Milky Oat With Mix Fruit


Assalammualaikum...
Selamat pagi..dah breakfast belum tu...kot ya pun bz mengemas rumah or buat keje di opis..sarapan jangan abaikan tau...sebab nak memulakan hari kita adalah melalui sarapan....wah berceramah cik bedah pagi ni...sesekali tazkirah apa salahnya kan...hik hik
Oklah..menu kat atas tu boleh dibahagikan kepada 2 kategori..pertama sesuai untuk dijadikan sarapan dan yang kedua buat pemanis mulut pun ok jugak...resepi dari Chef Sabri jugak ni...so jom tengok bahan-bahannya dan camana nak godek-godek...sebelum tu mari baca info tentang oat ni dulu...

OAT
Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung.
Ia bermula pada tahun 1854 apabila ‘Raja Oatmeal’ Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik.
Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.
Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung.
Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat!
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar berkesan untuk menurun dan memperbaiki tahap kolesterol.

So ini resepinya :

3 sudu quaker oat
1 cawan susu segar full cream / low fat ( pilih yang mana suka )
2 sudu madu
1 cawan buahan campuran ( orange , epal hijau & beri )
3 sudu yogurt perasa original / berperisa ( ikut suka )
1 sudu teh perahan jus lemon

Cara-caranya :
1. Rendam quaker oat bersama susu sehingga kembang...
2. Kemudian masukkan yogurt , madu , buahan campuran dan jus lemon...kacau hingga sebati..
3. Masukkan kedalam peti sejuk dan biar ia sejuk...kemudian bolehlah dinikmati sebagai sarapan ataupun pemanis mulut....


4 ulasan:

  1. Salam kak, kita kan kalau oat2 ni mmg tak leh makan tak tahu lah kenapa, lagi2 dipadankan dgn susu segar makin tak leh telan TAPI kita boleh makan oat yg dibuat beskut atau masak dgn udang hihihi...

    ReplyDelete
  2. Ika...akak pun kureng gak..sekali sekala tu bolehlah layan...ha ha..but untuk kanak-kanak mmg elok makan ni...

    ReplyDelete
  3. K.Atie : he he memang berkhasiat..sbb banyak buah dan guna susu segar..kalau sejukkan macam makan aiskrim pun ada..

    ReplyDelete

 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in