Rendang Ayam Basah
Bahan-bahannya :
Seekor ayam - kerat 12
2 peket santan pekat
Bahan kisar :
5 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
seinci halia
seinci lengkuas
5 batang serai
10 ulas cili padi
seinci kunyit hidup
3 sudu besar cili kering ( dah siap blender )
bahan perasa:
sedikit gula melaka - ikut suka,
garam - ikut selera
kerisik - 1 peket ( buat sendiri pun boleh..aku beli jer)
2 keping asam gelugur
cara-caranya :
1. Blender sume bahan yang ada dalam senarai yang perlu dikisar tu..
2. Lepas tu jerang kuali..( masak pakai kuali besar lagi senang nak kacau dan ayam tak hancur ) , masukkan semua bahan yang dah dikisar...masukkan air dalam satu mangkuk ( tujuan supaya cilinya masak dan kita tak sakit perut )..biarkan mendidih sebentar
3. Dah tgk bahan kisar tu dah agak pekat masukkan ayam dan gaul mesra...than biar kejap ayam sebati ngan bahan kisar tadi..
4. pastu masukkan santan pekat , api sederhana je ya..pastu biar menggelegak jap..masukkan garam , gula melaka , asam keping dan teruskan kacau hingga ia agak pekat..pastu terus masukkan kerisik..kacau lagi...than rasa..( ikut selera lah nak manis atau pedas) pastu kecilkan api...
5. Kalau tak nak terlalu pekat dalam 5 minit pastu lih tutup api..kalau suka pekat biar lama sikit tapi api kecilkan..sebab takut hangus..
yang ini making of..he he
ha ini yang dah siap masak.....
aduh...
ReplyDeleterendang ayam
my faveret... harus mencari malam ni
:-)