lain yang sesuai.


Bahan-bahan :

Maggie ( perasa kari / ayam )
Air secukupnya untuk merebus Maggie
Cili padi potong
( Rebus macam biasa...aku tak tumis sebab nak cepat )

Wantan :

Kulit Wantan ( Japanese Wantan ..warna putih bukan kuning ..nak pakai kulit wantan yang kuning pun boleh)

Isinya :

Udang - cincang lumat
Lada Sulah
Garam
Sos Tiram
Daun Bawang
Minyak masak sikit
Cendawan shitake ( kalau nak..aku bubuh sbb ku suka )
Cili padi hiris halus ( sape yang suka pedas )

Cara-caranya :
1. Rebus maggi perasa kari macam biasa..masukkan cili padi potong...dan angkat bila dah masak..
2. Gaul semua bahan untuk isi wantan dan perap dalam 30 minit dalam ais box supaya mesra
3. Sediakan kulit wantan dan sedikit air untuk melekatkan kulit wantan
4. Isi dan buatlah bentuk suka hati kita...
5. Untuk memasak wantan ada 2 kaedah..sama ada nak celur..atau goreng..aku guna gabungan 2 kaedah..sapu kuali leper dengan minyak dan susun wantan dan sapu minyak masak sekali lagi dikulit wantan pula..lepas tu masukkan air dengan sukatan separuh dari wantan itu tenggelam..kemudian tutup dengan tutup periuk dan masak dengan api yang sederhana dan tunggu hingga air kering ( bukan sampai hangus..tujuan kita letak air dan minyak adalah untuk mengelakkan wantan itu hangus dan untuk menghasilkan tekstur wantan yang kenyal..berbanding celur dan goreng..jika velur ia jadi terlalu lembik dan jika goreng ia akan jadi terlalu garing )...ikut selera masing2 lah...
6. Seeloknya masak wantan tu dulu..sementara tunggu wantan masak bolehlah masak maggi...dah selesai letakkan wantan dan eksesori yang sesuai dan saya suka cicah wantan dengan sos yang hitam tu...



2 ulasan:

  1. Salam kerull..wah sedap megi cam ni..berkhasiatkan:)

    ReplyDelete
  2. betul tu..kalau kita ubah cara penyediaan insyaallah dari yang segera akan nampak perfect untuk kesihatan...he he

    ReplyDelete

 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in